Wednesday, February 29, 2012
Eh....Eh....Cara Mereka Samalah.....
Lawak Jenaka Di Sidang Akhbar Khalid Samad
Tuesday, February 28, 2012
Syabas Rais Yatim Kerana Membuat Keputusan Yang Cukup Berani Di Saat-Saat Akhir
Dipetik dari mstar online
Menteri peduli apa dengan persiapan yang telah dilakukan penganjur. Lantak merekalah. Kalau dia tak pandai hormat kita, apa ke jadahnya kita nak layan dia.PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa."Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," katanya.Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.Konsert 'Erykah Badu Live in KL' itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah "Australasian" di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta.
Terima kasih Datuk Seri kerana memahami perasaan rakyat dibawah. Saya cukup-cukup bangga dengan keputusan berani Datuk Seri.
Monday, February 27, 2012
Yes ! Yes ! Yes ! Umno Dah Kena
Kenyataan yang kita jangkakan dan yang kita tunggu-tunggu telah pun tiba.
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa Umno merupakan dalang yang merancang insiden kes tangkap khalwat yang mengaitkan dirinya bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini,” katanya kepada FMT.Sumber: FMT
Kalau Tak Marah Tahap Maksimum Dia Tak Akan Pukul
Pada jam 2 pagi, Sabtu lalu, beliau kemudiannya dihubungi wanita berkenaan dengan nada cemas dan menyatakan beliau mempunyai masalah keluarga yang serius.
“Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya.
“Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga,” katanya.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya
Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
“Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.
“Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai JAIP tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik,” katanya.
Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.Anwar Ibrahim meliwat Saiful perangkap, adun disiasat SPRM perangkap, Badrulamin juga perangkap, semua musibah yang menimpa mereka semuanya perangkap. Tidak ada yang tidak perangkap melainkan perangkap. Bodohnya pemimpin PKR ! Asyik masuk perangkap ja....
Bagaimana nak perintah negara jika asyik masuk perangkap ? Jika diberikan pelaung perintah negara, nampaknya mereka akan selalu termasuk dalam perangkap Amerika dan Israel yang jauh lebih hebat.
Oleh yang demikian rakyat Malaysia harus menolak PKR habis-habisan dalam PRU akan datang untuk mengelakkan negara kita terjerumus dalam perangkap Amerika dan Israel akibat dari kebodohan pemimpin PKR.
Sunday, February 26, 2012
Tangkapan Khalwat : Jangan Cuba Tutup Bangkai Gajah Dengan Daun Pisang
SEJAK semalam, hampir semua pimpinan KEADILAN telah berkumpul di Kuantan Pahang untuk sama-sama menyertai Himpunan Anti Lynas, atau lebih dikenali sebagai Himpunan Hijau yang bakal diadakan Ahad ini.Adakah Dr Badrul Amin memilih untuk berbuat jahat di kala beliau bersama-sama menginap dengan hampir semua pimpinan KEADILAN di Hotel yang sama?
Jika beliau ada niat berbuat jahat, mengapa beliau membawa isterinya bersama-sama ke Kuantan?
Mengapa Ust Badrul tidak dibawa ke balai Polis? Kerana pagi tadi beliau dilihat ada bersama-sama pimpinan yang lain.
Itu cerita dan soalan daripada blogger berkenaan.
Sekarang kita lihat pula apa yang Badrulamin kata seperti yang dilaporkan oleh malaysiakini
Menurut Badrulamin lagi, wanita berkenaan juga menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suaminya tetapi beliau menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu kemudian datang ke hotel penginapannya bersama anaknya. Badrulamin berkata atas rasa bertanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu mereka mendapatkan bilik penginapan.
“Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
“Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.
“Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai JAIP tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik,” katanya.
Kenapa Badrulamin tidak buat laporan polis ?
Demo Tourism: Tok Nan Ucap Terima Kasih
Himpunan Hijau telah selesai. Ada 3 perkara boleh dilihat jelas di sini.
Pertama, proses dan amalan demokrasi sihat di negara ini. Sesiapa sahaja boleh bersuara dan berhimpun asal tidak melanggar undang-undang.
Kedua, pihak berkuasa terutama PDRM dan MPK telah bertindak adil dan penuh profesional mempastikan perhimpunan berjalan lancar.
Ketiga, gerakan anti lynas yang berselindung di bawah nama hijau nyata tidak laku. Rakyat tidak percaya dengan pembangkang yang menabur cakap bohong pada setiap masa dan setiap tempat.
Kerajaan Negeri mengalu-alukan demo secara aman ini kerana ia menjana kegiatan ekonomi khususnya untuk pengusaha dan peniaga di Kuantan. ..... Saya namakan ini Demo-Tourism. Demo-Tourism ini patut digalakkan.
Salam dan Salam 1 Malaysia.
DSDR Adnan Yaakob
Menteri Besar Pahang.
Demo Tourism !
Kah...kah...kah....
Mantap beb...cukup mantap kenyataan MB Pahang. Betul-betul buat pihak sebelah sana sakit hati.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, February 25, 2012
Tun Dr M Masih Lagi Hebat dan Berpengaruh
Wednesday, February 22, 2012
Kapal Israel: Lagi Seorang Blogger PKR Tunjuk Benak
Tulisan dari blogger erapasca.com
Hari ni dengan bangganya aku nak tunjuk salah satu SAILING CLEARENCE atau nama lainnya 'SURAT BERANAK' untuk salah satu KARGO DARI ISRAEL ke MALAYSIA yang dibawa oleh ZIM ATLANTIC pada 16 Feb 2012 yang lalu...
Apa yang dia katakan diatas itu salah. Yang sebenarnya dia perlu kata begini,
Hari ni dengan bangganya aku nak tunjuk salah satu KEBODOHAN aku atau nama lainnya KEBEBALAN aku untuk salah satu POSTING aku berkenaan kapal ZIM ATLANTIC pada 20 Feb 2012 yang lalu...
Benda yang dibawah inilah yang dikatakan oleh blogger benak PKR surat beranak kargo.
Kah....kah....kah....
Awal-Awal Lagi Pas Dah Panas Bontot Dengan JATI
Tuesday, February 21, 2012
MB dan KM Mereka Tak Datang Mesyuarat.
Mesyuarat dipengerusikan oleh PM. Turut hadir TPM dan KSN.
Tujuan mesyuarat bagi menyeleras dan melicinkan urusan pentabbiran antara pusat dan negeri-negeri.
Tetapi mengapakah tidak ada seorang pun menteri-menteri besar dan ketua menteri pak-khatan rakyat yang menghadiri mesyuarat tersebut pagi tadi ?
Kemana mereka menghilang ? Adakah mereka sudah hilang semangat untuk memerintah ?
Mereka boleh keliling negara untuk berceramah, tetapi tidak boleh hadir mesyuarat bagi membincangkan hal negara, negeri serta rakyat.
Bagaimana nak mentabir negara jika mentadbir negeri pun tak boleh datang mesyuarat ?
Nik Aziz berada di KL dan boleh meluangkan masa untuk berjumpa dengan Anwar Ibrahim pagi tadi. Jumpa Anwar untuk urusan politik boleh pula. Nak datang mesyuarat tak boleh.
Di belakang bukan main lagi tuduh kerajaan Najib zalim,tindas rakyat dan sebagainya. Tapi bila diajak berdepan dalam mesyuarat bayang pun tak nampak.
Debat: Haji Hadi Cuba Cantas Anwar
Seperti yang kita tahu,puak-puak PKR sedang mencanang cerita debat Najib-Anwar.
Tup....tup....tiba-tiba Haji Hadi pula kata dia sedia berdebat dengan PM.
Jika begitu gayanya, ia adalah sesuatu yang tidak kena. Sepatutnya Haji Hadi beri sokongan supaya Anwar berdebat dengan Najib. Bukannya potong jalan untuk dia berdebat pula.
Nampak sangat Haji Hadi tak sukakan Anwar dan nak cantas
Anwar.
Berhubung isu debat, sebelum Anwar berdebat dengan Najib apa kata jika diadakan debat di peringkat negeri-negeri yang diperintah DAP, PAS dan PKR terlebih dahulu. Habis peringkat negeri baru dibawa ke peringkat pusat untuk perdebatan Anwar-Najib.
Untuk permulaan kita mulakan di Selangor terlebih dahulu untuk perdebatan antara Khalid Ibrahim dengan Noh Omar.
Setuju ?
Kapal Israel Di Port Klang: Geng PKR Tunjuk Bodoh
Sunday, February 19, 2012
Surat Yang Tidak Disiarkan Oleh Malaysiakini
![]() |
| Pesuruhjaya Pas Trengganu merangkap MP Kuala Trengganu sedang mencucuh api untuk membakar akhbar Utusan Malaysia |
Arab Spring
![]() |
| Bakar Utusan Malaysia menghina demokrasi |
![]() |
| Demokrasi ala DAP , Pas dan PKR |
Makluman Kepada Rakan-Rakan Blogger
Semua senarai blog rakan-rakan yang disenarai di blog ini telah hilang.
Mohon rakan-rakan blogger dapatkan hantar komen atau e mel (rbf_501@yahoo.com) url blog anda kepada saya untuk disenaraikan semula.
Kerjasama rakan-rakan semua saya ucapkan terima kasih.
Pin BBM RBF Online : 27878FC6
Twitter : rbf_online
Saturday, February 18, 2012
Saifuddin Nasution Pun Main Pasir Di Selangor Juga Ke ?
Berita dari Utusan Online
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution diminta tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan sokongan bertulis terhadap sebuah syarikat bagi permohonan aktiviti perlombongan pasir di Selangor.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, desas-desus mengenai isu itu kini bertiup kencang terutama selepas berlaku pendedahan penglibatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam syarikat Double Dignity (M) Sdn. Bhd.
Beliau berkata, seperti mana isu Double Dignity, Saifuddin didakwa telah memberi sokongan kepada syarikat yang beliau sendiri dikatakan ada kepentingan.
“Tugas Saifuddin dalam isu yang dikatakan melibatkan dirinya itu mudah sahaja. Beliau perlu menjawab ya ataupun tidak. Jika benar katakan ya dan jika bukan katakan tidak.
“Kami di luar sini ingin mendengar pengakuan daripada Saifuddin agar segala kekeliruan terjawab lebih-lebih lagi ia membabitkan seorang pemimpin penting dalam PKR,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai pembabitan Saifuddin dalam memberi sokongan bertulis kepada sebuah syarikat untuk tujuan perlombongan pasir seperti mana isu yang dihadapi oleh syarikat Double Dignity.
Isu mengenai pembabitan pemimpin PKR di dalam syarikat melombong pasir mula tercetus apabila pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Amiruddin dan Shuhaimi terlibat dalam skandal rasuah pasir di Selangor pada 9 Februari lalu.
Raja Petra turut mendakwa kedua-dua ADUN tersebut telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat baru yang dikenali sebagai Double Dignity iaitu sebuah syarikat yang terbabit dengan industri melombong pasir di Selangor.
Anuar berkata, sebagai seorang pemimpin yang telus dan bertanggungjawab, Saifuddin tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran mengenai spekulasi tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan Anuar berkata, sekiranya Saifuddin mengakui yang beliau ada memberi sokongan bertulis kepada syarikat terlibat, Setiausaha Agung PKR itu perlu cermin terlebih dahulu dirinya sebelum menuduh orang lain amalkan kronisme.
Din pun main pasir di Selangor juga ?
Friday, February 17, 2012
Hilang Aziz Bari Kini Muncul Dr Maszlee Malik
Thursday, February 16, 2012
MB Selangor Nak Bukti - Nah Ambil Bukti !
Petikan dari harakahdaily,
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar sedia memberi kerjasama berhubung dakwaan bahawa beliau mempunyai bukti salah laku kakitangan KSSB dalam pengendalian pasir di Selangor.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat exco semalam, Khalid berkata kerjasama dari Noh itu sangat penting bagi memastikan dakwaan itu benar-benar wujud atau hanya sekadar tuduhan politik.
Nak bukti ya ?
Nah ambil bukti di bawah ini....
Sumber bukti : selangordaily.com
![]() |
| Harga pasir yang disiarkan dalam laman web KSSB |
![]() |
| RM 8.00 per tan untuk syarikat siapa ? |
Gaji Anwar RM 1.00 , Gaji Rafizi......Wowwwww
Wednesday, February 15, 2012
Anwar Gadai Akidah: Semoga Blogger Ameno World Tak Terjun Bangunan
Cakap terus terang perayaan ponggal tue aku taktau perayaan apa. Jangan marah arh. Dan aku rasa perlunya isu neh dibuat pencerahan sebab ia seakan2 counter attack terhadap isu najib - thaipusam.
Lagi satu aku pun tiada kesahihan kalau neh gambar betul or super impose. Sapa2 yang tahu sila lah check ye. Tarikh, lokasi dan info2 berkaitan dah diberikan. Memasing boleh semak. Tunggu penjelasan lanjut dalam isu neh. Bai.
![]() |
| Keratan dari blog Adun Sri Andalas |
Batu Gajah, 29 Januari 2012 - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diarak lebih 100 meter dari jalan besar Batu Gajah-Tanjong Tualang ke tapak pesta menaiki kereta lembu bersama kepimpinan PKR Pusat, Negeri Perak dan kempimpinan Pakatan Rakyat Perak.
Juga dari blog Adun Sri Andalas
Kalau ameno world tak puas hati lagi, video pun ada juga di bawah ini
Kalau ameno world nak kenal bagaimana rupa gambar superimpose sila klik di sini.
Harap ameno world dapat menerima hakikat walaupun pahit untuk ditelan. Tak usahlah nak pusing kiri-kanan. Tolong belajar terima kebenaran sebagaimana blogger-blogger pro Umno yang menerima dengan hati terbuka teguran Mufti Perak kepada Datuk Najib.
Gadai Akidah:Anwar Lagi Teruk - Gambar Di Dalam
Ketua Penerangan Pemuda Pas - Sumber berita : harakahdaily
Dewan Pemuda PAS Pusat mahu lebih ramai para ulama, mufti dan golongan agamawan tampil menyatakan pandangan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara agama di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam minggu lalu.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohamad Nor berkata, golongan itu perlu berani untuk menyatakan kebenaran seperti yang ditunjukkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membantah tindakan Najib itu dan menyifatkannya sebagai ‘menggadai akidah’.
"Pemuda PAS melihat keberanian inilah yang perlu ditunjukkan oleh para Mufti di negara ini apabil melihat kemungkaran berlaku di depan mata tanpa mengira siapa pun pelakunya.
Ketua Pemuda Pas - Sumber berita : harakahdaily
"Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.
Beliau menyatakan ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merayakan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Beliau menyokong tindakan itu dan berharap lebih ramai agamawan tampil menyatakan pendirian.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri agama agar segera menyatakan pendirian berhubung kehadiran Perdana Menteri ke perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Ini kerana, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyifatkan Datuk Seri Najib Razak "menggadai akidah" kerana hadir dalam upacara keagamaan yang haram di sisi Islam.
Beliau berkata, adalah pelik jika menteri yang sepatutnya menasihati Najib berdiam diri sehingga teguran dan tegahan terpaksa datang dari Mufti Perak pula.
Mengulas tindakan Datuk Najib itu Mahfuz Omar juga berkata,
Sekarang saya nak tunjukkan kepada rakan-rakan semua beberapa gambar yang saya janjikan sebelum ini. Gambar-gambar tersebut dikirimkan oleh seorang pembaca kepada saya.“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu .
Adakah Tan Sri Harussani akan kembali dipanggil haraMsani atau haram jadah sekiranya beliau mengulas atau menasihati orang yang dalam gambar seperti dibawah.
Kita juga sama-sama tunggu apakah Mahfuz Omar akan komen seperti dibawah ?
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Anwar wakilkan pemimpin beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,”
Tuan Guru Nik Aziz atau ulama-ulama Pas sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir dalam perayaan itu .
![]() |
| Dulang Api |
![]() | ||
| CALIT DAHI |
Apakah apa yang dilakukan oleh Anwar diatas tidak menggadai akidah ?
Gambar ditas dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.
Sekarang mari kita tunggu komen dari Mahfuz Omar dan pemuda-pemuda Pas.






























