Perkara-perkara lama yang perlu diimbas kembali agar sentiasa segar dalam ingatan kita semua.
1) Rasuah pilihanraya kecil Dun Galas 2010
2) Islam Benarkan Kronisme -Nik Aziz
KOTA BHARU 9 Ogos 2008 - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak
yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan
tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Beliau berkata,
amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa' Rashidin iaitu
khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya
adalah amalan kronisme.
"Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar
merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara
kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam
Islam selagi mereka ada merit," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa di sini hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu mengulas gesaan Ketua Penerangan UMNO
negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad supaya beliau menjelaskan pelantikan
menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Semalam, akhbar melaporkan mengenai anggota Badan Pencegah Rasuah
memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung
beberapa isu berbangkit termasuk salah guna kuasa setelah badan itu
menerima surat layang mengenainya.

No comments:
Post a Comment