Saturday, February 14, 2009

APA NAK JADI DENGAN DUNIA POLITIK NEGARA

Orang Melayu acapkali menyalahkan pemimpin apabila terjadi sesuatu masalah. Bila difikirkan semula aku makin pelik dengan sikap masyarakat kita sekarang. Mudahnya menudingkan jari telunjuk mereka ke arah pemimpin. Acapkali pemimpin yang disalahkan. Aku tidak menafikan betapa banyaknya pemimpin kita yang lupa pada tujuan utama mereka menjadi khalifah di bumi ALLAH ini. Maaf, jika apa yang bakal aku coretkan ini menjadi satu pencetus kepada kemarahan insan lain. Aku pernah mendengar seorang insan yang aku panggil pakcik bercerita buruk mengenai kerajaan sekarang dan bila aku soalkan kenapa dia perlu bekerja dengan kerajaan Malaysia sekarang? Betapa mudahnya dia menjawab... itu tanggungjawab kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya.... Ya, aku tidak nafikan memang itu tanggungjawab kerajaan. Tapi sekiranya dia tidak menyukai kerajaan sekarang kenapa harus dia menjawat jawatan sebagai penjawat awam yang perlu bertugas untuk kerajaan yang dibencinya? Betapa 'Munafik' manusia seperti ini. Jika betul dia menyokong pembangkang maka bekerjalah disektor yang tidak membabitkan kerajaan. Argh aku pasti alasannya nanti pasti, sebab bukan pembangkang yang memerintah sekarang ni. Betapa jahilnya paradigma pakcik ini. Tidakkah dia sedar siapa yang pernah berjuang untuk mempertahankan kedaulatan dan menubuhkan negara kita yang tercinta sekarang?

Lupakah dia pada sejarah yang banyak membantu perkembangan ikhtisad semasa negara kita sekarang? Pakcik ini bersorak gembira ketika pembangkang diumumkan menjadi kerajaan negeri Perak. Walau aku sedih namun aku masih cuba memberi seribu satu peluang untuk pihak terbabit menunjukkan kebolehan mereka memerintah. Tapi apa yang aku nampak hanyalah kecelaruan dan kekeliruan yang timbul bila pihak terbabit menjadi pemerintah

Mungkin ada yang beranggapan aku ni pro keopada kerajaan sekarang... jawapannya tidaklah 100%. Ada juga kelemahan yang dilakukan oleh pemimipin dari kerajaan sekarang yang aku tidak setuju. dan aku pasti aku jua akan memberi komen sekiranya ada yang tidak kena dengan kerajaan sekarang yang nampak di mataku... Kepada pemimpin Kerajaan Perak Darul Ridzuan sekarang, belajarlah dari semua kesilapan yang pernah dilakukan. Jadikanlah apa yang pernah dan telah terjadi sebagai pedoman kepada kemakmuran masyarakat kita. Jauhkanlah sikap munafik dari dalam diri anda. Dan belajarlah menghargai setiap perkara yang masih berada di dalam genggaman kita.

No comments: