Untuk mencapai kemenangan dalam peperangan politik selain daripada sokongan orang ramai yang tidak berparti,kelemahan jentera pihak lawan juga penting.
Contoh yang jelas boleh dilihat semasa PRU 2008. Kemenangan besar pihak lawan BN pada masa itu turut disumbangkan oleh pihak BN sendiri. Puncanya kerana mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran masa itu.
Perhimpunan Agung Umno tahun ini adalah yang terakhir sebelum PRU ke 13 menjelma bila-bila masa dari sekarang.
Aura perhimpunan tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun yang lepas kerana semua ahli Umno baik yang hadir di PWTC atau tidak semuanya bersemangat berkobar-kobar untuk menghadapi PRU dan seterusnya memastikan BN dapat mempertahankan pemerintahan negara serta merampas kembali negeri-negeri yang diperintah pak-khatan rakyat.
Senang cerita, semangat ahli-ahli Umno sedang berada di gear 4 sekarang. Tinggal satu langkah lagi untuk masuk gear 5.
Sokongan atau kasih sayang ahli-ahli Umno terhadap Najib dan Muhyiddin sedang berada pada tahap yang terbaik.
Bagaimanapun perkara itu tidak disenangi oleh musuh kita. Mereka tahu kalau Umno kekal berada pada tahap ini maka mereka tidak akan menang. Maka mereka harus mencari jalan bagi melemahkan semangat ahli-ahli Umno dan seterusnya menghakis kepercayaan ahli-ahli Umno terhadap Najib dan Muhyiddin.
Peluang terbaik untuk melemahkan semangat ahli-ahli Umno atau lebih tepat lagi memecah belahkan kita adalah ketika Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung sekarang.
Semalam misi untuk melemahkan ahli-ahli Umno telah bermula melalui media-media yang pro pembangkang. Esok, lusa dan sehingga Sabtu ini macam-macam lagi yang akan mereka lakukan untuk terus pecah belahkan kita.
Semalam pembangkang dalam keadaan tergesa-gesa adakan taklimat bersama peguam Perancis di Singapura untuk membicarakan kes kapal selam. Dua orang peguam yang dilantik oleh pertubuhan haram suaram tidak hadir pun. Mereka hanya menghantar wakil. Namun pembangkang tetap meneruskan taklimat berkenaan kerana nak kejar supaya berita tersebar disaat Perhimpunan Agung Umno senang berlangsung.
Kata nak bagi taklimat pasal kapal selam, tetapi cerita yang keluar tentang Altantuya. Lihat di sini
Tidak cukup dengan itu, petang semalam dua tiba-tiba sahaja malaysiakini dan harakahdaily serentak mengeluarkan wawancara seorang peniaga karpet juga untuk membicarakan isu Altantuya. Seingat saya sepanjang saya bermain dengan dunia cyber tidak pernah berlaku dua portal berkenaan mengeluarkan wawancara individu yang sama serentak. Tetapi semalam telah berlaku....
Serangan serentak berkenaan tidak lain tidak bukan adalah supaya perkara itu menjadi besar dan menjadi percakapan semasa Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung. Dengan hasrat dengan tujuan supaya ahli-ahli Umno menjadi lemah semangat dan memandang serong kepada Najib.
Dalam hal ini kita amat-amat berharap ahli-ahli Umno tidak mudah termakan umpan yang dipasang oleh musuh dari luar tempat persidangan.
Musuh sudah tidak ada modal untuk menyerang peribadi Datuk Najib dan isteri. Maka mereka terpaksa recycle isu lama dengan mengubah jalan cerita supaya nampak lebih gempak.
Bagi saya sebagai seorang islam, sedikit pun saya tidak percaya Datuk Najib terlibat dalam ke Altantuya. Kerana apa ? Kerana Datuk Najib berani bersumpah dengan nama Allah dalam Masjid yang beliau tidak terlibat malah tidak kenal pun perempuan Mongolia itu.
Sumpah dengan nama Allah tambahan pula dalam Masjid bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Tambahan pula oleh seorang pemimpin. Orang yang tidak berada di pihak yang benar tidak akan berani bersumpah sedemikian rupa.
Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang sampai hari ini pun tidak berani bersumpah dengan nama Allah untuk menafikan beliau meliwat Saiful serta melanggan pelacur. Sedangkan mangsa liwatnya berani bersumpah mengatakan dia diliwat Anwar. Datuk Eskay juga berani bersumpah untuk mengesahkan individu bersama pelacur dalam video yang ditayangkan olehnya adalah Anwar Ibrahim.

































