Friday, January 6, 2012

Shamsul Iskandar Nak Lawan Ali Rustam


AYER KEROH - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin bersedia mencabar Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13. 

Shamsul Iskandar berkata, beliau sanggup menggalas cabaran itu sekiranya ada muafakat dan persetujuan daripada pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR), terutama PKR sendiri. 

Menurutnya, iklim politik hari ini, khasnya di kerusi Dewan undangan Negeri Bukit Baru iaitu kawasan Mohd Ali dilihat sudah berubah kerana masyarakat mula terarah kepada PR. 

“Saya terkejut apabila melihat sokongan masyarakat, bukan sahaja di kalangan orang Melayu, malah kaum lain seperti Cina dan India turut memberi isyarat jelas bahawa mereka mahukan perubahan pada pilihan raya kali ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyertai ceramah umum PR yang turut disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Sin Hoe, Bukit Baru semalam. 

Turut hadir Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari. Shamsul Iskandar berkata, pimpinan yang dibawa kerajaan BN di Melaka sejak beberapa penggal terbukti gagal ditangani dengan baik, sebaliknya meninggalkan beban hutang sehingga RM800 juta. 

“Kita melihat projek yang dibawa Mohd Ali, kebanyakannya tidak membawa manfaat kepada rakyat negeri ini seperti monorel dan pembinaan lapangan terbang. 

“Baru-baru ini juga, kita turut dikejutkan dengan pendedahan Laporan Audit Negara yang menyatakan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mengalami defisit. 

“Justeru sudah sampai masanya, rakyat memilih calon PR yang mengamalkan ketelusan, cekap dan membawa keharmonian kepada rakyat,” katanya. 


Komen rbf :  kah...kah....kah...kah....

jangan sampai terkencing dalam seluar lagi beb....

sampai masa pilihanraya kau lari pergi Trengganu pula.....


Apa pula komen anda ?

5 comments:

Anonymous said...

kah!kah!kah!
betullah tu
terkencing dlam seluarlah dia

Anak Lenggong said...

Bravooo....sibadut pendek dipersilakan..tapi jangan pandai cakap je ..sampai masa teluq terus kecut dan bagi perbagai alasan pulak..

Anak Lenggong said...

Bravooo....sibadut pendek dipersilakan..tapi jangan pandai cakap je ..sampai masa teluq terus kecut dan bagi perbagai alasan pulak..

Anonymous said...

Siapa nak terima kat trenganu??? Boleh belah!!

Anonymous said...

mamat pebdek gendut ni nak publisiti je, dia tau bertanding kat mana sekalipun dia akan kalah so buat la gimik nak lwn org itulah inilah tak lbh dr nak publisiti je..klu lwn ngan kambing pun tak tentu menang..usahkan ali rustam klu dia kat us barack obama pun dia akan cabar..sudah la sam oi pegi la cari keje lain, politik bukan masa depan kau lah..