Saturday, March 7, 2009

PAS MAKAN TAHI !


Kenapa kau makan tahi Husam ? Tanya seorang ayah kepada anaknya.Maka jawab si anak kembali kepada ayahnya ”Mahfuz makan tahi ,jadi Husam pun makan samalah”(ini hanya semata-mata dialog,tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati)


Itulah perumpamaan yang boleh dikatakan kepada PAS pada hari ini.Semakin hari semakin banyak kesilapan yang dilakukan oleh PAS kemudian dijawab UMNO yang buat dulu,kemudian PAS turut sama buat.


Terbaru hari ini Nik Aziz berkata isu derhaka kepada Raja dimulakan oleh UMNO,dan UMNO menjadi punca segala penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu pada hari ini.Persoalan saya adakah jika UMNO menderhaka kepada Raja,maka PAS pun turut sama ingin menderhaka kerana mengikut UMNO.Jadi apa bezanya UMNO dan PAS disini ? Selama ini PAS menjelajah ke segenap pelusuk desa dan kampung mendabik dada kononnya mereka lebih baik daripada UMNO,tetapi hari ini PAS turut sama melakukan ”kesilapan” yang dilakukan oleh UMNO.Adakah PAS cerdik dalam isu ini ?


Saya tidak mahu mengulas peristiwa UMNO dan Raja yang berlaku sebelum tahun 1993,kerana sebahagian kes tersebut berlaku pada masa saya masih belum lahir dan sebahagian pada zaman saya masih kanak-kanak .Saya belum faham lagi tentang apa perkara sebenar yang berlaku.Saya hanya boleh mengulas kes pada tahun 1993 sahaja,kerana pada masa itu saya sudah mula berjinak-jinak dengan politik.


Pepatah melayu ada berkata “jangan biarkan diri kita dipatuk ular dua kali di tempat yang sama”.Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini berkata UMNO parti yang mula derhaka kepada Raja-Raja Melayu dengan meragut kuasa Raja pada 1993. Pada hari ini juga kesilapan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu sebagai payung agama Islam sedang dilakukan oleh PAS.


Umno sekarang sudah mula bangkit memperbaiki kesilapan-kesilapan lalu setelah dilanda tsunami politik selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.Kesilapan pertama kita boleh takrifkan sebagai pengajaran,kesilapan kedua, kesedaran dan kesilapan ke tiga UMNO bangkit memperbaiki segala kesilapan lalu.


Dewasa ini kita boleh lihat kesalahan dan kesilapan silam yang dilakukan oleh UMNO sedang diulangi oleh PAS sekarang.Dimana janji-janji PAS untuk memperbaiki segala kesilapan yang dilakukan oleh UMNO.Sebab itu kita boleh katakan PAS ini sebagai parti yang pembohong sepanjang hayatnya.


Adakah kerana Tan Sri Ghazali Jawi tidak mahu meletak jawatan ,maka si nizar pun tidak perlu meletak jawatan. Tetapi jawatan beliau telah gugur sekarang. Adakah kerana pemimpin UMNO Kelantan membuat satu demontrasi dan memorandum dihantar kepada Sultan Kelantan,maka PAS pun harus turut sama menahan kereta Raja Muda Perak di tengah jalan.Ini satu perkara ”kurang ajar” yang tak pernah dilakukan oleh UMNO.Menderhaka nya UMNO kepada Raja tidak sampai ke tahap itu,”derhaka” UMNO cara terhormat dan bersopan serta mematuhi arahan-arahan pasukan keselamatan.


Berbalik kepada kisah tahun 1993,PAS kena ingat siapa ”jaguh umno” pada masa itu selain Tun Dr Mahathir yang ”berlawan” dengan Raja-Raja.Dimana orang itu sekarang ? Orang itu lah yang sedang dijilat oleh PAS sekarang.Melayu mudah lupa.....

Kerajaan pada masa itu tidak senang hati dengan sikap feudalisme beberapa orang Raja yang tidak menghayati dan menghormati Pindaan Perlembagaan 1983.Tun Dr Mahathir pada masa itu berpendapat jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera maka beliau risau akan berlaku lebih banyak kes tidak elok akan dilakukan oleh Raja-Raja,dan dengan sendiri rasa hormat rakyat kepada istana akan terhakis dan terus hilang.Maka kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk memelihara martabat Raja-Raja Melayu agar terus terpelihara dan sentiasa dihormati.


Kemuncak kepada krisis ini ialah apabila timbul ”kes hoki” di Johor pada 1992.Maaf ! saya tidak dapat ceritakan secara terbuka peristiwa tersebut disini,kerana saya berpendapat tidak molek bagi saya membangkitkan peristiwa yang sudah lepas serta kesilapan tersebut telah pun diperbetulkan dan kerana saya seorang yang menghormati serta menyanjungi intitusi Raja-Raja Melayu.


Sehubungan dengan itu pada 11.Dis.1992,kerajaan telah mengumumkan pindaan perlembagaan bagi menghadkan kekebalan Raja. Antara intipati yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir pada masa itu ialah


  • Bagi menghindarkan Raja-Raja daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang terhadap mereka.

  • Menghadkan imuniti Raja-Raja di sisi undang-undang

  • Membenarkan Ahli Parlimen membahaskan isu Raja-Raja secara terbuka di Dewan Rakyat ASALKAN tidak mencadangkan penghapusan sistem Raja.

Tujuannya hanya satu pada waktu itu,iaitu untuk terus memelihara martabat Raja-Raja Melayu.Dengan boleh mendakwa Raja-Raja di mahkamah,atau membahaskan isu mereka di Dewan Rakyat ,maka sudah tentu Raja-Raja akan sentiasa menjaga tingkah laku mereka agar tidak diseret ke mahkamah atau dibahaskan di Dewan Rakyat yang sudah tentu akan mendapat liputan media dan seterusnya memalukan serta menghakis rasa hormat rakyat kepada mereka.Adakah ini yang dikatakan derhaka oleh PAS ?


Tun Dr Mahathir berkata,sebelum ini banyak berlaku insiden yang tidak diingini dilakukan oleh Raja.Beliau berkata ketiga-tiga PM sebelum beliau adalah penasihat kepada Raja-Raja pun pernah menegur Raja-Raja berkali-kali tetapi semua teguran itu tidak berkesan.Maka Tun Dr.Mahathir harus mengambil tindakan drastik bagi terus memelihara Intitusi Raja-Raja agar ianya terus dihormati.Akhirnya Parlimen telah meluluskan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 dengan majoriti dua per tiga dan ini segera diikuti dengan tindakan Kabinet membuat keputusan menarik balik segala kemudahan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu yang tidak terkandung dalam perlembagaan. Antara kandungan pindaan ini ialah,


  • Raja-Raja boleh didakwa di bawah undang-undang,tetapi mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Khas.
  • Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Negeri dikehendaki berhenti daripada berfungsi apabila menghadapi tindakan undang-undang dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari,mereka akan diturunkan takhta melainkan diampun.

Pada masa itu juga semua Negeri yang beraja turut sama meminda Perlembagaan Negeri masing –masing sama seperti Kerajaan Persekutuan,kecuali KELANTAN yang tidak memindanya kerana Sultan Kelantan pada masa itu lebih condong ke arah Kerajaan Angkatan Perpaduan Umah (APU) ,gabungan PAS dan S46 yang memerintah Kelantan ketika itu.Kononnya hendak membodek Sultan Kelantan supaya Sultan terus menyebelahi mereka dan memberi keuntungan politik kepada PAS. Pada waktu itu juga hiruk pikuk seluruh Negara pemimpin PAS menjaja cerita , kononnya UMNO menderhaka kepada Raja dengan meminda perlembagaan. Allah maha adil dan maha kaya, nah ! sekarang ambil kau , giliran UMNO pulak menjaja yang PAS menderhaka kepada Raja dalam krisis politik di Perak.


Sehingga ke saat ini hanya Kelantan sahaja negeri yang belum meminda Perlembagaan tersebut. Tetapi Kerajaan Kelantan cuba memindanya,kerana pada masa itu mereka mempunyai hubungan yang dingin dengan Istana Kelantan.Jika tidak silap saya pindaan itu cuba dilakukan diantara tahun 1997-2002.(maaf,saya tak ingat dengan tepat,dan tiada rujukan fakta,tapi saya masih ingat kes tersebut,jika ada sahabat yang ada fakta tersebut mohon e mail kepada saya)


Kenapa saya masih ingat kes tersebut ? kerana pada masa tersebut rakyat Kelantan sibuk bercakap ”ha ! pade muko, dulu ore pinda mu tokse pinda,la nih baru serabut nak pinda” (ha ! padan muka,dulu orang pinda,kamu tak nak pinda,sekarang baru kelam-kabut nak pinda).


Tetapi rang undang-undang tersebut tidak berjaya dipinda kerana tidak mendapat perkenan Istana. Ianya diluluskan di DUN Kelantan,tapi Sultan Kelantan tidak tandatangan lagi sehingga sekarang.Saya juga difahamkan di waktu itu kesemua Adun-adun PAS Kelantan dikurung di JKR 10 untuk ”dicuci otak” agar menyokong pindaan tersebut. Pada masa itu Kerajaan PAS Kelantan tidak berpuashati dengan campurtangan Istana berhubung beberapa perkara,termasuk perlantikan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri.Sebab itu sampai sekarang perlantikan Pegawai-Pegawai kanan Kerajaan Negeri ,seperti SUK,Pegawai Kewangan Negeri dll masih lagi di bawah kuasa Sultan Kelantan.


Berbalik kepada kisah Pindaan Perlembagaan 1993.Buktinya boleh dilihat dengan jelas daripada 1993 hingga sekarang tidak ada satu kes , yang memalukan berkenaan dengan Raja yang dibawah ke mahkamah atau Dewan Rakyat ,kecuali kes Almarhum bekas Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan lawan Standard Chatered Bank.Itu pun kes sivil,bukannya kes salah guna kuasa atau jenayah. Bermula daripada situlah intitusi Raja terus dihormati hingga kini,kecuali oleh PAS dalam kes Perak baru-baru ini.


Saya tidak nafikan dalam menghadapi kemelut besar seperti ini pada 1993,sudah tentu akan ada kenyataan atau ayat-ayat yang boleh melukakan hati Raja-Raja.Sebagai contoh pada 15.Jan.1993,Naib Presiden Umno pada masa itu ANWAR BIN IBRAHIM telah memberi amaran kepada Raja-Raja Melayu,bahawa Kabinet akan menimbang untuk mengadakan satu pungutan suara jika Raja-Raja Melayu gagal memberi persetujuan berhubung dengan Pindaaan Perlembagaan tersebut.Disini PAS boleh lihat dengan jelas siapa yang turut sama ”menderhaka” kepada Raja pada masa itu.Harap PAS tidak butakan mata dan hati dengan fakta ini.Melayu mudah lupa...

Tun Dr.Mahathir akhirnya dapat memastikan rakyat mendapat perlindungan undang-undang daripada sebarang penyalahgunaan kedudukan Raja-Raja dan memberikan makna lebih jelas dan tepat kepada konsep Raja Perlembagaan.Tiga Perdana Menteri yang lalu sebelum Tun Dr.Mahathir telah mencuba tetapi hanya Tun Dr.Mahathir yang dapat menyempurnakannya.Inilah kehebatan seorang yang bernama Mahathir.Adakah apa yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir ini penderhakaan ? Tidak ! tentu jawabnya tidak,tidak dan tidak


Sekali lagi saya ulangi ayat Allah maha adil dan maha kaya.Dulu siang malam PAS berceramah seluruh Negara kononnya UMNO dan BN ”kafir” kerana bergabung dengan MCA,MIC,Gerakan,dll.Sekarang PAS pun turut ”kafir” kerana bergabung dengan DAP serta PKR yang bukan parti Melayu. Dan yang paling ”sedapnya” PAS pun dah jadi parti pelbagai kaum sekarang.Syarat menyertai PAS mesti beragama islam tidak diperlukan lagi,kerana PAS sudah bertukar menjadi ”PAS FOR ALL” .Sekarang orang bukan islam sudah boleh menjadi ahli PAS malah boleh menjadi calon PAS lagi.(di Johor dalam pru 2008).Pas sekarang sudah sebaris dengan DAP,PKR,Gerakan dan PPP.


Dulu PAS sering mendabik dada kononnya BN tidak pandai mentadbir Negara dan Negeri ,kononnya mereka lebih pandai,sekarang lima Negeri dalam tangan mereka.Opssss ,maaf,sudah berkurang satu di Perak (terlupa pula).Tengok apa jadi kepada semua Negeri-Negeri tersebut ? Penuh konstrovesi dan masalah.Kelantan sendiri sudah 18 tahun diperintah oleh PAS. Apa yang boleh dibanggakan di Kelantan 18 tahun.Negeri tak ubah seperti di Negara Kemboja.Jika tiada bantuan Kerajaan Pusat sudah lama Kerajaan tersebut jatuh menyembah bumi.Masalah air pun sampai sekarang tidak dapat diatasi.Setakat buat gimik papan-papan tanda Al-Quran di tepi jalan sahaja.


Satu saja yang saya dapat berikan kepada Kerajaan PAS Kelantan iaitu,ptuiiiiiiiiiii.Hanya ludahan air liur saja yang layak diberikan kepada mereka.


Dulu PAS mengatakan pemimpinBN tidak bermoral,sekarang mereka dan rakan-rakan mereka pun turut sama tidak bermoral,ada kes gambar bogel,ada kes liwat,ada kes anak luar nikah,anak kes tangkap khalwat,ada kes rasuah dan ada kes berkahwin rakyat Kemboja dan bercerai.


Dulu siang malam berceramah mengutuk Kerajaan BN kononnya membenarkan kilang arak dibina di Selangor.Besok sudah genap setahun PAS berkongsi kuasa dengan rakan-rakan mereka di Selangor,tetapi kilang arak masih berdiri megah disana.Adakah kilang arak tersebut perbaharui lesen mereka lima tahun sekali ? Tidak,lesen diperbarui setahun sekali oleh PBT.Tapi kenapa mereka masih sambung lagi lesen kilang arak tersebut ? Tak mungkin daripada 8.Mac.2008 hingga 8.Mac.2009 lesen kilang arak tersebut belum tamat tempoh lagi.


Daripada dulu sehingga sekarang kerja PAS ini hanya menipu sepanjang masa,cakap tak serupa bikin. Bikin tak serupa cakap. Cakap-cakap-cakap,tak bikin-bikin.Lidah segelintir pemimpin dan orang-orang PAS ini adalah ”lidah syaitan”.Sebab itu mereka berceramah selalu bohong dan meraung sekuat hati kerana mulut mereka ”penuh syaitan”.Dalam soal ini orang-orang PAS tak boleh salahkan saya kerana Nik Aziz sendiri mengakui mereka berkawan dengan Syaitan,sebab tu mereka jadi Syaitan.

Saya tidak tuju kepada semua pemimpin atau orang-orang PAS,tetapi kepada segelintir mereka.Saya juga tidak ”menghina tok guru” (kepercayaan karut) kerana tok guru tetap tok guru ,tetapi orang politik adalah orang politik.Dua perkara yang berbeza.Saya juga hormat kepada ilmu-ilmu agama yang ada pada semua orang,tak kira PAS atau UMNO,tetapi tidak menghormati orang yang menyalahguna ilmu agama untuk kepentingan politik



Beza PAS dan Umno seperti berikut


PAS MENGGUNAKAN AGAMA DAN BANGSA DEMI KEPENTINGAN POLITIK


UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA.


Tidak perlulah PAS kelentong kononnya perjuangan UMNO adalah perjuangan Kebangsaaan dan perjuangan PAS adalah perjuangan Islam,kerana untuk menguatkan sesebuah agama maka bangsa itu perlu diperkuatkan terlebih dahulu.


Tidak perlulah PAS hendak menjaja cerita kononnya mereka ulama pewaris Nabi dan berpolitik cara Nabi Muhammad.Bohong ! Tak payah nak mencemarkan kesucian Nabi Muhammad dan menggunakan nama baginda untuk kepentingan politik PAS.Saya cabar orang –orang PAS sebut satu nama parti politik zaman Rasulullah.Tiada memang tiada.Jadi PAS tak perlu nak menyamakan taraf poltik mereka mengikut Rasulullah.Baginda tidak berperang sesama islam seperti mana yang dilakukan oleh PAS terhadap UMNO dulu dan sekarang.


Nabi Muhammad tidak berpolitik wahai orang-orang PAS.Baginda berdakwah mengajak seluruh kaum yang menyembah berhala dan api supaya tunduk dan menyembah ALLAH S.W.T.Baginda juga menyebarkan syiar-syiar islam kepada orang-orang jahiliah.Baginda mengajak orang-orang kafir memeluk islam.Tidak seperti PAS yang MENGKAFIRKAN orang – orang yang memang sudah islam tetapi tidak menyokong parti politik mereka.


Ternyata UMNO dan BN lebih baik daripada PAS dan Pakatannya.Tiada apa yang boleh kita banggakan dengan PAS.Jika UMNO sudah bangkit memperbaiki segala kesilapan silam,mengapa kita harus memberi peluang kepada PAS yang sedang mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh UMNO.Tidak tahu berapa puluh tahun lagi barulah PAS hendak bangun memperbaiki kesilapan mereka.Selama ini rakyat memilih PAS dengan harapan PAS tidak melakukan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO kerana PAS sering mendabik dada kononnya mereka lebih baik daripada UMNO.Tapi nampaknya rakyat hampa dengan janji-janji PAS.Semuanya omongan kosong.Ibarat tin yang diketuk dengan besi,bunyi bising bagai nak rak,tapi isi kosong.Itulah perwatakan PAS yang sebenar.Dan segalanya telah terbukti hari ini apabila rakyat tegur kesilapan PAS,maka jawapan bodoh PAS adalah UMNO buat juga.


Samalah seperti dialog yang saya beri seperti pembuka bicara ini di atas.Itulah wajah bodoh PAS.Oleh itu saya seru kepada sahabat semua,marilah kita semua bersatu di bawah panji-panji UMNO dan BN.Sesungguhnya tiada parti lain yang dapat membawa suara kita,hanya UMNO dan BN sahaja.Saya akui ada juga perkara-perkara yang tidak betul di dalam UMNO,dan UMNO cuba untuk berubah,dan kita harus memberi peluang kepada UMNO.


Umno bukannya bodoh seperti PAS yang terus-menerus membuat apa yang rakyat tidak suka seperti yang dibuat oleh UMNO dahulu.Lagi satu tiada pun pemimpin-pemimpin PAS ini yang berkaliber dan mampu membawa Negara kita maju ke depan.Pemimpin-pemimpin PAS hanya pemimpin yang pandai bercakap atau lebih tepat seperti yang saya kata di atas tadi iaitu tin kosong.Seandainya kita diperintah oleh PAS maka negara kita berundur balik 30 tahun ke belakang.Sekarang pun sahabat sekalian boleh melihat dengan jelas kualiti Adun-Adun atau Ahli-Ahli Parlimen PAS dan BN.Kualitinya jauh berbeza.Mana yang lebih ”standard”.? Tepuk dada tanya selera.


Sebagai penutup kepada bicara ini,marilah kita bersama merenung kembali sikap-sikap PAS selama ini.PAS puncanya perpecahan umat islam di bumi Malaysia ini.Di mana ada PAS disitu pasti ada perpecahan masyarakat.Kerja memecah belah manusia ni kerja syaitan sahaja dan PAS pun memang berkawan dengan syaitan.Sahabat buatlah lah tafsiran sendiri.

19 comments:

azli gopeng said...

tahniah saudara.ulasan yang mantap dan kemas.saya mohon copy tulisan saudara untuk simpanan.

Jeffry said...

SALAM BRO FAISAL

BAHAN TULISAN YG CUKUP MENGETARKAN JIWA PAKATAN!!..BRAVOO2!!!..SY RASA PAKATAN TETAP AKAN MENIDAKKN FAKTA2 YG BRO ULAS DGN PNJG LEBAR TD. MAKLUM LAH ORG2 MCM MEREKA TU SEMUA DH GELAP MINDA! (UNGKAPAN YG LEBIH TEPAT UTK2 PEMIMPIN PR)..ZERO!! HAHAHAH.

TAHNIAH BRO!

Anonymous said...

En.Faisal
sungguh bernas artikel anda.Tahniah !
mungkin pas perli anwar sekarang kes raja raja 1993.

Sasha2020 said...

Syabas...
Dulu pun, Mahathir buat dengan baik, penuh hikmah, beradap dan menerangkan sebab beliau mencadangkan perkara tersebut. Tapi, sekarang orang mencerca, menghina dan menjatuhkan maruah raja/sultan secara terang-terangan.

GOMO said...

SALAM BRO....
PAS MAKAN TAIK???
TAIK SAPA????

HUA..HUA....
SIAPA PUNYA TAIK LAGI KALAU BUKAN TAIK

ANWAR AL-JUBURI...

Anonymous said...

Bagi saya....kenyataan2 seperti ini telah byk dihamparkan kpd kita, tidak kira dari pihak mana. Semuanya akan mempertahankan apa yg mereka fikir betul. Sudah pasti pihak satu lagi akan menidakan apa yg penulis hamparkan disini. Samalah mcm penulis akan menidakan apa yg pihak lain katakan tentang umno dan sebagainya. Tp apakan kita selama2 akan meghamparkan cerita2 sebegini baik dipihak UMNO mahupun PAS (ketepikan PKR-tiada apa yang perlu dibanggakan bg parti ini)untuk memenangi hati rakyat melayu.Semua pihak ada bukti masing2 ttg ketuanan melayu, ttg pengkhianatan kpd melayu dan juga raja. Kedua2 belah pihak sebenarnya mengeksplotasikan keadaan yg belaku sekrg utk kepentingan parti masing.Kita perlu cari titik dimana org melayu boleh bersatu. Bagi saya jika ingin mengikuti sejarah jgn sahaja mengikuti sejarah selepas kita lahir, tapi biarlah dari awal sejarah tersebut...kerana cerita dipertengahan jalan tidak akan sama dan seindah cerita di permulaan jalan.....

ruang bicara faisal said...

saudara Anonymous (komen no 6) saya tidak nafikan apa yang saudara kata kita kena ikuti sejarah dari awal.saya kata saya tak mahu bercerita pasal yang lama2,nanti org kata "kau pun takde lagi ,nak cerita pasal benda2 lama pula". saya akui saya ada tengok perkara itu melalui buku dan web.tapi saya lebih berminat nak ulas yang saya saksikan sendiri.apa pun saya hargai pandangan saudara.bagus tu

Anonymous said...

anwar tahun 1993 parti apa kawan2?


umno da....

Anonymous said...

Nabi Muhammad tidak berpolitik wahai orang-orang PAS.

Dari kenyataan di atas, anda menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw tidak mengajar kepada umat Islam akhir zaman tentang berpolitik kerana baginda tidak berpolitik. Betul ni?

Kita diajar pelbagai benda...cara2 menjalani hidup... cara makan, minum, tidur, kencing, berak, cuci najis, sex dgn pasangan, jual beli,pakai baju, pakai seluar, bercermin muka, sikat rambut, potong kuku, dan macam2 benda kita ditunujkajar oleh Nabi saw.

Logik ke anda kata Nabi saw tidak berpolitik, sedangkan politik itu menjadi satu benda yg amat penting sekarang??? Nabi saw tidak diajar oleh Allah ke tentang keadaan umat akhir zaman ni? Umat Islam akan mengharungi dunia politik yg begitu begini etc etc???

Allah Taala LUPA ke nak ajar kpd Nabi saw bahawa dunia politik ni penting di akhir zaman???

Kecing berak pun diajar.. ambil wudu' pun diajar..
Perang di ajar, damai pun diajar,

Jadi ketua keluarga pun diajar, jadi ketua negara pun diajar...

Kalau Nabi saw adalah ketua negara, yg dia utus surat kepada kerajaan Rom, Parsi etc tu dikira apa? Tulis surat ke perutusan politik?

Tapi, sekiranya saudara BETUL2 yakin bahawa Allah Taala tidak mengajar kepada Nabi saw berpolitik, saya tidak boleh berbuat apa2.

Last kopek, diharap saudara semasa solat nanti, sepertimana yg diajarkan oleh Nabi saw, dgn bacaan dan gerak gerinya, semasa membaca Al Fatihah, semasa membaca...tunjukilah aku kejalan yang lurus...(terjemahan bahasa Melayu), tetapkan dgn rendah hati minta petunjuk dari Allah.
Mintalah Allah tunjukkan kita kejalan yg lurus..
Allah sahaja yg boleh beri hidayah, PAS tak boleh, UMNO pun tak boleh.

Akhir sekali, sekiranya Nabi saw tidak berpolitik, maka dakwaan bahawa Islam itu syumul (merangkumi semua) adalah khayalan belaka.

Bagi saya, Islam itu syumul. Nabi saw mwngajar kepada semua manusia semua perkara, termasuk bagaimana hendak buat roti canai.

" ...sekiranya kamu tidak mengerti akan sesuatu, tanyalah pada ahli(pakar)nya..."

Nabi aku berpolitik, Nabi kamu bagaimana?

Anonymous said...

best gak membaca, thanks bro - pemudajambu

ruang bicara faisal said...

saudara anonymous (no 9),takpelah saya terima kalau anda kata nabi mohamammad berpolitik.takpelah saya terima seadanya,mungkin anda orang hamPAS kot.tapi ,adakah nabi mohammad berpoltik sebagaimana hamPAS berpoltik.kafirkan org sana sini
sembelihan org umno tak boleh makan
org umno jadi iman,pas tak boleh jadi makmun
dll

hujah anda tu memang dah hujah standard org pas yg tak boleh menjawab.

tanya pada ahli pakar siapa ? nik aziz...ha hah ha.dia sendiri pun kaki lompat parti...

Anonymous said...

[img]http://eddyra.net/wp-content/uploads/2008/03/natang.jpg[/img]

Anonymous said...

JANGAN KUTUK MAMAT FAISAL TU, AKU TENGOK MUKA PUN MACAM BUDAK TIGA SUKU... SO JANGAN LAYAN....

shukri said...

akum...
per kabo bro faisal....
saya suka bro punya pandangan...
saya ni sebenarnya menegakkan islam....
adakala saya sokong PAS...
adakala saya sokong UMNO...
betul lah kata bro...
bila islam jadi bahan dalam politik ianya menjadi sesuatu yang menyakitkan hati saya....
saya tertanya tanya....
kenapa PAS terlalu mempermainkan Islam....
Islam itu suci...
saya pelik.. saya rasa serba confius dengan pegangan mereka sekarang.....
kalau PAS atau PR pikir BN pegang kerajaan terlalu banyak penyelewengan dari segi akidah atau sosial atau pun riba atau rasuah...........
bagi saya semua tu akan berlaku juga sekiranya PR yang menjadi kerajaan..... bagi saya gejala yang tidak sihat tu takkan hilang walau pun ianya di pimpin oleh sapa....
saya pun malas nak panjang sangat terlalu memikirkan politik malaysia sekarang ni terutamanya di Perak sebab saya sendiri anak jati Perak.....
bagi UMNO perbaiki lah kehidupan yang tak bersih tu............
terlalu banyak kotor dah dilakukan oleh UMNO....
Cuci lah tangan dari segala penyelewengan...
berbaktilah dengan sejujurnya untuk rakyat dan agungkanlah Allah, Nabi Muhamad & Al Quran...
Saya jamin kiranya UMNO dapat memperbaiki diri dengan seikhlas - ikhlasnya dan sejujurnya pasti rakyat dapat menerimanya kembali.... dan kiranya ada peluang untuk bersatu dengan PAS... bersatulah demi untuk agama, bangsa dan negara....
marilah kita satukan semula orang Islam di seluruh dunia ni khususnya bagi Rakyat Malaysia....
Bagus bro faisal dengan artikel bro paparkan ini.......
Sesungguhnya hidupalah kerana Allah S.W.T.

Askum Bor dan semua kalian....
Muhasabahkanlah diri kalian semua....

Anonymous said...

woi mamat cibai. dah le gemuk.

anaklangkawi said...

Bro faisal. mantap & penuh ulasan saudara..
mungkin bukan bertujuan utk memperkecilkn PAS.. saya lihat ulasan saudara menjurus utk menegur PAS..

alhamdulillah.. tegur menegur..
http://other-perspektif.blogspot.com/2009/03/pas-yang-lesu-celaru.html

izinkn saya utk re-post bbrp point saudara dlm website blog saya..

Anonymous said...

Salam,

Inilah salah satu contoh product yang dikeluarkan oleh Biro Tata Negara....Saya tak pelik pandangan Saudara Faisal yang saya rasa masih buta hati. Permasalahan politik dan budaya masyarakat Malaysia semua berpunca dari Tun Mahathir. Dialah yang merosakan Islam dan nilai-nilai budaya orang Malaysia.

Perantau,
USA

GOMO said...

SALAM BRO..
PERGH..MANTAP,PADAT,BERMAKLUMAT DAN PEDAS.
HE HE HE

SEMEMANGNYA HUJAH ANDA DISERTAKAN FAKTA YANG AMAT BERNAS. MALAH IANYA DAPAT MEMTERJEMAHKAN KEPADA RAKYAT AKAN HAL YANG SEBENARNYA BERLAKU.

TERUSKAN USAHA LU BRO...

ERRR NAK TANYA SIKIT BRO...
HUSSAM MAKAN TAIK ANWAR KE???
HE HE HE....

Anonymous said...

hi, new to the site, thanks.