Friday, July 3, 2009

ADUN BEBAS PERAK KEMBALI KE PKR ?

Seperti yang diketahui umum sejak beberapa hari kebelakangan ini banyak speakulasi yang mengatakan bahawa salah seorang daripada dua Adun Bebas Perak yang meninggalkan PKR sebelum ini telah memohon untuk kembali ke PKR.

Untuk mengetahui sejaun mana kebenaran cerita ini, semalam satu telah menghantar satu SMS kepada kedua-dua Adun berkenaan. Dengan pantas mereka menjawab dan menafikan sekeras-kerasnya.
Mereka meminta saya mengaturkan satu perjumpaan dengan rakan-rakan blogger yang lain untuk menjelaskan hal yang sebenar. Lantas saya terus mengaturkannya dan pertemuan tersebut berlangsung malam tadi di sebuah restoran di Bandar Sunway.

Dalam pertemuan tersebut kedua-dua Adun berkenaan menafikan sekeras-kerasnya yang mereka telah memohon untuk menyertai PKR kembali.

Jangan mimpilah,kami tak akan kembali ke PKR,cukup dengan apa yang mereka lakukan kepada kami sebelum ini - itulah kata-kata yang terpacul dari mulut Adun Behrang. Marah betul nampaknya YB Jamal terhadap PKR !

Itu semua adalah fitnah jahat dan mainan politik yang sengaja direkacipta oleh orang-orang yang kecewa - itu pula kata-kata daripada Adun Changkat Jering.
Kami berdua sama sekali tidak pernah berjumpa atau berhubung dengan apa jua cara sekalipun dengan Pimpinan PKR untuk memohon menyertai kembali PKR. Tetapi kata mereka sebaliknya ada terdengar berita yang kemungkinan ada dikalangan Adun Pakatan Pembangkang yang akan menyertai BN.
Khabarnya ada dikalangan mereka yang menghubungi MB Perak secara terus dan melalui wakil-wakilnya untuk bertanya khabar ,bersembang kosong dan sebagainya. Malah ada memohon untuk berjumpa MB. Jika tiada apa-apa hajat,kenapa harus mereka menghubungi MB atau wakil-wakilnya. Fikir-fikirkan....

Cerita-cerita yang kononnya ada Adun BN akan menyertai mereka atau Adun Bebas ini kembali menyertai PKR sengaja direkacipta untuk menghalang Adun-Adun Pakatan menyertai BN. Kononnya mereka akan kembali memerintah Perak,jangan silap langkah ,nanti hangpa rugi. Itulah gambarannya.
Samalah juga dengan kisah tahyul 16 Sept yang direkacipta oleh Anwar Ibrahim. Tujuannya adalah untuk 'mengunci' langkah Ahli-Ahli Parlimen daripada menyertai BN. Maka dicanangnya yang beliau akan menjadi PM pada 16 Sept. Tempoh yang ada itu digunakan oleh Anwar untuk semua Ahli Parlimennya menandatangani surat perletakan jawatan tanpa tarikh dan akujanji.

Di akhir pertemuan kedua-dua Adun berkenaan juga memohon kepada penyokong-penyokong mereka agar bertenang dan tidak terpedaya dengan khabar angin yang disebarkan.

6 comments:

Pembela Wira said...

dan jgn lupa mari kita berarak ramai2 ke mahkamah 8 julai ni....hahahaha sokongan kepada Saiful Bukhari

penyair dari gunung said...

lihat wajah pencanang cerita kononnya adun bebas akan join pkr semula...www.pemimpinhadapan.blogspot.com

Anonymous said...

Saja je Puak-puak Al-Juburi mencari gimik-gimik baru. Nak cover kes liwat BroAnwarBinIbrahim (H1N1) dari terus diperkatakan. Sebar ke seluruh blog penyokong minta rakyat berhati-hati dengan dakyah Puak-puak Jahanam Aj-juburi.

PutraRocker said...

Salaam. Semoga anda terus dirahmati, diampuni dan dipelihara ALLAH dalam ketaatan kepada-Nya sepanjang hayat. Semoga sejahtera dunia dan akhirat. Dunia hanya persinggahan, persiapkan diri untuk akhirat yang kekal tiada penghujung. (^_^)

KP said...

salam..pergerakan pemuda telok datok pohon izin untuk salin artikel ini untuk dimuatkan ke dalam laman blog kami pemudatelokdatok.blogspot.com

pemudasp said...

Masyarakat dan mula menyedari kesilapan mereka di dalam pilihanraya yg lepas..
Jadi marilah kita rapatkan saf.. berjuang menghapuskan yang batil.