Saturday, July 11, 2009

MANEK URAI (3) BN MENANG MAJORITI 20 UNDI

Alhamdulillah kempen telah pun melabuhkan sayapnya tepat jam 12 malam tadi.

Kita sudah cuba yang terbaik,terserah kepada yang maha kuasa.

Kepada penyokong BN jangan terlalu mengharap sangat.

Sepertimana yang kita tahu MU adalah kubu kuat PAS. Kita bertanding disini sebagai underdog.

Kita sudah cuba yang terbaik. Jentera BN di MU juga adalah yang terbaik yang pernah saya temui setakat ini.

Kesimpulan yang boleh saya buat selama sepuluh hari disini adalah seperti berikut.

Jika jumlah pengundi melebihi 90 % yang keluar mengundi maka BN akan memang dengan majoriti 20-50 undi.

Tetapi....

Jika peratusan mengundi bawah daripada 90 % BN akan kalah dengan majoriti 50 - 200 undi.
Apa pun itu hanyalah ramalan saya. Keputusan muktamad akan diketahui lebih kurang jam 6.30 petang.

Insyaallah,saya akan cuba membawa keputusan secara langsung untuk setiap saluran di pusat-pusat mengundi bermula jam 5.30 petang.

Doakan yang terbaik buat BN dan jangan lupa simpan sedikit ruang untuk kekecewaan di dalam hati anda.

Jika keputusan esok tidak menyebelahi kita ,jangan terlalu cepat patah semangat. Kita cuba lagi. Ingat ! PAS tidak pernah berhenti mencuba dari dulu sampai sekarang.

Apa pun saya masih lagi menyimpan harapan untuk mengibar bendera BN dengan megahnya di kenderaan saya dari MU ke KL.Sudah lama bendera tersebut saya simpan di dalam bonet kenderaan saya bermula dari Permatang Pauh,Kuala Trengganu dan Bukit Gantang. Saya berharap kali ini saya tidak menyimpannya lagi.

Disini saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya rakam dan tidak sempat untuk dibuat posting sebelum ini. Masih banyak lagi gambar yang ada. Saya akan posting kemudian.




PAS PUN SUDAH PANDAI ANGKUT PENYOKONG DENGAN BAS SEKARANG. GAMBAR INI SAYA RAKAM DI TEMPAT BERKUMPUL PENYOKONG PAS PADA HARI PENAMAAN CALON MINGGU LEPAS












1 comment:

Anonymous said...

Demo buke sore... kawe nk bubuk dero dacing kt bonet keto kawe..