Thursday, April 16, 2009

KONG KALI KONG POLITIK PKR - 1

Semalam sepatutnya penyandang jawatan TKM 1 Pulau Pinang telah diumumkan. Tetapi Lim Guan Eng berkata terpaksa ditanggukan dulu kerana Anwar Ibrahim minta tempoh.

Apa yang saya nampak Adun-adun PKR Pulau Pinang yang ada sekarang tidak mungkin akan dilantik sebagai TKM 1.

Ramalan saya,Anwar Ibrahim akan memaksa Fairuz (adun penanti) meletak jawatan sebagai Adun bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan dengan tujuan semata-mata bagi memilih seorang TKM 1.

Anwar Ibrahim akan meletak Dr.Mansor Osman sebagai calon Dun Penanti dan sekiranya menang beliau akan dipilih sebagai TKM 1 Pulau Pinang.

Dr.Mansor adalah ahli MPT PKR dan pernah menjadi 'spare tyre' Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lalu.

Anwar menyuruh Dr.Mansor menyerahkan borang pencalonan sebagai calon bebas,kerana bimbang pencalonan beliau ditolak. Setelah tiada tanda-tanda pencalonan beliau ditolak,sebelum tamat tempoh bantahan Anwar mengarahkan Dr.Mansor menarik diri.

Sekiranya ramalan saya ini benar,maka duit negara kita akan habis melayan nafsu serakah politik hantu-hantu PKR ini. Kerana setiap Adun atau Ahli Parlimen yang meletak jawatan lebih daripada dua tahun sebelum tempoh penggal berakhir maka pilhanraya kecil terpaksa diadakan.


Sekali pilihanraya kecil belanja berjuta-juta perlu dihabiskan. Ini semua duit negara yang boleh digunakan untuk perkara-perkara lain tetapi terpaksa dihabiskan untuk melayan nafsu serakah politik puak-puak barua ini.

Langsung mereka tidak memikirkan nasib rakyat dalam ekonomi duniadan negara yang semakin merosot sekarang ini. Apa yang penting bagi mereka ialah nafsu serakah mereka dipenuhi dan berselindung serta berlakon disebalik nama rakyat.

Jika ini benar terjadi maka ianya akan menjadi tiga pilihanraya kecil yang diadakan kerana Ahli Parlimen dan Adun meletak jawatan.Semuanya daripada PKR. Permatang Pauh,Bukit Selambau dan Penanti.

Senario ini tidak pernah berlaku sebelum ini,tetapi ianya semakin menjadi-jadi bila si kitol ini mula memporak perandakan situasi politik negara kerana agenda peribadi beliau.


No comments: