Semalam pertubuhan haram yang bernama pak-khatan rakyat membuat kenyataan yang menyatakan mereka tidak akan mengadakan pilihan raya di negeri Selangor serentak dengan pusat.
Mereka juga merancang untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan di Pulau Pinang. Manakala bagi negeri Kelantan pula MBnya bertegas akan menyertai pilihan raya bersama dengan pusat. Bagi negeri Kedah pula tiada keputusan hingga kini dan mengikut kenyataan MBnya hari ini beliau akan membubarkan Dun sekiranya merasakan Pas boleh menang.
Berikut kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim seperti mana yang dilaporkan oleh
malaysiakini,
Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan
secara berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama
dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya
hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada
senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi
yang diragui.
Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dikatakan keputusan itu dibuat oleh majlis presiden pak-khatan rakyat. Maknanya itu keputusan pimpinan tertinggi parti-parti gabungan mereka.
Kalau nak bodohkan orang ramai dan para wartawan pun agak-agaklah. Keputusan majlis presiden apa ke jadahnya kalau Nik Aziz tak setuju dan Azizan belum buat keputusan lagi ?
Kalau keputusan majlis presiden, semua negeri-negeri yang diperintah pak-khatan rakyat capai kata sepakat dan setuju untuk mengadakan pilihan raya berasingan. Nampak sangat apa yang diumumkan semalam adalah keputusan PKR sahaja.
Alasan mereka untuk tidak adakan pilihan raya serentak kerana meragui daftar pemilih SPR.
Pilihan raya negeri mereka tidak mahu sertai bersama dengan pusat kerana ragu dengan daftar pemilih, tetapi tak pula mereka kata tidak akan menyertai pilihan raya peringkat parlimen kerana ragu dengan daftar pemilih.
Sedangkan di kedua-dua peringkat pilihan raya sama ada negeri atau parlimen SPR menggunakan daftar pemilih yang sama dan orang yang sama yang akan keluar mengundi. Jangan buat lawak lah oiiiii......
Kalau dah ragu sangat janganlah sertai pilihan raya peringkat parlimen di negeri Selangor....ada berani ?
Apa yang dikatakan Anwar jelas menunjukkan mereka sudah tidak yakin lagi untuk menawan Putrajaya dalam PRU akan datang. Sasaran mereka adalah kekalkan Selangor dan Pulau Pinang sahaja.
Kalau mereka yakin mereka akan tawan Putrajaya mereka tidak akan pedulikan lagi Selangor dan Pulau Pinang serta dua negeri lagi kerana sasaran utama adalah Putrajaya.
Sebelum ini bukan main lagi mereka kata Datuk Najib takut untuk bubarkan parlimen dan sebagainya. Tup...tup....mereka yang sebenarnya takut untuk bubar Dun.
Perkara ini jelas menunjukkan kepada kita sikap gilakan kuasa puak-puak PKR. Kalau boleh mereka nak berkuasa sampai bila-bila dan tak mahu adakan pilihan raya. Jika mereka diberi peluang memerintah negara tidak mustahil mereka akan cari jalan untuk tukar sistem pilihan raya yang ada sekarang daripada 5 tahun sekali kepada 10 tahun sekali.
Bercakap dan berceramah bukan main lagi berdegar-degar kononnya Umno/BN tak akan mampu tawan Selangor, Umno/BN akan mampus dan sebagainya, tapi mereka sendiri takut untuk adakan pilihan raya . Bak kata peribahasa, cakap berdegar-degar tumit diketik.
Bagi saya secara peribadi saya amat setuju dan mengalu-alukan keputusan mereka untuk adakan pilihan raya secara berasingan. Ia memudahkan kerja BN untuk menawan Selangor kembali.
Krisis Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali juga akan membantu BN.
Sama ada PKR menang atau kalah yang pasti Khalid bukan lagi MB selepas ini. Khalid sendiri pun sudah tahu yang beliau tidak akan menjadi MB lagi selepas ini dan dia tidak rela jawatan itu terlepas ke tangan Azmin atau orang-orangnya. Daripada terlepas adalah lebih baik Selangor jatuh ke tangan BN. Sebab itulah sejak kebelakangan ini kita semua boleh lihat tindakan Khalid Ibrahim seolah-olah sengaja hendak sembelih PKR di Selangor.
Saya tidak boleh ceritakan lebih di sini....
Cuma saya boleh katakan dalam politik apa-apa boleh terjadi dan tiada yang mustahil....
Siapa sangka Karpal Singh yang pernah yang menjadi orang pertama mendedahkan kegiatan homoseksual kini bersama-sama dengan Anwar dalam politik. Bukan setakat bersama dalam politik malah sanggup menjadi peguam untuk mempertahankan Anwar dalam kes liwatnya.
Siapa sangka dulu Mat Sabu menjadi orang pertama yang memberi gelaran al-jub kepada Anwar, kini bersama-sama menjulang Anwar.
Jadi dengan terkejut sekiranya tindakan Khalid Ibrahim dan orang-orangnya akhir-akhir ini yang banyak membantu Umno dan BN di Selangor.
Ingat ! Tiada yang mustahil dalam politik.....