Friday, July 10, 2009

AHLI PARLIMEN AMPANG MEMUDAHKAN KERJA BN MENANG DI MU

Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita PKR

Pagi tadi saya pergi bersarapan di sebuah kedai kopi yang bernama Kedai Kopi Rashid yang terletak di simpang Tiga Manjor dalam DUN MU.

Saya masuk ke kedai tersebut dengan memakai topi BN. Dalam kedai tersebut ada orang-orang hamPAS dan BN.

Seronok juga bersarapan menu nasi berlauk dan pulut ikan kering sambil menyembang dengan orang-orang kampung.

Tiba-tiba seorang yang bernama Abe Soh berkata,semalam Ahli Parlimen Ampang dan rombonganya (2 buah kenderaan ) singgah minum di kedai tersebut.

Sewaktu hendak membayar minuman dan makanan beliau hanya suruh tuan kedai kira apa yang diminum dan dimakan oleh ahli rombongannya sahaja.

Tiba-tiba seorang ahli hamPAS yang bernama Zaid bersuara dan berkata "tak kan nak bayar hok tu saja yb weh,bayar belako lah". Lalu dengan muka kelat-kelat dia menyuruh tuan kedai tersebut mengira semua sekali apa yang diminum dan dimakan oleh semua pelanggan yang ada pada masa itu.

Yang membuatkan orang-orang kampung terkejut adalah sewaktu YB 'manggak' (berlagak) hendak melangkah keluar,maka orang-oarang kampung mengucapkan terima kasih kepada beliau. Dan dengan muka nak marah dia menjawab " takpe,kita jumpa di syurga nanti".

Apa lagi, maka naik anginlah orang kampung dan mereka meminta tuan kedai itu memulangkan balik wang makan minum mereka yang telah dibayar oleh YB 'manggak' tadi.

Keadaan menjadi kecoh dengan pelbagai kata-kata kurang enak dihamburkan oleh orang-orang kampung terhadap YB tersebut,termasuk oleh orang-orang hamPAS. Dalam keadaan kelam kabut YB tersebut melarikan diri beliau kedalam kenderaan yang dinakinya.

Harus diingat penduduk kampung disini walaupun berbeza idealogi politik tetapi mereka boleh duduk bersama dan tidak berpecah belah atau bermasam muka. Kebanyakan mereka adalah saudara-mara ataupun waris-warah.

Oleh yang demikian saya sebagai penyokong BN ingin mengucapkan terima kasih kepada Zuraidah kerana telah memberi 'kredit' kepada BN. Anda telah memudahkan kerja-kerja BN.

Mungkin juga ini adalah satu sabotaj yang telah dirancang oleh orang-orang PKR untuk memastikan hamPAS kalah di MU. Ini kerana di kenderaan yang dinaiki oleh YB tersebut dan orang-orangnya dipenuhi dengan bendera dan poster hamPAS.

hamPAS berkempen guna jentera kerajaan negeri.klik sini

4 comments:

Anonymous said...

Salam tuan blog...

YB ampang ini sebenarnykan di seorg yang sombong... kesian org2 ampang yang menilai kaca lebih baik dari permata... die menganggap org kampung tiada guna bagi ... dtg ke manik urai hanya untuk menunjuk muka... sedangkan di ampang saja byk benda perlu dilakukan... tak berubah pun... sudah2 la zuraida... pembela YB bogel... rasa yer penggal ini saja buat anda...

terima kasih tuan blog

a s a m said...

itu la Pembangkang..tak ikhlas dalam nak bersedekah..haram jadah betol..tapi betul jugak cakap rbf..kredit pada BN..gud gud

Singh Is Kinng said...

Salam Saudara Faizal,

Saya dapat tahu saudara berkampung di Manek Urai from Parpu.

Terima kasih atas berita yang disampaikan.

Wassalam.

Anonymous said...

wah wah wah. dahsyatnya perangai wb tu. kekeke

dahsyat jugak isu yg korang reka ni.

tahniahhhhh. dengan adanya isu macam ni, sure la nampaknya b end akan menang beso. muahaha