Thursday, February 19, 2009

KEMBALIKAN HAK RAKYAT! BOHONG ! BOHONG ! BOHONG !

KEMBALIKAN HAK RAKYAT !


JANGAN KHIANATI KUASA RAKYAT !



Itulah yang sering dilaungkan-laungkan oleh Pakatan Pembangkang dalam krisis di Perak.(sekarang dah Pembangkang,dulu mereka Kerajaan).Tetapi semua slogan di atas itu adalah pembohongan semuanya.BOHONG,BOHONG & BOHONG.



Pakatan Pembangkang adalah PENGKHIANAT RAKYAT yang sebenarnya,bukannya BN.Mereka telah mengkhianati AMANAH yang rakyat beri kepada mereka pada 8.mac.2008.Rakyat pilih mereka dulu bukan atas dasar “Pakatan Rakyat”.Rakyat mengundi PAS,DAP atau PKR.Rakyat tidak pernah kata mereka undi PAS,kemudian PAS mesti bergabung dengan DAP atau PKR.Ini dapat dilihat dengan jelas dalam kertas undi semasa rakyat memangkah Parti atau pemimpin mereka semasa PRU ke 12. Tidak ada satu lambang atau perkataan “Pakatan Rakyat “ di kertas-kertas undi.Berbeza dengan BN yang mana semua calon-calon BN tidak kira daripada parti mana sekalipun tetapi mereka bergabung dalam satu lambang yang mewakili BN iaitu lambang DACING.



PAS,DAP & PKR mula mengkhianati amanah rakyat apabila mereka wujudkan “PAKATAN HARAM” selepas PRU ke 12 (2008).Rakyat memangkah PAS dengan harapan PAS dapat berjuang di landasan ISLAM yang betul tanpa perlu bersekongkol dengan parti yang anti islam iaitu DAP.Tetapi mereka tidak mengambil kira amanah yang rakyat beri.Pemimpin-pemimpin Pakatan ini lebih memikirkan kuasa dan jawatan mereka sahaja,lantas mereka terus melakukan “persetubuhan haram” tanpa “bernikah” terlebih dahulu. Ternyata nafsu mereka terlalu rakus sekali.Sekarang bila sudah “tertonggeng” mereka muncul kembali dengan ayat-ayat seperti pembuka bicara di atas.Semasa mereka bergabung mereka tidak ingat kuasa dan amanah yang rakyat berikan,mereka hanya ingat NAFSU,NAFSU & NAFSU.



Amat berbeza sekali dengan BN yang yang diketahui umum telah pun “bernikah” sejak 51 tahun yang lalu.Sebanyak 13 parti mewakili pelabagai bangsa dan agama bernaung di bawah satu komponen yang di namakan BARISAN NASIONAL.BN sama sekali tidak menipu rakyat,kerana mereka bertanding di atas satu lambang,dan seluruh Negara telah mengetahuinya.

Rakyat merasakan BN lebih “genuine” dan rakyat menterjemahkannya dalam PRU lalu di Perak dengan keputusannya BN memenangi jumlah kerusi seperti berikut.



JUMLAH KERUSI DUN PERAK = 59 (sebelum 4-feb-2009)


BN – 28 DUN


DAP – 18 DUN


PKR – 7 DUN


PAS – 6 DUN



Pembaca sekalian boleh lihat gambaran dengan jelas siapa yang menguasai DUN Perak.Perhatikan angka-angka tersebut dengan jelas (harap anda faham matematik,nombor yang mana kecil,nombor yang mana besar).Akan tetapi oleh kerana parti-parti Pembangkang ini telah mengkhianati amanah rakyat demi nafsu serakah mereka,

maka mereka mewujudkan “Pakatan Haram” lalu bergabung, lantas mereka dapat mewujudkan kerajaan “ABC”(air batu campur)


PAKATAN RAKYAT ?


Apa itu Pakatan Rakyat ? Bila ianya didaftarkan ? Siapa Pengerusi Pakatan
Rakyat ? Siapa Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Agung Pakatan Rakyat ?

Dimana Ibu Pejabat Pakatan Rakyat ? Siapa Ahli Dewan Tertinggi Pakatan Rakyat ?

Mana lambang Pakatan Rakyat ?



Persoalan-persoalan di atas sudah tentu tidak akan dapat dijawab sama sekali.Semuanya pembohongan semata-mata untuk mengabui mata rakyat.Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan wujud selagi mereka hanya ada tiga parti sahaja.Peraturan SPR menetapkan mana-mana parti politik di Malaysia yang hendak bergabung di bawah satu komponen hendaklah mempunyai lapan parti,barulah mereka boleh bergabung dan mewujudkan komponen seperti BN.Fakta ini penting,harap para sahabat yang sealiran dengan saya dapat menyebarkannya kepada rakyat diluar sana agar mereka tidak terkeliru dengan pembohongan PAK-KATAN RAKYAT.Kepada sahabat yang tidak sealiran dengan saya,hanya satu nasihat saya,tinggalkan sahaja parti-parti pembangkang itu,kerana selama ini mereka menipu anda.



Gabungan tiga parti ini hanya gabungan “CAP AYAM”.Apabila saya sebut cap ayam sudah pasti dalam fikiran anda terus terbayang sardin.Kerana sardin cap ayam adalah satu-satunya sardin yang popular di Negara kita.Apabila anda terbayang sardin sudah pasti anda terbayang pula tulangnya yang rapuh itu.Apabila anda terbayang tulang sardin yang rapuh itu,begitulah gambaran rapuhnya Pakatan Pembangkang.



Oleh yang demikian saya memohon para pembaca sekalian agar dapat menyebarkan kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Pembangkang adalah PENGKHIANAT RAKYAT yang sebenar.Mereka mengkhianati amanah rakyat seperti yang saya nyatakan diatas.



No comments: