Friday, December 30, 2011

Nik Aziz Sendiri Perlu Minta Maaf Bukannya Memuji Orang Yang Meminta Maaf


Berikut adalah kenyataan Nik Aziz selepas pertemuan dengan Hasan Ali dan beberapa kepimpinan Pas yang lain di Kota Bharu beberapa hari lepas.
Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.
Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.
harakahdaily
Nik Aziz dan Haji Hadi pula bila nak tarik balik dan minta maaf diatas kenyataan, fatwa serta amanat mengarut dan songsang mereka sepanjang mereka memimpin Pas. Sebenarnya kekarutan serta kesongsangan yang dilakukan oleh mereka berdua lebih teruk kesannya, kerana ianya memecahbelahkan umat islam di Malaysia berbanding dengan kenyataan Hasan Ali yang hanya menolak negara kebajikan Pas.


Kesan dari amanat karut Haji Hadi selain menyebabkan belasan nyawa terkorban di Memali pada 1985, ada juga kesan yang masih berlarutan sehingga ke hari ini, iaitu sembahyang jumaat berasingan dalam satu kariah yang masih berlaku di Trengganu.

Dulu Pas juga keluar fatwa, menjalin hubungan dengan orang bukan islam kita akan menjadi kafir. Hari ini apa yang terjadi ? Siapa penjilat tegar kafir harbi DAP ? Pernahkah Pas tarik balik fatwa tersebut dan minta maaf kepada rakyat Malaysia diatas kekarutan yang mereka lakukan itu ?

Tahun 1999 Nik Aziz pernah berkata, "terdapat unsur kafir dalam Umno kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, Umno juga ada ciri kafir." Hari ini parti mana yang buang islam dalam perjuangan mereka dan tukar kepada kebajikan ? 

Nik Aziz pernah berkata dia akan mendoakan agar Datuk Seri Najib pecah perut. Sedangkan islam tidak membenarkan kita mendoakan perkara yang tidak baik ke atas umat islam. Pernahkan anda dengar Nik Aziz tarik balik kenyataan itu dan minta maaf kepada Datuk Najib ? 

Begitu juga dalam soal undi Pas dan syurga neraka. Dah terang-terang perkara tersebut tidak betul sama sekali, tetapi sehingga ke hari ini tidak pernah pun Nik Aziz tarik balik perkara tersebut, perbetulkan keadaan dan minta maaf kepada rakyat diatas kekeliruan yang dia lakukan.

Itu baru sebahagian, banyak lagi kekarutan-kekarutan dan fatwa-fatwa songsang yang difatwakan oleh Pas serta Nik Aziz dan Haji Hadi.

Satu lagi contoh, ' Shahibuh Samahah Ustaz' manakah yang memperkenalkan gelaran Anwar Ibrahim Al-Juburi  kepada suami Wan Azizah ?

'Shahibuh Samahah Ustaz' berkenaan masih hidup lagi hari ini walaupun dia mendakwa dirempuh land rover polis beberapa bulan lepas.

Pernahkah anda dengar 'ustaz' yang pernah ditangkap khalwat itu menarik balik gelaran tersebut dan meminta maaf ?

Apa yang dilakukan oleh Hasan Ali itu dosa politik antara dia dengan kepimpinan Pas. Dosa Nik Aziz dan Haji Hadi kepada rakyat Malaysia lebih besar. Kita mahu lihat Nik Aziz yang meminta maaf , bukannya kita nak lihat Nik Aziz memuji orang lain yang meminta maaf.

Setakat hari ini saya berpendapat Nik Aziz dan Haji Hadi tidak akan melakukan perkara sedemikian kerana bagi mereka politik dan undi sentiasa berada di depan atau diatas. Manakala agama, umat, bangsa, negara, moral dan yang lain-lain akan berada dibelakang atau dibawah dari politik dan undi.

Thursday, December 22, 2011

DAP Penyumbang Kepada Kenaikan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia

Baru-baru ini apabila Transparency International (TI) mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Malaysia semakin naik , maka menjerit-jeritlah pemimpin DAP menghentam PM. Anda boleh lihat di sini.

Dibawah ini adalah CPI Malaysia sejak 10 tahun lepas yang disiarkan oleh malaysiakini.

Saya nak ajak anda semua lihat jadual di bawah secara terperinci.


Harus diingat, kajian yang dilakukan oleh TI adalah untuk seluruh negara (Malaysia) . Bukannya hanya di negeri-negeri tertentu sahaja.

Anda lihat kedudukan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004. Bermula dari tangga ke 36 hingga ke tangga  39. Naik turunnya tak banyak, hanya 4 tangga sahaja.

Kemudian lihat pula dari tahun 2004 hingga 2007. Bermula dari tangga ke 39 hingga ke tangga 44. Naik turunnya juga tak banyak, hanya 5 tangga sahaja.

Lihat pula dari tahun 2008 hingga 2011. Bermula dari tangga ke 47 hingga ke tangga 60. Kenaikan yang mendadak, sebanyak 13 tangga. Teruk !!!

Sedangkan sebelum itu tidak pernah terjadi keadaan seteruk itu. Ini semua kerana selepas negeri-negeri yang diperintah oleh BN dulu diambil alih oleh pembangkang pada awal 2008. Merekalah yang penjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak itu. Pelbagai jenis rasuah dan salah guna kuasa , tidak kira kecil atau besar yang dilakukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka. Mereka tak pernah memerintah, apabila dapat peluang memerintah semua benda mereka nak sapu.

Saya bukan cakap melawak atau bergurau. Angka-angka dalam jadual diatas itu semua adalah fakta. Anda semua pun boleh berfikir dan menilainya. Itu mereka baru perintah 5 negeri, kemudian jadi 4 negeri , gejala rasuah di Malaysia sudah sampai ke tahap itu. Cuba anda bayangkan apabila mereka memerintah negara kelak, maka sudah tentulah keadaannya akan berkali-kali lebih teruk dari apa yang ada pada hari ini.

Lim Kit Siang kata
Dia sedar atau tak sedar yang DAP menjadi penyumbang kepada ranking terburuk itu ?

Matinya Teoh Beng Hock kerana kegiatan rasuah DAP.

Semua benda DAP nak sapu, dari sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya. Lihat di sini.

Itu belum dikira lagi kegiatan-kegiatan underground di Selangor. Lihat di sini

Itu semua menjadi penyumbang kepada kenaikan CPI Malaysia.

Contoh terbaru adalah apa yang terjadi di Perak sehari dua ini.

Sebelum masuk bab apa yang terjadi di Perak sehari dua ini , saya nak ajak anda lihat ranking dalam jadual diatas sekali lagi.

Lihat pada tahun 2008 dan 2009. Kedudukan rasuah di Malaysia naik mendadak pada tahun berkenaan. Dari tangga 47 naik ke tangga 56. Sembilan tangga. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kita sampai begitu teruk sekali.

Puncanya senang, kerana DAP yang mengusai pemerintahan negeri Perak pada masa itu. Dan merekalah yang menjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak itu.

Dibawah ini adalah salah satu contoh dari puluhan kes lain yang berlaku di Perak pada masa itu. Puluhan kes lain akan didedahkan secara berperingkat-peringkat. Kuari , balak, lombong, tanah, pembekalan alat pejabat dan yang lain-lain lagi. Dimulakan dengan yang kecil dulu dan diikuti dengan yang besar dan besarrr dan besarrrrr....

Sebuah syarikat yang baru ditubuhkan sebulan selepas DAP mengusai pentadbiran Perak , yang mana syarikat tersebut milik isteri pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming telah diberi kontrak untuk membekal pakaian kepada Majlis Bandaraya Ipoh.
Tarikh ditubuhkan: 23.04.2008
Sebelum itu jawatankuasa tender MBI telah bermesyuarat untuk memilih syarikat Goodman Tailor bagi membekal pakaian kepada ahli majlis MBI kerana syarikat itu telah menawarkan harga yang paling rendah (RM 450.00/pasang) daripada 5 syarikat yang mengemukakan sebut harga. Manakala syarikat milik isteri Nga Kor Ming menawarkan harga yang paling tinggi iaitu RM 650.00 sepasang.

Selepas itu dua saudara sepupu dari parti DAP, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham telah meminta agar kontrak tersebut di berikan kepada syarikat isteri Nga Kor Ming. Semua kejadian itu dicatatkan dalam minit mesyuarat MBI. Selanjutnya baca di sini.

Kalau DAP benar-benar jujur dan anti rasuah, sepatutnya Nga Kor Ming pada masa itu sebagai exco yang menjaga kerajaan tempatan tidak membenarkan sama sekali syarikat milik isterinya menghantar sebutharga.

Bukannya dia nak halang, dia pula yang suruh MBI pilih syarikat isterinya. Niat untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa mereka telah pasang sebaik sahaja mereka perintah Perak. Sebab itulah mereka cepat-cepat pergi tubuh syarikat. Balun selagi boleh, tidak kira kecil atau besar.Sebab itu indeks rasuah naik mendadak antara 2008-2009. DAP Perak yang menjadi penyumbang utama.

Mana dia Khalifah Lim Guan Eng punya CAT (Competency, Accountability and Transparency) ?

Tak usahlah DAP nak bercakap pasal rasuah dan ketelusan jika diri sendiri penuh dengan tahi rasuah.

Kemudian dia kata isterinya hanya 'sleeping partner'.

Porahhhhhhhhh, kalau tiada apa-apa keuntungan kau ingat orang nak ambil ke isteri kau untuk tidur dalam syarikat ? Nak tipu dungu-dungu DAP, PKR dan PAS bolehlah oiiiii...... Sleeping partner dilantik sebulan selepas DAP perintah Perak . Kalau dilantik sebulan sebelum PRU 2008 logiklah alasan kau tu oiiiii.....

Tarikh dilantik sebagai 'sleeping partner' sama dengan tarikh penubuhan syarikat
Modus operandi kegiatan rasuah DAP adalah kaut yang kecil-kecil, tetapi kuantitinya banyak. Mereka rasuah tak banyak, hanya sekitar ribu hingga puluhan ribu sahaja, tapi banyak tempat. Bila dihimpun jumlahnya akan jadi banyak. Lihat contoh dalam kes Teoh Beng Hock.

Mereka guna cara sedemikian supaya orang tak nampak. Dan jika kantoi mereka kata itu hanya projek kecil-kecil berbanding dengan rasuah yang dilakukan oleh BN. Maka orang ramai pun percayalah kata-kata mereka.

Kecil besar, 10 sen, 1 ribu, 10 ribu, 10 juta, rasuah tetap rasuah dan ianya akan tercatat dalam rekod Transparency International.

Esok Hari Penentuan Buat Dr Khir Toyo


Setelah setahun dituduh dan turun naik mahkamah serta dibela oleh 5 orang peguam , maka esok sampailah ke kemuncaknya. Esok akan menjadi hari penentuan bagi mantan MB Selangor samada beliau akan didapati bersalah atau tidak. 

Untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Apa pula nasib Dr Khir ?

Ikuti kupasan dari seorang sahabat di sini.

Wednesday, December 21, 2011

Siapa Di Belakang Ramasamy dan Siapa Di Belakang Hasan Ali ?


Dalam dua minggu kebelakangan ini kita dihidangkan dengan drama-drama terbaik persembahan pemimpin-pemimpin Pas dan DAP.

Pertamanya, krisis dalam DAP antara Karpal Singh dengan P Ramasamy.

Kedua, krisis dalam Pas antara Hasan Ali dengan kepimpinan Pas Selangor dan Mustafa Ali.

Seperti biasalah, sepertimana yang kita kenali Pas sejak azali, apabila ada masalah sesama mereka Umno dan Utusan Malaysia yang akan menjadi mangsa untuk disalahkan. Begitulah dalam kes Hasan Ali. Haji Hadi menyalahkan Utusan Malaysia dan mengatakan itu semua fitnah Utusan Malaysia. Sini

Sedangkan media yang pertama melaporkannya adalah malaysiakini. Sini

Apa punya ulama main tuduh sembarangan, tak takut dosa ke ?

Nasib baik Utusan Malaysia bukan kaki saman. 

Kalau Husam Musa dah tentu saman tu....kah....kah...kah....kah....kah...

P Ramasamy adalah seorang ahli politik yang masih junior. Baru kali pertama bertanding dan pegang jawatan. Bak kata orang cop jari pun belum kering lagi. Adakah anda fikir dia berani nak berentap dengan Karpal Singh, seorang otai,   jika dia tidak mendapat lampu hijau dari orang-orang yang berkuasa dalam DAP ?

Permainannya mudah, orang-orang tertentu dalam DAP yang bengang atau nak tendang Karpal menjadikan Ramasamy sebagai kambing hitam . Jangan ingat mereka dalam DAP tiada masalah. Mereka pun berserabut macam kita juga. Ramai cina-cina harbi DAP Penang tak sukakan Karpal kerana ketegasannya. Mereka memang nak cari jalan untuk tendang Karpal menjelang PRU 13 nanti. Mereka tahu banyak masalah akan timbul dengan Karpal dalam soal calon-calon pilihanraya. 

Siapa kepala yang nak tendang Karpal ?

Siapa yang naik kapal selam bersama Ramasamy ?

Begitu juga dalam hal kelantangan luar biasa Hasan Ali kebelakangan ini. Adakah anda fikir tidak ada rancangan tersembunyi disebalik keberanian itu ?

Bukannya saya hendak menuduh atau memandang serong terhadap Hasan Ali, cumanya saya pelik keberanian luar biasanya semenjak kebelakangan ini. Sehinggakan malam ini beliau akan menunjukkan keberanian luar biasanya itu di TV 3 jam 11 malam. Kebiasaannya orang-orang Pas tidak mesra media pro kerajaan, tapi kali ini lain macam nampaknya.

Pas sekarang sedang ketandusan undi melayu dan mereka tahu mereka akan kalah teruk di kawasan-kawasan melayu dalam PRU akan datang. Undi cina tidak menjadi masalah bagi mereka kerana dalam apa cara sekali pun cina tetap tidak akan undi BN. Tetapi undi cina tidak banyak mendatangkan hasil kepada Pas kerana ianya lebih menguntungkan DAP dan PKR.

Tidakkah anda terfikir keberanian luar biasa Hasan Ali kebelakangan ini sebahagian daripada strategi Pas untuk menarik undi melayu ? Mereka hendak tunjuk kepada orang-orang melayu bahawa pemimpin mereka masih mempertahankan islam, melayu serta raja-raja melayu.

Ataupun....

Ini sebahagian dari strategi Pas untuk membentuk perpaduan dengan Umno setelah mereka berkali-kali menolaknya sebelum ini. Pas dah sedar sekarang, nasib mereka akan kelam dalam PRU 13 kelak kerana terlalu banyak kerosakan yang telah mereka lakukan selepas PRU 2008. Jadi sebelum mereka hanyut dibawa arus dalam PRU 13 adalah lebih baik mereka menjalinkan kerjasama dengan Umno. Mereka nak hulur tangan perpaduan kepada Umno sudah tentu mereka malu kerana selama ini dengan angkuh mereka menolaknya. Lalu diletakkan bola di kaki Hasan Ali untuk menyepaknya terlebih dahulu. 

Seperti yang saya katakan diatas , saya bukan hendak memandang serong atau curiga terhadap usaha Hasan Ali. Kita kena bersangka baik. Kalau nak bentuk perpaduan pun kita alu-alukan, cuma dalam politik kita kena berhati-hati. Politik penuh taktik, teknik dan strategi. Politik juga penuh dengan kepuraan-puraan, lakonan dan penipuan. Sebab itu orang yang betul-betul alim dan hatinya suci dia tidak akan masuk politik, kerana mereka takut kepada dosa.

Wednesday, December 14, 2011

Posisi Tujah Dan Menonggeng Yang Cuba Dinafikan Oleh Anwar


Satu perkara yang sangat menarik perhatian saya semalam ialah bagaimana peguambela Anwar cuba menggunakan keterangan Dr. Thomas Hoogland bahawa kesakitan tulang belakang Anwar membataskan dia melakukan pergerakan seks sekaligus menyanggah keterangan pengadu iaitu Saiful Bukhari Azlan yang Anwar telah meliwatnya secara 'rakus dan laju'.

Pukul 4:16 petang
Peguambela juga memetik kenyataan Dr. Thomas Hoogland, pakar Orthopedik yang merawat Anwar Ibrahim yang mendakwa individu yang mempunyai simptom tulang belakang dan arthritis, tidak mampu melakukan hubungan seks yang didakwa Saiful sebagai ‘rakus dan laju’. (SINI)


Bagaimanapun, penolakan Dr. Thomas Hoogland itu adalah bersandarkan kepada pemeriksaannya ke atas Anwar Ibrahim pada tahun 2005 atau lebih tepat lagi, bersandarkan teori 6 tahun yang lepas.


Dalam keterangan awal, Saiful Bukhari Azlan mendedahkan bagaimana dia diliwat dalam posisi melutut dan ditujah dari belakang oleh Anwar dengan 'rakus dan laju'. Biarpun pihak pembela Anwar cuba menggunakan keterangan Dr. Thomas Hoogland, namun bukti-bukti yang tersedia, sama ada ketika Anwar Ibrahim berada di HKL, mahupun rakaman CCTV pada hari Saiful bersama-sama Anwar di dalam lif kondominium terbabit, membuktikan 'kecederaan' tulang belakang bukanlah faktor utama yang boleh dijadikan hujah. 


Sebabnya, Anwar Ibrahim langsung tidak menunjukkan rasa sakit apabila dia yakin, tiada mata yang memerhatikannya. Dia hanya berlagak sakit tulang belakang apabila berada di khalayak awam sepertimana lakonannya terpaksa disorong dengan kerusi roda, padahal sebelum itu, dia kelihatan sangat sihat dan boleh berjalan tanpa sebarang simptom sakit tulang belakang.

Sankara Nair cuba menegaskan keterangan Dr. Hoogland sebagai layak diterima walaupun keterangan itu sebenarnya telah cacat dari awal lagi iaitu tempoh masa rawatan yang tidak dilakukan oleh Dr. Hoogland. Dr. Hoogland sekadar menggunakan rekod lamanya dan rekod lama juga membuktikan, Anwar Ibrahim mengambil masa yang sangat singkat untuk pulih daripada kecederaan yang dikatakan mengancam nyawanya. 

Tidak sampai 48 jam selepas berada di Jerman, dia sudah pulih semula!

Dan sekarang, peguambela Anwar cuba menghilangkan 'fakta 48 jam pulih semula' itu dengan menawarkan hujah, Anwar tidak boleh melakukan posisi melutut dan menujah dari belakang.

Tuesday, December 13, 2011

Anwar Perlu Resah Gelisah Dengan Gelagat Peguambelanya


Sepanjang sesi penggulungan hujah semalam oleh peguambela Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, banyak perkara yang cuba disentuh oleh mereka. Bagaimanapun satu perkara yang sangat jelas ialah barisan peguambela Anwar Ibrahim telah gagal menimbulkan keraguan terhadap tuduhan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Yang mereka pertikaikan adalah tentang tahap kesihatan sperma di dalam dubur Saiful. Karpal, Sankara Nair dan Ram Karpal langsung tidak mempertikaikan pemilik sperma tersebut. Sebaliknya yang dititikberatkan adalah tentang bagaimana DNA Anwar Ibrahim diperolehi. 
Melucukan apabila Sankara cuba menimbulkan teori tentang penanaman dan pengadaan bukti iaitu DNA anak guamnya. 

Seperti yang diketahui, Anwar Ibrahim keberatan untuk menyerahkan DNAnya secara sukarela, sebaliknya memberikan pelbagai alasan, termasuklah pihak berkuasa telah mempunyai DNAnya pada tahun 1998 dahulu, iaitu perbicaraan liwat pertamanya.

Saya tidak melihat kerja-kerja peguambela Anwar Ibrahim itu dapat menyingkirkan persepsi awal bahawa Anwar sememangnya meliwat Saiful Bukhari Azlan berdasarkan kepada gelagat mereka sendiri. Apatah lagi dalam penggulungan pada sebelah petang, Sankara dan Ram Karpal seolah-olah sepakat untuk menyatakan bahawa Anwar memang meliwat tetapi liwat itu dilakukan secara suka sama suka.

Kronologi sesi penggulungan semalam boleh dibaca di sini.

Monday, December 12, 2011

Anwar Ibrahim Labelkan Papagomo Sebagai Ancaman Negara

Saya tertarik dengan beberapa berita tentang kejayaan Menteri Pertahanan membungkamkan mulut Ketua Menteri Pulau Pinang yang banyak bercakap sebelum ini tentang kedua-dua buah kapal selam TLDM. 

Biarpun ia masih tidak mampu menutup mulut Guan Eng sepenuhnya, sebaliknya Guan Eng mula mempertikaikan beberapa perkara lain, termasuklah kos sebenar kapal selam tersebut, ia sebenarnya sudah pun menunjukkan bagaimana Lim Guan Eng telah kena check-mate oleh Zahid Hamidi.

Namun itu bukanlah cerita yang menarik kerana kita semua tahu, Lim Guan Eng dan pasukan pembangkang di negara ini sentiasa melihat sesuatu dari sudut salahnya. Apa-apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan, semuanya salah, semuanya rasuah dan semuanya penyelewengan. 

Saya lebih tertarik apabila buat kali pertama dalam sejarah blogging di negara ini, Anwar Ibrahim yang selama ini begitu gah dan berbangga kerana kejayaannya banyak disumberkan daripada penguasaan alam siber, tiba-tiba menunjukkan kebimbangan yang teramat sangat tentang seorang blogger yang dikenali sebagai Papagomo. 

Sebelum ini, salah seorang konco Anwar, Amin Iskandar atau Amin Black telah membuat laporan polis terhadap Papagomo dengan ditemani oleh salah seorang blogger yang mengaku dirinya sebagai blogger pro-UMNO tetapi ramai yang tahu, Anuar Mohd Noor atau Anuar Reform adalah serigala berbulu biri-biri.

Saya tidak mahu memanjangkan perkara itu tetapi saya lebih berminat untuk memperkatakan tentang Anwar Ibrahim dan DAP terutama sekali Tony Pua dan Lim Guan Eng yang kelihatan terlalu takut dengan kehadiran seorang blogger pro-UMNO. Walaupun sebenarnya ketika di dalam helikopter, Lim Guan Eng ditemani oleh seorang lagi blogger pro-UMNO yang sebelum ini pernah mencetuskan kekecohan terutama sekali melibatkan DAP dan Pulau Pinang menerusi cerita pemurtadan dan ikrar janji untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Kristian dalam sebuah majlis tidak lama selepas DAP berjaya memperolehi lebih banyak kerusi di Sarawak, namun kebimbangan Guan Eng lebih terarah kepada blogger yang bernama Papagomo.

Timbul persoalan, apakah sebenarnya Lim Guan Eng gentar sekiranya dia tidak boleh berbohong lagi? Manakala Anwar Ibrahim pula menjadi pembantu untuk memenangkan Guan Eng dengan melabelkan Papagomo atau lebih tepat lagi blogger pro-UMNO sebagai ancaman kepada negara. 

Di mana sebenarnya ancaman kepada negara yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim? Adakah dengan melakukan pendedahan terhadap kepincangan dan penyelewengan hidup peribadi Anwar Ibrahim yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri, dianggap sebagai ancaman terhadap negara? Bilakah pula masanya Anwar Ibrahim tiba-tiba sahaja bertukar menjadi Negara Malaysia?

Secara ringkasnya, saya melihat kebimbangan pasukan Pakatan terutama sekali dari kalangan pimpinan tertinggi Pakatan seperti Guan Eng dan Anwar Ibrahim ialah kewujudan blogger pro-UMNO yang merakamkan segala gerak laku dan kemudian menghebahkannya tanpa pemimpin-pemimpin seperti Guan Eng dan Anwar dapat menjawabnya, melainkan memberi alasan, semua itu hanyalah fitnah. 

Walaupun selama ini, Pakatan seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah juara medan siber dengan pelbagai bantuan dan sokongan diberikan, tetapi nampaknya sekarang keadaan sudah berubah sama sekali. Justeru semakin ramai pemimpin Pakatan yang mencari-cari jalan untuk 'membunuh' setiap blogger atau pejuang siber UMNO dengan apa cara sekalipun.

Cuma, melabelkan blogger sebagai ancaman kepada negara, berbanding ahli-ahli politik seperti Anwar Ibrahim dan Guan Eng yang tidak segan silu membuka rahsia negara di negara asing, dilihat seperti sudah sangat terdesak. Bukan terdesak untuk menang pilihanraya, tetapi terdesak kerana ruang membohong semakin terkatup rapat.

Monday, December 5, 2011

Tuan Ibrahim Tuan Man Perlu Cermin Muka Sendiri Terlebih Dahulu

Orang-orang Umno sering digambarkan tidak islamik, penipu, perasuah dan sebagainya oleh orang-orang parti islam semalaysia (PIS). Hanya mereka yang jujur, mereka yang amanah, mereka yang islamik, mereka yang alim dan mereka sahaja yang akan ke syurga.

Mereka-mereka ini seolah-olah muka tak tahu malu, walaupun sering terkantoi dengan pembohongan dan fitnah tetapi masih lagi dengan ketayap putih diatas kepala meneruskan siri-siri pembohongan.

Laman Selangor Daily hari ini menjawab pembohongan yang dilakukan oleh anak saudara Nik Aziz. Sila baca  di sini terlebih dahulu.

Sekarang saya pula nak sambung apa yang diperkatakan.

Terang-terangan dia melakukan penipuan. Jika tidak ada orang yang berebut jawatan dalam Pas , maka sudah pastilah setiap kali pemilihan Pas tidak akan berlaku pertandingan. Tetapi itu tidak berlaku kerana orang Pas pun gila jawatan juga. Termasuklah Tuan Ibrahim sendiri yang berebut jawatan Timbalan Presiden hingga berlaku pertandingan 3 penjuru.

Cerminlah muka anda terlebih dahulu wahai Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuesday, November 29, 2011

Anwar Hanya Perjuangkan Hukum Islam Yang Menguntungkannya Sahaja

Semenjak dituduh meliwat Saiful Bukhari pada Jun 2008 sehingga ke hari ini , iaitu kira-kira tiga tahun setengah Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya tidak putus-putus mendesak agar Anwar dibacarakan mengikut undang-undang Islam. Anwar sendiri membawa kes tersebut ke JAWI agar ianya dibicarakan dibawah jenayah syariah. Sini

Jika dilihat kepada apa yang mereka perjuangkan , maka sudah tentulah ianya menggambarkan betapa Islam dan alimnya mereka kerana bersungguh-sungguh mereka hendak menegakkan hukum Islam.

Tetapi percayakah anda semua kepada mereka ?

Jika ditanya kepada saya, sebesar kuman pun saya tidak akan percaya.

Apabila mereka lihat undang-undang Islam ada ruang untuk menyebelahi mereka, maka itulah yang mereka minta supaya dapat digunakan untuk mengelirukan orang ramai dan juga untuk menyelamatkan mereka. 

Apabila bab liwat bukan main lagi Anwar Ibrahim menyanjungi dan mengagung-agungkan hukum Islam, tetapi apabila bab hudud dimanakah Anwar Ibrahim ?

Dalam satu majlis di Subang Jaya awal bulan ini Anwar secara terang-terangan berkata hudud tidak ada tempat dalam pakatan. Anwar cuba berdolak-dalik dengan berkata dia menyokong hudud, tetapi keputusan untuk menyokong hudud perlu mendapat persetujuan ketiga-tiga parti dalam pakatan mereka. Sini

Jika Anwar betul-betul pejuang Islam dan ingin menegakkan hukum Islam sebagaimana dia bersungguh-sungguh mahu kes liwatnya dibicarakan secara Islam , maka dia juga harus bersungguh-sungguh memperjuangkan hudud. Bukannya bercakap seperti orang mabuk, "saya sokong hudud tetapi perlu mendapat persetujuan ketiga-tiga parti."

Itu baru bab hudud, belum lagi pendirian Anwar Ibrahim dalam kes-kes yang lain. Kes Lina Joy, kes forum memeluk islam, kes hukuman terhadap Kartika dan seksualiti merdeka. 

Islam hanya diambil yang mana dia rasa ada kepentingan untuknya. Yang dirasakan merugikan kepadanya dia letak di belakang.

Saturday, November 26, 2011

Hijrah:Muhajirin dan Ansar Bersatu Untuk Kuatkan Islam



Beberapa jam lagi dari sekarang muslimin dan muslimat sekalian akan menyambut tahun baru 1433 Hijrah. Alhamdullillah kerana kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus menikmati kehidupan di muka buminya.

Setiap kali tiba sambutan Maal Hijrah maka kita pun akan teringatkan kisah bagaimana junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah dalam usaha meluaskan penyebaran agama Allah.
Masjidil Haram Mekah
Dalam usaha menyebarkan Islam pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa Nabi hadapi. Nabi dan Islam dilihat sebagai ancaman baru kepada orang-orang arab jahiliah di Mekah ketika itu. Berbagai-bagai rancangan jahat yang mereka lakukan dalam usaha untuk menghalang penyebaran Islam termasuk ke tahap untuk membunuh Nabi. Hinggakan ketika saat Nabi dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah pun masih ada lagi percubaaan untuk membunuh Baginda. Bagaimana pun Baginda dan Saidina Abu Bakar diselamatkan oleh sarang labah-labah yang menutupi pintu Gua Tsur hingga berjaya mengelirukan orang-orang kafir yang cuba membunuh Baginda.
Masjid Nabawi Madinah
Jika dikenangkan kembali pasti kita akan menitikkan air mata apabila mengenangkan bagaimana susahnya Rasullullah dan para sahabat memperjuang dan menyebarkan agama Allah. Jauh langit dengan bumi bezanya jika dengan apa kemudahan yang kita ada pada hari ini.

Contoh, dari Mekah untuk sampai ke Madinah Nabi memerlukan masa 6 hari untuk tiba. Ada pendapat yang mengatakan 8 hari. Jarak perjalanan hampir 400 km. Kenderaan yang digunakan adalah unta. 1432 tahun dulu tidak ada lebuhraya sebagaimana sekarang. Hari ini perjalanan dari Mekah ke Madinah hanya memakan masa 5 jam melalui lebuhraya yang di kiri kanannya hanya bukit-bukau dan padang pasir. Dengan unta itulah Nabi naik dan turun bukit sehingga sampai ke Madinah. Jika diberi seekor unta kepada kita hari ini dan kita diminta pergi ke Madinah dari Mekah, sanggupkah kita lakukan ? Saya tidak mahu hipokrit, terus terang saya katakan saya tidak mampu dan tidak boleh melakukannya.
Perjalanan dari Mekah ke Madinah. Kiri kanan hanya bukit bukau.

Kita sering diminta mengenangkan jasa-jasa pejuang kemerdekaan dan perwira-perwira negara dalam usaha membebaskan negara dari penjajah. Tetapi kita agak kurang diminta mengenangkan bagaimana susahnya Nabi, para sahabat dan orang-orang terdahulu memperjuangkan Islam sehingga ke tahap yang kita ada pada hari ini. Setelah susah payahnya Islam disebar dan ditegakkan , kini satu masalah baru pula iaitu perpecahan antara umat. Bukan setakat di negara kita sahaja, malah lebih parah di Palestin.

Jika di zaman dahulu orang-orang arab bergaduh dan bermusuhan kerana satu puak menentang Islam dan satu puak menyokong islam. Maknanya pergaduhan antara kafir dengan islam. Hari ini orang islam bergaduh dan mengkafirkan orang islam kerana politik. Lebih parah lagi apabila ada orang islam yang mendoakan laknat ke atas orang islam yang tidak sehaluan dengannya dan lebih-lebih parah lagi apabila ada pihak yang mengaku dirinya alim ulama mengatakan musuhnya yang juga orang islam akan ditempatkan di neraka.

Ada juga insan-insan yang mengaku mereka alim ulama dan mengikut sunah dan ajaran Nabi tetapi menolak salam persaudaraan yang dihulurkan oleh saudara seagamanya. Sedangkan di Madinah pada tahun pertama Hijrah kaum Muhajirin dan Ansar pun boleh bersatu kerana ingin menguatkan Islam. Di Malaysia pula ada pihak yang kononnya berjuang untuk menegakkan Islam tetapi pergi bersatu dengan pihak kafir. Tidakkah pelik ? Nak kuatkan islam tetapi menolak salam yang dihulurkan oleh orang yang mengadap Allah dan kiblat yang sama dengannya, sebaliknya menjalinkan hubungan dengan kafir dan mengagung-agungkan kafir tersebut. 

Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah. Semoga tahun ini akan membawa seribu satu keberkatan kepada kita dan negara kita.

Friday, November 25, 2011

Kena Jampi Betul-Betul Air Di Kelantan, Barulah Tampak Jernihnya


Beberapa blog sahabat telah menyiarkan video yang memaparkan kualiti air yang sangat teruk di Kelantan. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini juga menegaskan kualiti air yang dibekalkan oleh AKSB kepada rakyat Kelantan merupakan yang paling teruk, mundur, tidak bertamadun dan membahayakan kesihatan, berikutan penemuan e-coli di dalamnya. 

Mungkin bagi sesetengah penyokong Menteri Besar Kelantan dan parti yang didokonginya, kenyataan ini amat sukar untuk diterima. Apatah lagi, setelah sekian lama mereka memberikan gambaran yang molek-molek kepada kepimpinan ulama di Kelantan, alih-alih perkara paling asas dalam kehidupan pun gagal dibentengi serta ditangani, menjadikan label kepimpinan ulama bertukar menjadi kepimpinan alamak!
Saya selalu terfikir, mengapa kualiti air di Kelantan sangat berbeza berbanding negeri-negeri lain, termasuklah di Sabah. Apa yang menyebabkan kepimpinan negeri langsung tidak prihatin kepada masalah yang sangat asas itu walaupun mereka seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah kelangsungan daripada ulama-ulama silam. Masakan ulama-ulama silam tidak mementingkan kualiti air, memandangkan di dalam Islam sendiri, pembahagian jenis-jenis air perlu dipelajari untuk mengenalpasti yang mana air yang boleh digunakan untuk berwuduk dan sebagainya. 

Ada pendapat dari kalangan penyokong Menteri Besar Kelantan yang menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak memberikan geran kepada Kelantan untuk meningkatkan kualiti bekalan air bersih kepada seluruh penduduk Kelantan. Saya melihat alasan ini sebagai alasan yang paling tidak munasabah. Kalau dibandingkan dengan Sarawak dan Sabah yang jauh lebih luas berbanding Kelantan, kualiti air di sana pun tidaklah seteruk di Kelantan. 

Penjelasan yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan ketika diwawancara oleh sebuah stesen televisyen juga menunjukkan dia tidak prihatin dengan masalah yang menimpa rakyat Kelantan itu. Sebaliknya Menteri Besar yang kerapkali diberikan jubah karamah itu sekadar menyalahkan pembangunan di Hulu Kelantan sebagai punca sebenar masalah kualiti air Kelantan yang sangat teruk.

Tidak keterlaluanlah kalau saya katakan, mungkin itu salah satu sebab mengapa PAS begitu bersusah payah membendung ahli-ahlinya daripada menonton televisyen selain televisyen internet PAS. Begitu bersusah payah menghalang ahli-ahli PAS daripada membaca berita selain Harakah, Keadilan Daily dan Roket Kini. Ketakutan yang rakyat Kelantan akan tahu punca sebenar mengapa bekalan air ke rumah-rumah dan premis-premis mereka sangat merbahaya, menyebabkan PAS dan Menteri Besar Kelantan lebih rela berceramah politik berbanding mencari jalan penyelesaian meskipun telah lebih 20 tahun mereka menguasai Kelantan. 

Berapa puluh tahun lagi agaknya PAS berkuasa di Kelantan, baru masalah ini akan selesai?

Musuh Islam Akan Pastikan Umat Islam Kekal Sebagai Pengguna, Bukan Penjual


Apabila isu fidlot menjadi heboh, saya hanya memerhatikan perkembangan tersebut dengan teliti. Ada beberapa perkara yang dapat saya kesan berdasarkan pemerhatian saya sebagai orang awam dan orang Islam.

Bagi saya, NFC yang baru hendak masuk tahun ketiga beroperasi mungkin mempunyai kelemahan di sana sini. Apatah lagi wujud perjanjian yang masih belum dan lambat ditandatangani dengan pihak kerajaan menyaksikan, operasi tersebut tidak dapat dijalankan secara menyeluruh. Lagipun NFC mengambilalih kerja-kerja yang ditinggalkan oleh sebuah syarikat dari luar negara yang sepatutnya menjadi kontraktor utama, membuatkan seluruh operasi terpaksa dimulakan dari awal.

Namun berdasarkan bukti-bukti serta selarinya dengan laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan sasaran 8,000 lembu bagi tahun 2010 telah dapat dicapai, saya melihat syarikat tersebut sedang berada di atas landasan yang kukuh dan tepat.

Saya tidak bermaksud hendak membela NFC kerana saya hanyalah seorang pembaca laporan yang disediakan oleh Ketua Audit Negara dan lawatan yang dibuat ke ladang tersebut baru-baru ini, hanyalah lawatan singkat. Beribu-ribu lembu yang saya lihat di ladang itu, mungkin baru sahaja dimasukkan ke kandang fidlot untuk mengelabui mata saya.

Jangan kata tidak mustahil, memandangkan Malaysiakini sebelum itu, melaporkan hanya seekor lembu yang kelihatan. Manakala Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution pula menyatakan, ladang tersebut memiliki kurang dari 100 ekor lembu walaupun penyembelihan yang dijalankan adalah 30 seekor sehari dengan menggunakan rumah penyembelihan kecil.

Saya melihat perkembangan masakini menyaksikan umat Islam yang sudah sekian lama ditindas dari segi ekonomi, mulai bangkit. Kalaupun tidak di seluruh dunia, saya melihat perkembangan itu di Malaysia.

Bantuan dan kesungguhan daripada kerajaan yang berteraskan Melayu UMNO berjaya menghasilkan sejumlah ahli-ahli perniagaan Melayu-Bumiputera dan Pribumi yang berjaya. Pasaran daging negara selama ini dikuasai oleh kartel-kartel yang dimiliki oleh bukan Islam. Walaupun halalan-toyyiban menjadi ungkapan yang menyegarkan telinga, sebenarnya penghasilan daging lembu untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini amat meragukan.

Hanya kerana umat Islam di negara ini mempunyai sikap 'tidak apa', maka umat Islam terus ditindas dan dizalimi. Sebarang usaha untuk memastikan sektor perniagaan, turut dikuasai oleh firma-firma Islam dan Bumiputera akan dicantas habis-habisan. Paling tidak pun, akan dipalitkan dengan label KRONISME dan RASUAH bagi menjatuhkan moral dan menyebabkan putus asa.

Sekitar tahun 1985 dahulu, apabila Malaysia berjaya menghasilkan Proton Saga, kaum yang sama menyatakan bahawa Proton Saga bukanlah sebuah kereta sebaliknya, TIN MILO YANG BERGERAK. Permintaan tinggi kerana harganya yang jauh lebih rendah berbanding kereta-kereta biasa, malangnya ia tidak boleh dipasarkan kerana pemasar-pemasar sedia ada mempunyai 'mutual understanding' dengan pihak-pihak taikun besar pemasar kereta.

Entiti baru diwujudkan untuk pemasaran. Proton Saga terus dikondem dan diboikot. Namun usaha tersebut gagal. Permintaan tetap besar dan akhirnya mereka mengalihkan taktik. Tidak lagi mengondem Proton Saga, sebaliknya mahukan hak untuk sama-sama menjual kereta tersebut.

Mereka berjaya memperolehinya dan mereka pun tutup mulut.

Perkara yang sama juga berlaku kepada FELDA, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Runcit TUKAR, Bazar MARA dan sebagainya. Pemboikotan dan usaha mencantas dijalankan dengan sebarang cara, termasuklah dengan menggunakan orang politik dari golongan Melayu-Islam. Golongan yang sebenarnya lebih layak digelarkan sebagai BARUA ini, merupakan parasit yang bergergaji dua mata. Mereka mengambil upah yang kecil, tetapi pada masa yang sama, akan memastikan tuan-tuan mereka tidak terjejas dek penguasaan umat Islam dalam bidang perniagaan di negara ini.

Dari mulut BARUA-BARUA inilah ungkapan RASUAH, KRONI, PENYELEWENGAN dan sebagainya dapat didengar dengan mudah. Manakala taukeh-taukeh di belakang mereka, sekadar menyucuk dan menjanjikan pulangan besar kepada mereka sekiranya rancangan yang diatur berjaya.

Perhatikan sahaja bagaimana Amerika Syarikat menguasai pasaran minyak dunia, bahkan menentukan harga komoditi tersebut. Sedangkan hakikatnya pengeluar utama komoditi itu adalah dari negara-negara Islam. Taktik yang sama turut digunakan di negara ini, terutama dalam pemasaran barangan makanan dan barangan lain. Umat Islam hanya mengeluarkan, tetapi yang menjual serta mengaut keuntungan besar dairpada hasil yang mereka keluarkan adalah orang lain.

Seharusnya dalam hal ini, umat Islam yang berbangga dengan al Quran dan al Hadis, mampu membuka mata dan berfikiran secara matang. Jangan disebabkan mudah termakan hasutan, umat Islam kehilangan peluang yang Allah Taala anugerahkan kepada kita. Kalau Nabi s.a.w sendiri memberi jaminan bahawa 9/10 punca rezeki adalah daripada perniagaan, mengapa pula kita mencari-cari ruang untuk mematikan perniagaan saudara seagama kita dan membiarkan sekutu bukan Islam kita yang menjadi taukeh besarnya?

Cuba anda fikirkan dan renung-renungkan...

Thursday, November 24, 2011

Pusat Zakat Sepatutnya Menyenangkan Bukan Menyusahkan

Setiap hari, kita akan mendengar, membaca, menonton mahupun diberitahu tentang penderitaan yang dialami oleh umat Islam di seluruh negara. Di sebalik keupayaan negara untuk berada di atas landasan ke arah sebuah negara yang penduduknya berpendapatan tinggi, ternyata penderitaan serta ancaman kemiskinan masih sukar dihapuskan.

Hampir setiap masa, kita akan diperdengarkan dengan dalil-dalil kononnya kemiskinan tegar telah dapat dihapuskan dan berada pada paras paling minima. Semuanya adalah berkat kesungguhan dan iltizam pihak kerajaan.
Sebagai umat Islam, ada satu kemudahan yang Allah Taala sendiri letakkan di dalam sistem kehidupan kita apabila ianya membabitkan wang ringgit iaitu ZAKAT. Di negara ini, pengurusan zakat merupakan antara yang terbaik kalaupun bukan di dunia, tetapi sangat teratur dan tersusun selain memberi kemudahan kepada pembayar-pembayar zakat melunaskan tanggungjawab mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh-Nya. 

Namun, apabila mendengar cerita tentang kesusahan dan penderitaan umat Islam, terutama yang bersangkutan dengan hospital serta perubatan, ia membuatkan saya tertanya-tanya di mana dan apa sebenarnya peranan zakat yang dikutip oleh badan yang dipertanggungjawabkan itu.

Kemiskinan mendekatkan kepada kekafiran... itu mafhum hadis yang sentiasa saya ingat. Saya tidak fikir, hadis ini dianggap sebagai hadis daif atau palsu sehinggakan Pusat-Pusat Zakat di seluruh Malaysia mengambil pendekatan yang kelihatan lebih mirip kepada bank-bank kapitalis.

Kemelut JAIS-DUMC yang lepas mempunyai sangkut-paut dengan amalan yang dilakukan oleh Pusat-Pusat Zakat. Kesombongan, kebongkakan dan kurang ajar serta biadapnya kakitangan Pusat Zakat menguruskan orang ramai yang datang mendapatkan bantuan, bukan cerita baru atau cerita dongeng. 

Saya tidak pasti, apakah sistem Zakat di Malaysia berada dalam kategori One-Off, memandangkan perkara terpenting zakat adalah CUKUP HAUL dan CUKUP HISAB. Pembahagian wang zakat kepada 8 asnaf pula, adakah berdasarkan CUKUP HAUL dan CUKUP HISAB atau ONE-OFF?

Tidak keterlaluan kalau saya membuat kesimpulan peribadi, setiap orang miskin yang menjadi kafir, keluar dari Islam dan menganggap Islam sebagai agama opressor, maka kesalahan tersebut jatuh ke atas Pusat Zakat dan Baitulmal memandangkan mereka inilah yang menguruskan DANA AWAM yang diperintahkan Allah Taala.

Perkara paling pelik untuk kita lihat menerusi amalan zakat di Malaysia ialah, tidak sedikit orang yang diamanahkan untuk menjaga wang zakat, melihat wang zakat sebagai modal perniagaan, membina bangunan, mencipta aset mahupun membina hospital yang kemudian mengenakan bayaran tinggi kepada para pesakit dan seandainya pesakit tidak mampu membayar, maka surat saman dari peguam akan menyusul.

Bagaimana atau atas pertimbangan apakah, anak Khalid Samad yang bapanya lebih dari mampu untuk menanggung pengajian ke luar negara, diberikan wang zakat atas asnaf fisabillah? Bagaimana pula dengan anak orang miskin yang tidak mampu menanggung pengajian dan lebih menepati asnaf, tetapi diabaikan oleh pihak yang menguruskan dana itu?

Sehingga sekarang, pihak Lembaga Zakat Selangor terus tutup mulut walaupun pendedahan telah dibuat. 

Itu hanyalah bilangan kecil masalah yang membabitkan pusat zakat dan baitulmal. Barangkali kalau dikumpulkan semua kes, barangkali sehingga pangkal akhirat pun, tiada sesiapa yang mampu menjawab segala permasalahan dan keciciran tersebut.

Saya melihat reformasi terhadap sistem baitulmal dan pusat zakat perlu dilakukan secara besar-besaran. Selagi pusat zakat dan baitulmal ditadbir oleh golongan yang berkepentingan dan melihat wang zakat sebagai wang keuntungan, selagi itu, golongan sebenar penerima zakat terus dipinggirkan, golongan yang berkemampuan pula yang diberi kelebihan. 

Dan yang paling penting, reformasi besar selain terhadap sistem, juga terhadap kakitangan pusat zakat serta baitulmal sendiri. Seharusnya mereka keluar mencari-cari orang miskin bukannya hanya mengharapkan orang miskin datang ke pejabat, mengisi borang untuk diherdik dan disindir-sindir, walhal gaji mereka sendiri datangnya daripada zakat.

Sunday, November 20, 2011

Khabarnya Rafizi Ramli Tertelan Air Kencing Lembu Masa Kecil-Kecil Dulu

Perkembangan lembu fidlot semakin menarik. Jawapan balas daripada Pengerusi NFC, membuatkan saya menunggu-nunggu serangan seterusnya daripada 3 Serangkai PKR iaitu Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin.

Seperti yang seringkali saya katakan, setiap kali ada hujah atau isu baru yang dicetuskan oleh PKR, biasanya mereka pasti sedang berusaha untuk melindungi kelemahan mereka daripada diperkatakan. Apabila isu NFC dan lembu fidlot dijaja dan Sharizat Jalil didesak meletak jawatan ekoran kononnya NFC telah gagal ekoran laporan Ketua Audit Negara, pastinya ada isu besar yang PKR tidak mahu ianya diperkatakan dan disebut-sebut.

Ternyata telahan awal saya itu benar. Program NFC tidak gagal sebagaimana yang disebut-sebut oleh PKR dan sekarang ini mulai menarik suara Mahfuz Omar dan Idris Ahmad, dua orang pelawak dari PAS yang lebih banyak mempamerkan kebebalan hujah mereka berbanding kebijaksanaan selaku orang berjawatan.

Dari muka surat 139 sehinggalah 147 laporan berkenaan NFC, tidak ada langsung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara bahawa program tersebut gagal. Sebaliknya yang dinyatakan gagal adalah beberapa perkara berkenaan urusan prasarana melibatkan agensi kerajaan tertentu selain kegagalan pihak kontraktor utama pertama sehingga menyebabkan berlakunya pengambialihan oleh pengurusan NFC sekarang.

Namun fakta itu langsung tidak disebut oleh tiga orang pemimpin PKR berkenaan. Sebaliknya ditekankan tentang 60,000 ekor lembu yang sepatutnya telah disembelih pada tahun 2010 tanpa mereka juga menyebut tentang rumah penyembelihan berskala dan berkapasiti besar, kawasan seluas 5000 ekar yang telah dikecilkan menjadi 1500 ekar sahaja, masalah padang ragut dan sebagainya yang masih belum disiapkan.

Sebaliknya, ada satu isu besar yang juga melibatkan pertanian tetapi projek pertanian itu di Selangor. Hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja projek tersebut dijalankan, Kerajaan Pakatan Selangor telah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi. Bukan kerana gagal mendapat pinjaman, sebaliknya kerana pengurusan, pentadbiran yang tidak cekap serta ada niat tersembunyi menerusi banyak perkara yang digelapkan.

Program yang dimaksudkan adalah Projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-Buahan Tropika serta Projek Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Sisa Buangan Kepada Bentuk Baja Organik Dan Makanan Ternakan. Jumlah keseluruhan pinjaman dari Kementerian Kewangan untuk projek berkenaan hampir mencecah RM50 juta.

Projek tersebut telah dihentikan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada Februari 2010 setelah mengalami kerugian besar. Paling menarik ialah apabila pihak pengurusan yang terlibat dalam perancangan, perlaksanaan dan pemantauan projek telah tidak lagi berkhidmat. (BACA DI SEL13.C0M)

Timbul pertanyaan, mengapa perkara ini langsung tidak disebut dan diterangkan punca serta sebab musabab kerugian yang dialami selain faktor yang mendorong kepada penghentian operasi program berkenaan. Bukankah projek tersebut melibatkan wang rakyat? Masakan PKR dan Pakatan yang begitu prihatin tentang dana rakyat, boleh melelapkan mata begitu sahaja terhadap wang rakyat berjumlah hampir RM50 juta?

Saya tertunggu-tunggu jawapan dan suara daripada Rafizi Ramli. Walaupun dalam isu fidlot, dia sebenarnya didorong oleh Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin, tetapi apabila dia  membuka mulut, maka dia juga bertanggungjawab untuk membuka mulut tentang isu perlecehan dana rakyat yang membabitkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Takkanlah kerana fidlot melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet lebih diberikan keutamaan berbanding program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor, sedangkan program fidlot terbukti berjalan lancar dan sedang mencapai matlamat 60,000 ekor lembu pada tahun 2015, manakala program pertanian di Selangor pula, telah terkubur begitu sahaja bersama-sama duit rakyat!

Monday, October 24, 2011

HIMPUN Berjaya Buktikan Kegagalan Perjuangan PAS

Saya berada di Stadium Shah Alam Sabtu lepas untuk sama-sama berhimpun bersama-sama sebahagian kecil umat Islam yang prihatin dengan permasalahan umat. Walaupun pada mulanya, saya berasa kecewa melihat jumlah kehadiran yang tidak memberangsangkan, tetapi akhirnya saya menyedari bahawa inilah yang membuktikan, kalau perhimpunan itu tidak ada nilai-nilai negatif dan agresif, ia kurang menarik minat sekalipun tujuan perhimpunan tersebut amat besar ertinya.

Dari awal lagi saya sudah menjangkakan HIMPUN tidak akan berjaya menghimpunkan sejuta umat seperti slogannya. Saya juga sudah dapat menjangkakan, HIMPUN akan menjadi belasahan para pengikut dan pengikut PAS, terutama sekali Anwar Ibrahim.

Ianya menjadi kebenaran apabila PAS memilih untuk akur dengan DAP dan tidak mahu langsung menjejaskan hati nurani serta kekuasaan DAP dalam Pakatan Rakyat. PAS memilih untuk menghindarkan diri daripada HIMPUN kerana alasan HIMPUN bukan untuk parti-parti politik.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh PAS tentang HIMPUN, ianya sudah cukup untuk menjelaskan bahawa PAS yang baru berasa keasyikan dan kesyahduan bekerjasama dengan parti-parti yang tidak 'beragama Islam' dan bermesra dengan kaum bukan Islam, amat takut kehilangan sokongan daripada kelompok yang suatu ketika dahulu amat mereka benci.

HIMPUN bukannya bermotifkan politik. Apabila tidak bermotifkan politik, maka PAS juga tidak berminat sama sekali untuk menyertainya. Anehnya, mereka menuduh UMNO pula yang menjadi dalang di sebalik penganjuran HIMPUN.

Alasan dan tuduhan itu sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk PAS melarikan diri daripada tuduhan yang PAS tidak lebih daripada sebuah parti politik yang gila kuasa dan pada masa yang sama, sangat kuat menyamar sebagai kelompok Islam Ortodoks, walaupun sebenarnya sebahagian besar daripada mereka, tidaklah terlebih pandai daripada sekadar bercakap.

Hari ini, Anwar Ibrahim pula cuba mengaitkan isu HIMPUN dengan isu penyelewengan RM250 juta. Sekali imbas, fakta penyelewengan RM250 juta itu amat besar, malah jauh lebih besar berbanding isu HIMPUN. Saya percaya, PAS akan menggunakan hujah Anwar itu untuk menjaja ketotokan dan kebahlolan mereka dengan topeng-topeng agama seperti mana yang tersalut pada setiap batang tubuh pemimpinnya.

Motif utama HIMPUN ialah untuk menunjukkan solidariti dan keprihatinan umat Islam terhadap akidah mereka yang sedang terancam. Namun PAS dan Pakatan bijak memutarbelitkan dan mengalihkan isu dengan menjadikan HIMPUN sebagai alasan untuk UMNO tidak menjawab beberapa persoalan seperti yang dituduhkan oleh Anwar Ibrahim.

Dek kerana itulah, walaupun pada peringkat awalnya saya kecewa melihat jumlah yang hadir, tetapi apabila saya renung-renungkan balik, HIMPUN sebenarnya tidak gagal, bahkan telah mencapai kejayaan terbesar apabila berjaya membuktikan bahawa akidah bukanlah prioriti dalam politik negara ini sepertimana yang diperkatakan dan dijaja-jaja oleh PAS sebaliknya ia hanyalah salah satu modal untuk PAS terus bernafas dalam arus politik negara.

Thursday, October 20, 2011

Balasan Karma Buat Guan Eng Dan Kit Siang

Saya tidak teruja langsung dengan laporan tentang perangai buruk salah seorang anak lelaki Guan Eng. Sebaliknya saya hanya tersenyum apabila melihat Guan Eng dan bapanya, Kit Siang berkungfu kuntau menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional apabila berita tersebut tersebar secara meluas menerusi laman blog.

Dari awal lagi saya sudah menjangkakan, gambar perempuan yang dipaparkan oleh blog-blog terbabit sebenarnya tidak lebih daripada sebuah perangkap untuk membuka mulut Guan Eng dan Kit Siang setelah posting-posting awal ditanggapi secara dingin oleh kedua-duanya.

Ternyata, telahan saya tepat. Pada peringkat awal, tiada seorang blogger pro-kerajaan yang menyebut nama Guan Eng atau nama budak lelaki berusia 16 tahun itu. Hanya apabila sebuah portal yang diketahui mendapat tajaan daripada Zionis mendesak Guan Eng untuk menjawab, barulah nama Guan Eng dibabitkan secara langsung.

Mungkin Guan Eng sendiri tidak menjangka, wartawan portal berita tajaan Zionis itu akan mengenakannya secara tidak sengaja. Apabila Guan Eng sudah membuka mulut dan membuat penafian, secara tidak langsung, Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah membenarkan cerita yang sepatutnya hanya bersifat khabar-khabar angin.

Status cerita tersebut bertukar apabila Guan Eng mengesahkan anak lelakinya memang bertukar sekolah, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Heng Ee ke Sekolah Menengah St.Xavier. Prasangka semakin kukuh apabila Guan Eng memberikan dua versi cerita yang berbeza tentang punca anaknya berpindah sekolah.

Rasa-rasanya, tidak perlulah saya panjangkan lagi cerita berkenaan kerana para pembaca boleh memperolehinya daripada blog-blog lain. Saya tertarik untuk memperkatakan tentang sikap Guan Eng yang sangat mudah gelabah kali ini. Sikapnya tidak sebagaimana yang ditunjukkan waktu dia berbohong dan meminda cerita seperti cerita kerusi yang tidak disediakan untuknya sambil menyalahkan orang lain tidak lama dahulu. Guan Eng seolah-olah hilang pedoman dan sanggup bercakap apa sahaja demi menyelamatkan air muka dan kerjaya politiknya.

Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Guan Eng bersusah payah mengusung seorang budak perempuan Melayu suatu ketika dahulu untuk meraih simpati dan menampilkan dirinya sebagai hero. Guan Eng dipenjarakan kerana menerbitkan artikel hasutan, tetapi cerita versinya ialah, dia dipenjarakan kerana membela seorang budak perempuan Melayu.

Kalau sebelum ini, Guan Eng dan DAP secara keseluruhannya tidak pernah berasa jijik menggunakan taktik menyerang anak-anak pemimpin kerajaan, mengapa pula Guan Eng dan bapanya marah apabila anak serta cucu mereka diserang sebegitu rupa?

Tidakkah itu merupakan proses pembalasan kembali yang perlu dihadapi oleh Guan Eng dan Kit Siang?

Walau bagaimanapun, daripada pemerhatian yang saya lakukan, satu pujian harus diberikan kepada DAP, khususnya kepada Lim Guan Eng dan bala tenteranya. Saya mengesan ramai cybertrooper DAP keluar masuk menyerang blog-blog pro-kerajaan yang memaparkan gambar serta pendedahan tersebut. Walaupun sebahagian besar daripada mereka tidak faham dengan isi kandungan dalam posting-posting yang dibuat kerana ditulis dalam Bahasa Kebangsaan, kesungguhan mereka untuk melakukan serangan, perlu diberikan tabik hormat.

Sunday, October 9, 2011

Adakah Ini Gambar Katil Anwar ?

Malam tadi saya menerima satu e mel dari seseorang yang tidak dikenali yang menghantar gambar di atas.

Kata si penghantarnya, mohon tanya kepada Anwar Ibrahim samada dia kenal atau tidak gambar katil diatas ?

Si penghantar juga meminta saya meneliti betul-betul tarikh dan masa yang dicatatkan di bahagian atas sebelah kanan.

Jika dilihat pada tarikh tersebut ianya mencatatkan tarikh 13.01.2011 jam 8.30. Jika kita imbas kembali tarikh berkenaan ianya sama dengan tarikh yang dipersoalkan di blog-blog sejak 3 minggu yang lepas, dimana Anwar pada 12 dan 13 Januari 2011 ?

Walaupun e mel yang dihantar kepada saya menggunakan id hantu , tetapi saya rasa saya boleh hidu siapa penghantarnya. Saya syak antara Papa Gomo atau Parpukari.

Sebab apa saya kata mereka ? kerana saya tahu 'stok' barang berkenaan telah lama berada di tangan mereka berdua. Tetapi mereka meraban merata, kemudian tembak orang itu, orang ini yang simpan video tersebut.

Sudah-sudahlah Gomo dan parpu , berapa lama kamu mahu main wayang. Keluarkan sahaja, jangan nak menyusahkan orang lain.

Saturday, October 8, 2011

Kalau Tak Bodoh Bukan PKR Namanya

Apabila kita teringatkan PKR pasti kita akan ingatkan perkara-perkara di bawah.

1) Buntot

2) Rasuah

3) Ganas

4) Bohong

5) Bodoh

6) Poyo

Jika tiada salah satu diantara itu bukan PKR namanya.

Hari ini PM dijadualkan melawat Rawang.

Sebelum PM tiba adun Rawang dari parti PKR mengingatkan PM supaya menyelesaikan lima masalah di sana.

Antara salah satu darinya dia meminta agar kerajaan pusat menaik taraf jalan persekutuan dalam kawasan Rawang.

Katanya, setiap hari terdapat kira-kira 370 juta kereta yang menggunakan jalan dari Pekan Rawang ke Batu Arang.
370 juta ?

Logik ke ?

Nampak sangat menipu...

Kalau tak menipu, bodoh namanya...

Friday, October 7, 2011

Haramkan Konsert Metallica Di Malaysia

Menurut sumber seorang budak blogger , kumpulan heavy metal, Metallica akan mengadakan konsert mereka di KL awal bulan Disember.

Tindakan harus diambil bermula sekarang untuk menghalang konsert tersebut , jangan tunggu saat-saat akhir. Halang sekarang sebelum tiket mula dijual. Jika sudah jual tiket, susah. Nanti penganjur merayu-merayu pula kerana alasan tiket telah dijual dan segala persiapan telah dilakukan.

Konsert seperti itu bukan sahaja membuat rakyat lalai serta leka, malah boleh merosakkan moral dan akhlak rakyat.

Ayat Quran Semuanya Politik - Nik Aziz

Masyaallah...

Nik Aziz kata semua ayat Quran terlibat dengan politik...



Tak cukup dengan itu dia kata pula Nabi Muhammad SAW sama seperti budak kampung dilahirkan.



Dulu tidak pernah ada siapa yang pertikai sambutan Maulidur Rasul termasuklah Pas. Tetapi keadaan telah berubah selepas Pas menjalinkan hubungan dengan DAP. Semuanya gara-gara halangan dari Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk perarakan sambutan Maulidul Rasul tahun lepas.

Dalam apa jua keadaan sekali pun Pas tetap akan pertahankan DAP walaupun terpaksa menggadai agama, bangsa atau negara.

Terima kasih kepada keris 7 lok yang rajin selongkar video...

Datuk Eskay Ketawa Berdekah-Dekah

Jika Datuk Eskay dengar cerita Anwar mati pucuk atau lemah tenaga batin atau tak boleh lakukan hubungan seks kerana sakit belakang, saya yakin beliau akan ketawa berdekah-dekah.

Gambar diatas yang dirakam di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok membawa seribu satu makna kepada Anwar dan Eskay. Hanya mereka berdua yang tahu apa makna yang tersurat dan tersirat disebalik gambar tersebut.

Semuanya ada hubung kait dengan lima soalan yang diminta oleh Datuk Eskay supaya ditanya kepada Anwar Ibrahim.

Kerana Anwar Ibrahim tidak mustahil Dr Thomas Hoogland bakal kehilangan intergritinya. Doktor tersebut berkata dalam keadaan berpenyakit seperti itu adalah sukar untuk Anwar melakukan hubungan seks.

Hi....hi....hi....

Jangan kata melayu, cina , india, iban dan kadazan yang berjaya ditipu Anwar, mat saleh pun kena tipu juga. Bukannya mat saleh mabuk yang kena tipu, doktor beb....

Pakar dari Amerika yang menjalankan kajian ke atas video tempohari telah mengeluarkan laporan mengatakan 99.9 % video tersebut tulen. Jika video tersebut tulen, maka siapakah lagi orang di dalamnya jika bukan Anwar Bin Ibrahim ?

Cuba tunjukkan video itu kepada doktor tersebut.

Pasti terkejut beruk mat saleh itu melihatnya.

Eh....eh...jika tak silap saya tempohari ada orang tanya dimana Anwar Ibrahim pada 12 dan 13 Januari 2011 ? Ha ! jawapannya ada di sini

Thursday, October 6, 2011

Perbicaraan Tertutup: Anwar Mati Pucuk ?

Sesi perbicaraan Anwar Ibrahim petang tadi yang menampilkan Dr Thomas Hoogland sebagai saksi pembela ketujuh diadakan secara tertutup atas permohonan peguam-peguam Anwar.

Apa yang doktor tersebut nak ceritakan sehingga semua orang kena keluar ?

Anwar mati pucuk ?

Jika benar, sudah pasti Datuk Eskay akan ketawa terbahak-bahak mendengarnya....

Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Anwar oh Anwar....

Kalau benar-benar tak meliwat bawalah saksi-saksi keliling kamu. Tak guna bawa saksi dari Jerman atau dari Australia.

Sebagai seorang islam anda nak percaya keterangan dari doktor tersebut atau dari apa yang terpapar dalam video di bawah ini ?

Cakap Tak Serupa Bikin


Jika polis halang ceramah Pas kerana tiada permit, mereka kutuk dan maki polis. Mereka kata sistem demokrasi di Malaysia dah hancur dan sebagainya.

Jika polis halang mereka berdemonstrasi secara haram, mereka kata kebebasan bersuara disekat.

Yang diatas itu apa cerita ?

Orang-orang cina sambut pesta tanglung di kawasan sekolah di Kelantan telah diberi surat amaran.

Selanjutnya di sini....

Wednesday, October 5, 2011

Anwar PM, Kit Siang atau Guan Eng Menteri Kewangan ?

Jadi pembangkang berlagak jadi kerajaan...

Jadi ketua pembangkang berlagak jadi PM...

Jadi ahli parlimen pembangkang berlagak jadi menteri....

Dua bulan lepas anak dia yang berlagak, pergi jumpa Timbalan Menteri Luar Jerman untuk merapatkan hubungan diplomatik Malaysia-Jerman.

Semalam pula bapanya yang berlagak sebagai PM dan Menteri Kewangan, bentang bajet depan wartawan dan dua tiga kerat penyokong mereka.

Macam main pondok-pondok pula....

Dalam pembentangan bajet liwat semalam , Anwar kata jika mereka memerintah negara PM tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Anwar juga berkata, Perdana Menteri Pakatan Rakyat tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Sumber:harakah...kah...kah...kah...daily

Semua kita telah tahu, gabungan haram pak-khatan rakyat telah bersetuju untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai PM jika mereka memerintah negara.

Apabila Anwar berkata seperti semalam, PM bukan Menteri Kewangan, siapakah yang bakal mengisi jawatan tersebut ?

Sudah tentulah tidak lain tidak bukan ianya akan diisi oleh DAP sebagai timbal balik kepada persetujuan mereka memilih Anwar sebagai PM.

Apabila wakil dari DAP yang mengisi jawatan tersebut, maka sudah tentulah ianya akan diisi oleh Lim Kit atau Lim Guan Eng . Siapa dalam DAP yang berani lawan mereka berdua ? DAP milik mereka anak beranak. Siapa berani lawan kena pecat atau kena gantung.

Jangan haraplah Anwar dan DAP nak beri kepada Pas jawatan Menteri Kewangan.

Anwar nak beri kepada Hj Hadi ? Wa...kah...kah....kah.....

Nak beri kepada Mat Sabu ? Wa...kah...kah...kah....

Nak beri kepada Mahfuz Omar ? Wa....kah...kah...kah....

Nak beri kepada Salahuddin Ayub ? Wa....kah....kah.....kah.....

Kawan-kawan sekalian, jika tidak ada udang di sebalik batu, Karpal Singh tak akan setuju untuk jadi peguam Anwar dalam kes liwatnya kerana Karpal tahu siapa Anwar yang sebenar.

Sebab utama Karpal jadi peguam Anwar bukan kerana nak tolong Anwar. Nak tolong perkara kedua. Yang utamanya Karpal nak korek rahsia dan pegang telur Anwar atau pun dalam bahasa orang puteh dipanggil black mail.

Anak guam mesti bercakap benar dan jujur kepada peguamnya supaya senang hendak pertahankannya dalam mahkamah. Anwar bohong atau guna tipu helah bagaimana sekali pun Karpal tetap berjaya hidu, kerana dia bukan calang-calang punya peguam.

Apabila semua rahsia sudah berada dalam tangan Karpal, ditakdirkan Anwar benar-benar jadi PM, maka sudah tentu DAP akan menuntut jawatan Menteri Kewangan. Kalau Anwar tak bagi mampuslah dia kerana semua rahsia telah berada di tangan Karpal dan DAP.

Apabila sudah dapat jawatan Menteri Kewangan, satu jawatan yang cukup-cukup penting, maka apa lagi, beraya sakanlah DAP. Anwar berani nak larang atau sekat ?

Lawan ? sekat ? aku pecah rahsia habis jawatan kau, kata DAP.

Maka jadilah Anwar Ibrahim sebagai seorang PM puppet dan segala urusan kewangan negara akan dikawal oleh DAP. Sama seperti yang pernah terjadi di Perak sebelum ini.

Contoh yang jelas sudah ada di Perak bagaimana seorang manusia yang gila hendak jadi MB sehingga sanggup gadai dan serahkan segala-galanya kepada DAP asalkan dia MB. Orang gila yang nak jadi MB di Perak tidak ada apa-apa rahsia atau kegiatan songsang yang dipegang oleh DAP. Hanya gila nak jadi MB sahaja

Anwar pula gila nak jadi PM dan ada rahsia besar yang dipegang oleh DAP, maka sudah tentulah keadaan akan menjadi lebih teruk dari apa yang terjadi di Perak.

Cuba anda semua fikir secara logik, Karpal Singh adalah manusia yang betul-betul berpegang kepada prinsip atau pun kita panggil keras kepala. Lihat contoh dalam kes hudud, dia kata no, maka sampai ke hari ini dia tetap kata no. Walaupun mungkin ubun-ubunnya telah ditiup oleh tok-tok guru Pas tetapi dia tetap kata no.

Karpal bermusuh dengan Anwar sejak Anwar dalam BN lagi. Masa kerajaan Perak yang dikuasai oleh DAP runtuh , kita semua boleh lihat bagaimana marahnya Karpal kepada Anwar. Dia kata Anwar bawa banyak masalah dan Anwar harus bertaubat. Itu sudah cukup untuk menunjukkan betapa geramnya Karpal kepada Anwar.



Anda ingat senang ke manusia seperti Karpal nak berubah hati dan tiba-tiba hendak tolong Anwar dalam kes liwatnya jika tidak ada hajat tersembunyi ?






Kata pepatah, orang tamak selalu rugi...

Kata pepatah lagi, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

Bahasa Apa Lagi Yang Sesuai Digunakan Terhadap Papa Gomo ?

Saya pun semakin tidak faham dengan Papa Gomo, sejak sebulan yang lepas sehingga ke hari ini dia tidak habis-habis mengesyaki saya menyimpan video aksi Anwar Ibrahim di Thailand pada 12 dan 13 Januari tahun ini.

Setiap kali bercakap di telefon atau berjumpa di kedai kopi itulah tuduhan yang sering dia lemparkan kepada saya.

Tak cukup yang itu, dia tulis pula secara terbuka di blognya untuk memberi tekanan kepada saya supaya video itu didedahkan. Apabila dia menulis di blog , kemudian disebarkan di twitter dan FB, telefon saya tidak putus-putus menerima panggilan dari mereka-mereka yang mengenali saya. Satu kerja pula saya nak terangkan kepada mereka-mereka yang hubungi saya. Jika kena yang mudah faham tak mengapa, yang jenis tak faham berkali-kali ulang tanya benda yang sama. Kemudian mereka pula tuduh saya cuba sorokkan perkara tersebut, saya ada hubungan dengan Anwar Ibrahim, saya dah dibayar oleh Anwar dan macam-macam lagi.

Kau betul-betul buat aku haru biru wahai Papa Gomo. Hinggakan aku nak kerja pun susah kerana terpaksa melayan telefon dan nak terangkan kepada seorang demi seorang.

Bukan sekali, bukan dua kali dan bukan tiga kali, dah beratus kali saya cakap dengan dia yang saya tidak ada menyimpan atau memiliki video tersebut, tetapi dia tetap tidak percaya. Saya hanya menontonnya di Hadyai beberapa bulan lepas. Itu sahaja....

Apa bahasa lagi yang perlu digunakan untuk bagi dia faham saya pun tak tahu.

Aku malas nak bercakap panjang-panjang wahai Papa Gomo. Jika kau letak pisau di leher aku sekali pun aku tak boleh berikan kerana aku memang tidak ada benda itu.

Kalau kau nak sangat benda itu, kau pergilah jumpa Parpukari kerana aku difahamkan video tersebut ada dengannya sekarang.

Kepada Parpukari pula, kongsilah dengan kawan-kawan lain. Tunjuklah kepada mereka apa yang kau ada. Simpan sendiri pun tak guna.

Sorry Parpu, sekarang masa untuk kau pula diharu-birukan oleh Gomo....

Monday, October 3, 2011

Demo Jalan Raya : Mat Sabu Dah Insaf

Dipetik dari Sinar Harian
Pas tetap meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud di negara ini, jika proses pindaan perlembagaan berjaya diluluskan Parlimen setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan Negara.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Pas komited melaksanakannya, tetapi menegaskan ia mesti melalui proses perlembagaan dan bukan secara revolusi dengan mengadakan demonstrasi jalan raya.

Beliau berpuas hati dengan komitmen semua parti Pakatan Rakyat (PR) termasuk DAP yang menerima dan menghormati Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 dalam mesyuarat Majlis PR, kelmarin.

“Pindaan perlembagaan negara ke arah proses perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat setelah sokongan dua pertiga suara ahli Dewan Negara dalam sidang Parlimen berjaya diperoleh, selain proses rekayasa lain yang berlaku dalam negara demokrasi.

“Untuk itu, Pas tidak perlu menunggu PR memenangi majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang untuk membolehkannya melaksanakan hudud. Hukum itu secara automatik boleh dilaksanakan jika ramai wakil rakyat menyokong pindaan perlembagaan,” katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah perdana Ijtimak Pilihan Raya Pas Kawasan Kuala Kedah, di Markas Pas Kubang Rotan di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi; Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Dr Ismail Salleh; Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Kedah, Dr Rohani Mutalib dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.
Kah...kah...kah....kah...kah...

Sungguh melucukan apabila Mat Sabu kata tak boleh ada demonstrasi jalan raya untuk perjuangan menuntut hukum hudud dilaksanakan.

Selama ini dialah kaki jalan raya. Sikit-sikit nak turun ke jalanraya. Tapi apabila tiba bab hudud dia kata jalan raya bukan tempatnya.

Sejak bila Mat Sabu insaf ?

Sejak dilanggar Land Rover polis ke ?

Pirahhhhhhhhh.....

Nak berlagak baik kononnya....

Padahal takutkan DAP......

Sunday, October 2, 2011

Bertaubatlah Sayuti Omar

Di kalangan rakan-rakan blogger cerita mengenai jutawan baru yang bernama Sayuti Omar sering kami dengar.

Cerita yang top mengenai beliau adalah kisah memeras ugut melalui tulisan. Pergaduhan dia dengan bekas rakan karibnya iaitu Datuk Ibrahim Ali juga berpunca dari aktiviti peras ugut.

Sayuti bukannya orang baru dalam bidang penulisan. Dia orang lama dan tahu segala selok belok serta cara hendak memeras ugut dalam penulisan.

Memakai ketayap atas kepala dan menggunakan gelaran ustaz adalah antara strategi Sayuti untuk menunjukkan dia orang yang baik-baik dan tulisannya boleh dipercayai. Padahal dialah raja bohong dikalangan otai-otai dalam bidang penulisan.

Bulan Mei lepas saya pernah menulis pembohongan Sayuti yang mengatakan Datuk Seri Najib berjumpa dengan Ketua Hakim Negara selama 6 jam bagi membincangkan kes Anwar Ibrahim. Sini.

Hari ini sekali lagi Sayuti berbohong pasal Datuk Seri Najib.

Dalam tulisannya yang terakhir di blog malam ini , dia mengatakan yang dia difahamkan pada malam ini Datuk Najib dan isteri mengadakan majlis sembahyang hajat untuk memohon agar keputusan mahkamah esok menyebelahinya dalam kes permohonannya mengenepikan sapina dari Anwar Ibrahim . Sini

Bagi kita orang islam melakukan sembahyang hajat bagi memohon sesuatu daripada Allah, itulah sebaik-baiknya.

Tetapi apa yang ditulis Sayuti malam ini bukannya dengan niat yang baik. Dia tulis dengan niat buruk. Dia nak beritahu kepada dunia betapa takutnya Datuk Najib untuk menghadapi keputusan mahkamah esok.

Padahal apa yang ditulis Sayuti tidak benar. Tidak ada sebarang majlis sembahyang hajat di rumah PM malam ini.

Pada malam ini Datuk Seri Najib tidak ada di rumah pun kerana menghadiri satu majlis perkahwinan di Hotel One World Bandar Utama.

Sudah-sudahlah Sayuti.

Kamu sudah tua....

Rumah kata pergi, kubur kata mari, bertaubatlah.

Sampai bila nak hidup dengan pembohongan dan nak sara keluarga dengan hasil menyamun ?