Walaupun telah menghampiri usia 90 tahun dan telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung tetapi Tun Dr M masih mampu menggoncang dunia politik tanahair.
Hanya dengan
sebaris pepatah inggeris yang sungguh sinis digunakan beliau pada 22.Ogos.2012 membuatkan puak-puak pembangkang naik hantu dan sudah seminggu mereka membahaskan perkara itu dan membuatkan pelbagai tafsiran.
Better the devil you know than the angel you don’t.
Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali.
Tiba-tiba sahaja puak-puak pembangkang menyanjung tinggi Tun Dr M dan menggunakan pepatah itu sebagai modal politik mereka untuk menempelak BN. Katanya Tun berkata mereka adalah malaikat dan BN adalah syaitan.
Tup...tup...tiba-tiba semalam ulama Pas yang telah lama mulutnya terkunci atau dikunci bersuara meminta Tun Dr M agar bertaubat.
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus
bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya
dan umat yang percaya kepada kata-katanya.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr
Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel
you don’t yang membawa maksud lebih baik syaitan yang anda kenali
daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap.
Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haron Din tidak suka kepada Tun Dr M gara-gara sindiran Tun terhadapnya di tahun 90an. Umum tahu Haron Din amat terkenal dengan air penawarnya. Ditahun 90an air penawar beliau cukup hebat dan mendapat sambutan luar biasa orang-orang melayu. Dimana sahaja Harun Din datang mengajar agama berduyun-duyun orang datang membawa botol air.
Tun pernah berkata Harun Din pandai mengubat orang melalui air penawar tetapi apabila beliau sendiri sakit jantung beliau pergi dapatkan rawatan di luar negara. Tun berkata dirinya sendiri buat pembedahan jantung di Malaysia.
Tetapi pada masa itu Haron Din belum menunjukkan secara terbuka lagi sokongannya kepada Pas kerana beliau pada masa itu masih mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Selepas pemecatan Anwar pada tahun 98 barulah Haron Din mula bergiat terbuka dalam Pas hingga kini.
Saya tidak berniat nak berlawan dengan apa yang dikatakan Haron Din kepada Tun berhubung isu Malaikat dan syaitan. Sikit sebanyak saya masih ada perasaan hormat kepada beliau.
Semua orang tahu apa yang dikatakan oleh Tun adalah tidak lebih sebagai sindiran sinis sahaja. Tetapi Haron Din kata tak boleh dan Tun perlu bertaubat.
Ok....tak mengapa....bagaimana pula dengan kenyataan-kenyataan sesat yang sering dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Pas terutamanya Nik Aziz ? Dimana suara Haron Din ?
Umno dikafirkan Pas sejak puluhan tahun.....Mana suara Haron Din ?
Pas haramkan sembelihan orang Umno.....Mana suara Haron Din ?
Pas haramkan beriman orang Umno......Mana suara Haron Din ?
Nik Aziz kata boleh berkawan dengan syaitan.....Mana suara Haron Din ?
Undi Pas masuk syurga....Mana suara Haron Din ?
Pas kata menentang Pas adalah haram.....Mana suara Haron Din ?
Fatwa Haji Hadi 1981.....Mana suara Haron Din ?
Sembahyang dua masjid dalam satu kariah.....Mana suara Haron Din ?
Umno berkawan dengan MCA, MIC dan parti-parti bukan islam lain dikatakan munafik dan kini Pas menjalinkan hubungan dengan DAP......Mana suara Haron Din ?
Pas menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan budak kampung yang lain .....Mana suara Haron Din ?
Doa pemimpin pecah perut.....Mana suara Haron Din ?
Itu baru sebahagian, kalau nak senaraikan sampai pagi esok pun tak habis kesesatan-kesesatan yang dilakukan Pas semenjak parti itu wujud sehingga ke hari ini. Belum lagi termasuk kisah bagaimana satu pasangan di Trengganu yang dinikahkan semula oleh imam Pas kerana dikatakan pernikahan sebelum itu tidak sah gara-gara dinikahkan oleh imam yang menyokong Umno.
Sebagai ulama dan kini berada dalam kepimpinan Pas beliau wajib memperbetulkan keadaan. Beliau perlu meminta Nik Aziz dan Haji Hadi bertaubat dan mohon maaf kepada rakyat Malaysia terhadap kekeliruan yang ditimbulkan sebelum ini.
Haron Din sekarang adalah Timbalan Mursyidul Am PAS, dimana bosnya adalah Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Kalau nak diikutkan, Haron Din tidak boleh lagi berboskan Nik Aziz kerana Nik Aziz telah melakukan kesesatan apabila mengishtiharkan boleh berkawan dengan syaitan. Sedangkan Haron Din sendiri kata syaitan adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka. Akan tetapi sampai ke hari ini pun Haron din masih berboskan Nik Aziz.
Ramai diantara kita tidak sedar sebenarnya kesan daripada kata-kata Nik Aziz yang membolehkan Pas berkawan dengan syaitan telah memberi kesan yang sangat buruk kepada Pas hari ini.
Kalau dulu Pas haramkan menjalin hubungan dengan parti bukan islam. Kini Pas pula yang jalinkan hubungan dengan DAP.
Kalau dulu Pas perjuangkan Negara Islam. Kini Pas sendiri yang gugurkan perjuangan negara islam.
Orang yang pernah ditangkap khalwat bersama isteri orang kini diangkat sebagai Timbalan Presiden.
Pas pertahankan habis-habisan Elizabeth Wong yang berbogel dan diangkat keatas pentas Pas.
Dewan ulama Pas sanggup adakan usul khas dalam persidangan mereka untuk pertahankan aksi Anwar Ibrahim bersama pelacur.
Benarkan orang-orang bukan islam masuk ke tempat sembahyang dalam masjid dan surau.
Sanggup gadaikan kalimah Allah, dan yang paling teruk sekali apabila Pas sanggup berkiblatkan seorang lelaki yang tersenarai sebagai kaum nabi luth, dimana Nabi pun tak mengaku mereka sebagai umat.
Apa yang berlaku diatas kini dan keadaan Pas yang semakin hari semakin menggila semuanya kerana 'berkat' kata-kata Nik Aziz yang membenarkan Pas berkawan dengan syaitan.
Hasil dari persahabatan dengan syaitan, membuatkan Pas dirasuk syaitan hinggakan Hassan Ali yang mempertahankan orang islam daripada murtad pun mereka sanggup pecat. Dan kini keadaan Nasharuddin Mat Isa juga semakin goyang kerana beliau hadir bersama Datuk Najib bertemu dengan ulama-ulama Saudi bagi membincangkan masalah umat islam.
Kerana apa itu semua berlaku ?
Kerana Pas berkawan dengan syaitan !
Tidak salah untuk Haron Din menyatakan pendapat beliau terhadap pepatah inggeris yang digunakan Tun Dr M. Tetapi beliau perlu adil. Jangan pula apabila orang beliau sendiri melakukan kesesatan beliau diam. Apabila pihak lawan atau orang yang dia tidak suka, cepat-cepat dia melompat. Islam yang diturunkan oleh Allah tidak begitu. Itu adalah islam Pas.