Berikut adalah kenyataan Nik Aziz selepas pertemuan dengan Hasan Ali dan beberapa kepimpinan Pas yang lain di Kota Bharu beberapa hari lepas.
Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.
Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.
harakahdaily
Nik Aziz dan Haji Hadi pula bila nak tarik balik dan minta maaf diatas kenyataan, fatwa serta amanat mengarut dan songsang mereka sepanjang mereka memimpin Pas. Sebenarnya kekarutan serta kesongsangan yang dilakukan oleh mereka berdua lebih teruk kesannya, kerana ianya memecahbelahkan umat islam di Malaysia berbanding dengan kenyataan Hasan Ali yang hanya menolak negara kebajikan Pas.
Kesan dari amanat karut Haji Hadi selain menyebabkan belasan nyawa terkorban di Memali pada 1985, ada juga kesan yang masih berlarutan sehingga ke hari ini, iaitu sembahyang jumaat berasingan dalam satu kariah yang masih berlaku di Trengganu.
Dulu Pas juga keluar fatwa, menjalin hubungan dengan orang bukan islam kita akan menjadi kafir. Hari ini apa yang terjadi ? Siapa penjilat tegar kafir harbi DAP ? Pernahkah Pas tarik balik fatwa tersebut dan minta maaf kepada rakyat Malaysia diatas kekarutan yang mereka lakukan itu ?
Tahun 1999 Nik Aziz pernah berkata, "terdapat unsur kafir dalam Umno kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, Umno juga ada ciri kafir." Hari ini parti mana yang buang islam dalam perjuangan mereka dan tukar kepada kebajikan ?
Nik Aziz pernah berkata dia akan mendoakan agar Datuk Seri Najib pecah perut. Sedangkan islam tidak membenarkan kita mendoakan perkara yang tidak baik ke atas umat islam. Pernahkan anda dengar Nik Aziz tarik balik kenyataan itu dan minta maaf kepada Datuk Najib ?
Begitu juga dalam soal undi Pas dan syurga neraka. Dah terang-terang perkara tersebut tidak betul sama sekali, tetapi sehingga ke hari ini tidak pernah pun Nik Aziz tarik balik perkara tersebut, perbetulkan keadaan dan minta maaf kepada rakyat diatas kekeliruan yang dia lakukan.
Itu baru sebahagian, banyak lagi kekarutan-kekarutan dan fatwa-fatwa songsang yang difatwakan oleh Pas serta Nik Aziz dan Haji Hadi.
Satu lagi contoh,
'
Shahibuh Samahah Ustaz' manakah yang memperkenalkan gelaran Anwar Ibrahim Al-Juburi kepada suami Wan Azizah ?
'Shahibuh Samahah Ustaz' berkenaan masih hidup lagi hari ini walaupun dia mendakwa dirempuh land rover polis beberapa bulan lepas.
Pernahkah anda dengar 'ustaz' yang pernah ditangkap khalwat itu menarik balik gelaran tersebut dan meminta maaf ?
Apa yang dilakukan oleh Hasan Ali itu dosa politik antara dia dengan kepimpinan Pas. Dosa Nik Aziz dan Haji Hadi kepada rakyat Malaysia lebih besar. Kita mahu lihat Nik Aziz yang meminta maaf , bukannya kita nak lihat Nik Aziz memuji orang lain yang meminta maaf.
Setakat hari ini saya berpendapat Nik Aziz dan Haji Hadi tidak akan melakukan perkara sedemikian kerana bagi mereka politik dan undi sentiasa berada di depan atau diatas. Manakala agama, umat, bangsa, negara, moral dan yang lain-lain akan berada dibelakang atau dibawah dari politik dan undi.






















