Bila ada bencana yang berlaku, anak dara atau isteri orang sekali pun yang dilarikan ke Lombok atau tempat-tempat lain di Indonesia dan juga orang Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di luar negara, maka pada waktu itu semua orang akan ingat kepada individu yang sesetengah orang gelarkan beliau sebagai mamak. Malah ada yang keterlaluan memanggil beliau anak hindu.
Apa orang nak kata, apa yang orang nak gelarkan atau apa yang orang nak tuduh, beliau tidak pernah pedulikan. Beliau terus komited dengan tanggungjawabnya, iaitu menyelesaikan masalah orang yang meminta pertolongannya. Itulah dia Azeez Rahim....
Apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji, banyak suara-suara sumbang yang mempertikaikan perlantikannya. Orang yang mempertikaikan itu cuba-cubalah cerminkan diri sendiri. Sembahyang cukup ke tidak ? Puasa cukup ke tidak ? boleh ke jadi imam solat ? Diri sendiri hati bersih ke tidak ?
Berhubung perlantikan beliau saya pernah ulas di
sini
Semamak-mamak Azeez yang sesetengah orang menggelarnya anak hindu, sekurang-kurangnya sembahyang beliau cukup. Walau dalam keadaan apa sekalipun dia tetap tidak meninggalkan solat, hatta pernah sekali mata ini melihat beliau solat dalam kedai cina beralaskan surat khabar kerana waktu Asar sudah hampir habis.
Saya tidak bercakap kosong, saya boleh bercakap pasal keperibadian Azeez sebab saya pernah bermusafir dengan beliau hampir dua minggu. Waktu itu beliau belum pun Ahli Parlimen lagi. Kata orang tua-tua untuk mengenali peribadi seseorang kita perlu bermusafir dengan orang itu sekurang-kurangnya tiga hari.
Di Baling sebelum beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen pada PRU 13 lepas, pernah terjadi beliau ke sebuah Surau di kawasan Pas untuk solat Subuh, tiba-tiba orang Pas minta beliau mengambil tempat imam untuk mengimamkan solat Subuh. Mereka suruh Azeez dengan niat untuk memperli atau mengenakan Azeez. Mereka ingat Azeez akan tolak. Azeez pula selamba pergi ambil tempat imam dan terus mengimamkan solat berkenaan. Habis solat minum di kedai kopi ada orang Pas totok yang berkata pada beliau, "ingatkan orang Umno tak boleh jadi imam". Orang Pas itu tidak boleh disalahkan. Kerana mereka orang Pas kampung, tambah-tambah pula di Baling, kawasan yang pekat hijaunya, dimana mereka telah didoktrinkan oleh parti mereka orang Umno itu kafir, tak boleh baca akhbar selain harakah, jangan percaya berita di televisyen dan macam-macam lagi.
Pada PRU 12 tahun 2004 kali pertama Azeez bertanding dalam pilihanraya di Baling. Beliau tewas ditangan calon Pas dengan majoriti 7613 undi. Kekalahan itu tidak melemahkan semangatnya. Beliau terus berkhidmat dan mencurah tenaganya di Baling. Bila ditanya kepada beliau, dalam banyak-banyak kawasan parlimen di Malaysia, kenapa perlu beliau pilih Baling ? Kawasannya besar, rakyatnya ramai dan ramai juga yang miskin. Ya lah....tempat begitu siapa yang jadi wakil rakyat bukan perkara senang. Lainlah wakil rakyat Pas, wakil rakyat hanya pada gelaran YB sahaja. Azeez jawab mudah sahaja,
"aku berasal dari keluarga yang susah, Allah bagi aku sedikit rezeki untuk senang dan sekarang masa untuk aku pula tolong orang susah" . "Lagi pun menolong orang sudah menjadi sebati dengan jiwa aku" . Itu jawapannya....
Saya pernah lihat bagaimana Azeez melayan orang-orang yang datang meminta pertolongannya. Macam-macam jenis orang dan pelbagai kerenah. Tapi Azeez boleh melayannya dengan tenang. Apabila saya kata,
"Datuk boleh layan orang hingga seperti ini ya, jika saya tak boleh dengan bermacam-macam kerenah begitu." Dia hanya senyum dan jawab itu perkara biasa.
Saudara-saudari sekalian, nak tolong dan melayan orang yang bermacam-macam perangai bukan perkara senang. Saya akui saya memang tak boleh. Saya cepat jemu dan hilang sabar. Tapi orang macam Azeez disebabkan jiwa beliau ke arah itu, maka bukan satu masalah baginya.
Walaupun tewas dalam PRU 12 tahun 2004, Azeez mengambil iktibar dari kekalahan itu. Yang mana tak betul beliau perbetulkan. Walau sibuk bagaimana sekalipun dengan misi-misi bencana luar negara dan misi membawa pulang gadis-gadis Malaysia yang dilarikan ke Lombok, beliau tetap tidak lupa menjaga rakyat Baling walaupun tanpa gelaran YB.
Masuk PRU 13 tahun ini Azeez sekali lagi dicalonkan di Parlimen Baling. Akhirnya percubaan kedua beliau berjaya. Beliau menang dengan majoriti 5185 undi. Jika nak dikira betul-betul beliau mencatat kemenangan dengan majoriti 12798 undi. Bayar hutang tewas tahun 2004 sebanyak 7613 undi, dan bakinya 5185 undi. Antara kerusi parlimen yang mencatat kemenangan terbesar di negeri Kedah.
Bila ditanya kepada beliau bagaimana beliau boleh mencatatkan kemenangan yang begitu besar di kawasan yang Pas hijau pekat ? Jawapannya mudah, "aku amalkan politik kasih sayang kepada semua pengundi Baling".
Apa maksud politik kasih sayang ? Kau pi cium semua dahi pengundi ke ?
Politik kasih sayang yang dimaksudkan beliau adalah tidak mengamalkan permusuhan dengan orang-orang yang tidak menyokong BN. Tolong semua orang tanpa mengira fahaman politik.
Di Baling suasananya mungkin berbeza dengan tempat-tempat lain. Jika Azeez mengamalkan permusuhan atau pilih bulu dalam melaksanakan tugasnya, jangan kata ada orang Pas yang akan mengundi beliau, orang BN pun boleh tak undi BN. Sebabnya kebanyakkan mereka bersaudara. Dalam satu kampung ada pak menakan, ada anak menakan, ada sepupu dan sebagainya. Ada yang pak menakan orang BN, anak menakan pula orang Pas. Ada yang adik orang BN, abang pula orang Pas. Jika bermusuh dengan yang Pas, yang BN pun akan terasa hati sebab itu anak beranak mereka.
Jalan terbaiknya adalah buat baik dengan semua, dan tolong semua jika mereka perlukan bantuan. Apabila diamalkan begitu saudara mara yang BN pun boleh gosok-gosok yang Pas supaya beri undi kepada BN. Tidak dinafikan ada sesetengah orang Pas tidak menjadi masalah untuk memberi undi kepada BN, asalkan jangan pergi pacak bendera atau tampal poster BN depan rumah mereka. Mereka takut dipulau orang-orang mereka. Dan kita tidak boleh nafikan kemenangan besar Azeez di Baling sedikit sebanyak turut disumbang oleh undi orang-orang Pas yang terkena politik kasih sayangnya.
Selain daripada kemenangan besar BN di Baling, satu lagi kenangan manis yang berjaya dicatat di parlimen berkenaan dalam PRU 13 yang lepas apabila BN berjaya membuka bilik gerakan di Kampung Memali. Selama ini dalam PRU yang lepas-lepas BN tidak boleh langsung membuka bilik gerakan di kampung berkenaan.
Bab kerja untuk parti dan bab kerja untuk rakyat Azeez adalah antara salah seorang yang bekerja kuat. Jadi orang seperti ini wajar dikekalkan dalam barisan kepimpinan tertinggi parti. Sebabnya beliau memang orang yang bekerja. Jadi tidak salah untuk Perwakilan Umno mengekalkan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Satu undi dari anda untuk Azeez Rahim, calon MT nombor 15.
Bersambung dalam siri 2....