Monday, April 13, 2009

TERIMA KEHENDAK QADA & QADAR


Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada rakan-rakan,kerana saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog selepas PRK Bukit Gantang.

Tidak kemaskini bukan tanda kecewa kerana kekalahan BN, tapi kerana saya ada banyak kerja yang tertunggak yang perlu disiapkan sepanjang peninggalan kerana berkampung di Bukit Gantang selama seminggu.

Kalau nak dikatakan langsung saya tiada perasaan sedih kerana kalah,bohonglah saya. Sedikit sebanyak mesti ada juga perasaan sedih. Saya mengaku dengan terus terang. Tak guna hipokrit.

Tetapi apa lagi yang nak dikatakan,bersedih dan menangis sehingga keluar air mata berdarah sekalipun tidak berguna lagi,kerana keputusan telah dibuat oleh rakyat Bukit Gantang. Maka kita terima saja keputusan itu.

Saya ada terima beberapa e mail dan komen yang memperli saya,kerana kekalahan BN. Saya terima seadanya.

Walaupun kami orang -orang UMNO yang sering dicop jahil oleh orang-orang PAS,tetapi kami terima kehendak Qada dan Qadar. Kami terima kekalahan kami dengan berlapang dada. Kami tidak menyalahkan orang lain. Kami tidak menyalahkan SPR,Polis dan lain-lain agensi. Kami tidak memprotes,kami tidak membuat huru-hara.

Itulah adat pertandingan.Ada yang kalah dan ada yang menang. Tetapi jika ditakdirkan Allah SWT, PAS yang kalah dalam PRK itu saya yakin seratus peratus malam itu juga Bukit Gantang akan huru hara dan sehingga kini pelbagai tohmahan,fitnah serta cemuhan yang dilemparkan terhadap Kerajaan.

Akhir kalam ,tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru. Dengan kemenangan itu maka lengkaplah sudah teori 3N daripada Perak di Dewan Rakyat (Parlimen).Ngeh,Nga,Nizar. Ketiga-tiga mereka juga adalah saudara sepupu. Nizar dan Ngeh sepupu di sebelah emak. Nga dan Ngeh juga adalah sepupu,tapi saya tidak pasti disebelah bapa atau emak mereka. Ini adalah realiti,bukan rekaan atau fantasi.

Sayonara Bukit Gantang...

Jumpa lagi di Penanti atau Bukit Lanjan atau kedua-duanya sekali...

2 comments:

Sahabat-Gunung said...

Assalammualaikum

Apa khabar bro. sesungguhnya saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka. Ini bermakna kita kena bekerja lebih kuat untuk PRU13 nanti.

Jangan sedih sangat, kita dah usaha.

Pembela Wira said...

takper kita dah usaha yang terbaik di bukit gantang....bermacam perkara kita korbankan.....untuk bersama di bukit gantang....INSYALLAH KEBENARAN ITU WUJUD....