Tuesday, December 1, 2009

VIDEO : SYABAS NOH OMAR ! RONNIE LIU DIMALUKAN

Noh Omar bertikam lidah dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu sewaktu berbincang dan menyelesaikan isu setinggan yang menduduki tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pasir Penambang di Kuala Selangor, semalam.

Perang mulut tercetus pada sesi dialog nelayan Pasir Penambang

KUALA SELANGOR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menegaskan, pihaknya akan meneruskan projek pembinaan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan empat rumah bagi nelayan di Pasir Penambang di sini, walaupun ditentang kerajaan negeri.

Katanya, beliau sedia membawa kes itu ke mahkamah jika kerajaan negeri terus bertegas menghalang pembinaan semula empat rumah setinggan di situ berikutan pelaksanaan projek berkenaan.

Beliau berkata, projek yang sudah dimulakan di perkampungan nelayan itu sepatutnya berjalan lancar sebelum kerajaan negeri mengarahkan ia dihentikan atas alasan kedudukan empat rumah setinggan yang akan dipindahkan tidak sesuai kerana letaknya berhampiran tokong.

“Kita sudah mengadakan diplomasi (dengan penduduk dan pengurusan tokong) untuk menyelesaikan isu ini dengan baik kerana untuk pindahkan tokong dan setinggan bukan perkara mudah.

“Kita sudah suruh LKIM serahkan tanah lebih satu ekar (0.4 hektar) untuk dibuat tokong dan rumah untuk ganti rugi. Bukan saja kita bagi rumah, kita bagi ganti rugi tokong RM15,000 dan penduduk terbabit berjumlah RM80,000.

“Duit dah bagi lebih awal, semua dah selesai sebelum ini,” katanya ketika ditemui wartawan sebaik selesai sesi dialog bersama penduduk di Pasir Penambang di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu.

Ketibaan Noh sebelum itu disambut dengan kibaran bendera Barisan Nasional (BN) oleh kira-kira 200 penduduk di situ, manakala Liu yang mewakili kerajaan negeri menerima nasib berbeza apabila beliau di’boo’ setiba di tapak projek pembinaan jeti dan ketika memberi penjelasan pada majlis itu.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, isu itu sudah selesai apabila tokong sudah siap dibina, manakala tapak rumah yang dulunya laluan feri lama sudah siap ditambak membabitkan kos RM50,000.

Bagaimanapun, katanya, apabila tapak rumah sudah siap dibina, kerajaan negeri Pakatan Rakyat mula masuk kacau dan mahu menjadi jaguh kononnya hendak mempertahankan tokong apabila lokasi rumah penduduk dikatakan terlalu hampir dengan rumah ibadat itu.

“Saya nak bagi tahu Ronnie Liu, rumah yang hendak dibina ini dulunya memang ada sebelah tokong. Jadi, apa masalah kerajaan negeri dan DAP? Kita tengok mereka cuba hendak mensabotaj, menghalang projek kerajaan sebab projek LKIM sudah tertangguh lebih dua tahun,” katanya.

Sementara itu, Liu berkata, beliau akan membawa perkara itu ke mesyuarat Exco Rabu ini selepas empat keluarga yang terbabit dalam pemindahan itu enggan berpindah ke lokasi lain di kawasan itu seperti dicadangkan kerajaan negeri.



Ronnie cuba menjadi wira tapi dengarnya kena 'boo' dengan penduduk kampung...

Sumber Berita Harian & Mykmu

Sumber Asal video dari
GAP

Jom kita lihat video

Dengar apa cina dalam veideo tu cakap. "Dia tak tahu , dia balu satu tahun kirja ma...."

Bahagian 1

Lihatlah bagaimana EXCO Selangor, Ronnie Liu bagaikan kera dapat bunga, terus menindas penduduk yang merupakan kaumnya sendiri. Projek penempatan semula setinggan Pasir Penambang yang sudah diluluskan secara tiba-tiba mahu dikaji semula dan penduduk terbabit yang rata-rata nelayan mahu dipindahkan ke Batang Berjuntai, satu lokasi yang jauh dari laut, tempat penduduk ini cari makan. Inilah kalau dapat kuasa tapi gila kuasa. Semua benda nak dikaji semula dengan alasan merekalah kerajaan terbaik. Anda nilailah sendiri!!! - sumber: apezlie's Channel

Bahagian 2

Jika kita imbas kes dialog penduduk Seksyen 23 dengan MB dulu, Melayu dikatakan tidak professional dan kerajaan negeri sahaj yang betul, nah, anda lihat sendiri sekarang dialog yang serupa juga, penduduk Cina ini juga naik berang dan marah dengan kerajaan PR Selangor..apakah kali ini penduduk Cina ini juga boleh dikatakan sama dengan penduduk Melayu Seksyen 23, Shah Alam? Kerajaan PR Selangor betul juga dalam hal ini? Penduduk yang salah? Anda nilailah sendiri. Sumber : apezlie's Channel

Bahagian 3

Dulu MB Tan Sri Khalid kena booo, sekarang EXCO kanan Ronnie Liu juga kena nasib sama.. Alahai Kerajaan Pakatan Rapuh Selangor nie..takkan nie pun nak kata penduduk pun yang salah mcm kes dialog Seksyen 23, Shah Alam dulu? Tak kan nak kata mereka nie orang UMNO juga? Aiyooo..anda nilailah sendiri yer... Sumber : apezlie's Channel

Ternyata Ronnie silap besar ,bila datang jumpa Noh Omar. Ibarat beliau terjun masuk dalam kandang harimau. Harap satu hari nanti dapat lihat pula Noh Omar 'ratah-ratah' Teresa Kok. Dah lama aku duduk tunggu ni.... Sekalung tahniah pada Datok Noh !

11 comments:

Anonymous said...

Hidup latuk Noh!

Itu liu mana tau kilija.
Luluk goyang kaki diam2 luit org dia hantam. Celamah sana, celamah sini juai celita tipu.

Anonymous said...

The Part 2 at seconds #22, there is a chinese guy asking YB Ronnie NOT TO disturb the project because he saying that Sel Gov "Cakap tak serupa bikin."

is hard to listen because the too many "boo" hahahhaha

Anonymous said...

The Part 2 at seconds #22, there is a chinese guy asking YB Ronnie NOT TO disturb the project because he saying that Sel Gov "Cakap tak serupa bikin."

is hard to listen because the too many "boo" hahahhaha

Anonymous said...

at seconds #44, you all see the angry white shirt uncle shout at YB Ronnie.

He is very angry because YB ROnnie "disturb" their new house.

I guess they are happy with their new houses thats why so piss off with YB Ronnie

Anonymous said...

at 2.38 part2, there is a chinese guy shouting at the background saying "YB don't want to talk already".

it means "YB PLS SHUTUP"

muahahhahaha

ruang bicara faisal said...

lihat video pertama

aku rasa ronnie liu tak blh ckp bahasa inggeris

ada sesiapa tak blh sahkan samada dia pandai tak ?

kitagempur said...

video lain akan menyusul di portal kami.

orang cina di pasir penambang tak nak besalaman dgn komunis ini..

pengurusan tokong ditukar bila mereka memerintah..kemudian mintak tanah LKIM utk jadi harta benda dioarg..

tokong kecil di tanah tersebut dibukak serta merta dan penduduk terus mendirikan pagar

bodoh punya kerajaan selangor sekarang..nelayan yang duduk di tepi sungai nak dipindahkan ke Bistari Jaya...nak suruh nelayan berulang alik dari sana ke Pasir Penambang..

inilah contoh kebodohan kerajaan selangor sekarang

Anonymous said...

Syabas dan Tahniah Datuk Noh. Kasi siat-siat kulit Ronie untuk campak ke laut.

Muahahahaha

Anonymous said...

ak mmg dah lame kagum dgn dato Noh Omar ni..beliau mmg ada kredibiliti utk menjadi ahli politik yg membela rakyat..syabas Dato'...kepada RBF, tahniah sbb upload video ni...ia menunjukkan bahawa pakatan rasuah mmg tidak mendapat sokongan penduduk pada masa ini...Insyaallah,pada PRU13, kita akan tanam Pakatan Rasuah/ rebah ini ke lubang kubur....

Anonymous said...

@kitagempur,

the site from your video lagi bagus :) kekekekekkee

for those rbf reader, you can watch more details of the discussion at their site.

Especially for Chinese readers who vote in DAP, please watch it. AND see how DAP spin the story.

Anonymous said...

@kitagempur,

the site from your video lagi bagus :) kekekekekkee

for those rbf reader, you can watch more details of the discussion at their site.

Especially for Chinese readers who vote in DAP, please watch it. AND see how DAP spin the story.