Saturday, April 4, 2009

LUAHAN HATI V.SIVAKUMAR


Sebagai seorang blogger,sudah tentu kita bijak untuk mencari bahan-bahan berita panas yang BERFAKTA untuk disiarkan di blog.

Bukan menjadi perangai saya kutip berita tepi longkang,berita main tembak-tembak atau berita fitnah untuk diisi ke blog saya. bukan perangai saya juga pergi ambil gambar pejabat dan rumah orang tanpa usul periksa kemudian isikan dalam blog.

Lebih baik blog kita tidak ada artikel daripada kita buat cerita-cerita fitnah. Oleh yang demikian untuk mendapat bahan berita yang 'baik-baik' kita haruslah membuat kerja lebih sikit.Ada masanya kita kena jadi tukang sapu sampah tepi jalan,pandu teksi,koporat dan sebagainya.S emata-mata untuk mencari bahan berita yang benar.

Saya rasa matlamat ke bukit Gantang gagal jika saya tidak mendapat berita-berita ekslusif. Maka untuk mendapat berita-berita ekslusif ini saya memulakan langkah saya sejak jam lapan pagi semalam hingga jam sebelas malam tadi.

Untuk dapat cerita-cerita ini bukan senang wahai sahabat.Sekejap saya menjadi orang Pas,selepas itu PKR,selepas itu DAP pulak. Masuk tempat BN jadi Umno pulak.

Selepas puas meronda di Trong,Port Weld (Kuala Sepetang) dan Changkat Jering saya ke Bandar Taiping jam lima petang.Tujuan nak ke Taiping adalah hendak cari kedai dobi.Tapi lain pulak jadinya.Jeng ...jeng...jeng...

Semasa saya meronda di ketiga-tiga dun berkenaan sudah pelbagai cerita yang saya kutip daripada masyarakat setempat. Tetapi cerita-cerita adalah cerita-cerita biasa saja,yang selalu kita lihat di media masa blog-blog.

Semasa di sebuah kedai minum di bandar Taiping berkenalan dengan seorang insan yang bernama Mr.Krishna. Bermula daripada menyembang biasa hinggalah ke menyembang politik. Pada peringkat awalnya Mr.Krishna mengesyaki saya adalah SB. Tetapi saya menafikannya. Dan beliau percaya.

U parti mana ? tanya Krishna kepada saya. Lantas saya menjawab saya tidak berparti.Saya hanya datang untuk membuat kajian.

Uncle parti mana ? tanya saya pula kepada beliau. Beliau menjawab dulu beliau menyokong MIC,tetapi setelah kecewa dengan MIC kerana gagal membangunkan masyarakat india,beliau beralih arah kepada DAP lebih kurang lapan tahun yang lalu.

Kami terus menyembang,tapi saya rasa tak perlu saya jelaskan satu persatu disini kerana nanti terlalu panjang. Korek punya korek sudah masuk waktu maghrib.Lantas saya meminta izin daripada beliau untuk ke masjid sekejap.

selepas kembali daripada masjid beliau terus berkata kepada saya 'wah ! u banyak baik punya orang ya,ada sembahyang punya orang'.Lantas saya mengucap terima kasih kepada beliau.

Rezeki saya sudah sampai nampaknya.Berkat sembahyang maghrib berjamaah di masjid.,kami terus berbual. Jeng..jeng..jeng...tidak semena-mena Krishna memberitahu saya bahawasanya beliau adalah keluarga kepada V.Sivakumar,speaker dun perak. Alangkah terkejutnya saya mendengarnya.

Kejap Mr.Krishna,saya nak beli rokok dulu,cerita best ni,ucap saya kepada beliau. Tokey,Benson satu...

Krishna menyambung bicara,katanya Sivakumar dan keluarganya amat tertekan dengan situasi sekarang. Mereka terpaksa tunduk kepada kehendak Ngeh dan Nga (DAP) serta PAS. Beliau berkata apa yang terjadi di Perak sekarang bukan kehendaknya,tetapi semuanya diarah oleh Ngeh,Nga dan Pas. Mereka yang arahkan Siva buat segala keputusan untuk menekan BN Perak walaupun perkara itu mencemarkan reputasi Siva sebagai Speaker.

Siva terpaksa ikut segala kehendaknya kerana mereka telah mengupah samseng-samseng dan panglima jihad baju merah Pas untuk mengawal Sivakumar 24 jam. Mereka amat-amat bimbang jika Sivakumar tidak mengikut arahan mereka.

Krishna memberitahu ibarat remote control yang dikawal oleh Ngeh dan Nga. Maka terjawab sudah lah teka-teki selama ini.

Beliau memberitahu bagaimana diperingkat awal Sivakumar dilantik dulu,Ngeh dan Nga telah memberi pelbagai syarat kepada Sivakumar agar menurut kehendak mereka.

Hingga untuk membuat sebarang keputusan semasa persidangan Dun pun terpaksa dirujuk kepada Ngeh dan Nga.

Dalam dewan undangan negeri antara adun dan speaker mereka ada sejenis sistem untuk mereka berhubung dalam bentuk teks message.(saya tak pasti apa ke nama alat itu) Senang cerita ianya seolah-olah instant msg(YM).

Untuk bertanya siapa yang perlu berucap ,berapa lama masa dan sebagainya Sivakumar harus merujuk kepada Ngeh dan Nga.

Ayat please control,tutup mic,u must firm,bagi orang ni berucap pula,jangan bagi BN berucap,suruh dia berucap petang.Itulah antara arahan yang sering diarah oleh Ngeh dan Nga terhadap Sivakumar. Jika Siva ingin melanjutkan sedikit masa untuk wakil BN berucap harus dapat kebeneran Ngeh dan Nga dulu. Mereka akan kata NO.

Hingga ke satu tahap Ngeh mengarahkan supaya Sivakumar halang Adun Kubu Gajah berucap dan tutup mic beliau.

Tetapi sivakumar tidak boleh mengikut arahan mereka kerana ianya mengikut peraturan dan beliau takut menjadi isu lain kerana sidang tersebut disaksikan oleh para wartawan.

Hingga Nga terpaksa berkata kepada Sivakumar. Jika u tak mahu kawal ,saya akan tukar u.

Itulah gambaran sebenar cengkaman,kawalan,dan kuku besi Ngeh dan Nga terhadap Perak.

Banyak lagi dialog-dialog lain yang saya tahu tentang arahan-arahan mereka terhadap Sivakumar. Akan menyusul kemudian.

Kesimpulannya,kita tidak boleh menyalahkan Sivakumar seratus peratus.Beliau hanya sebagai alat sahaja. Beliau terpaksa melakukan semua ini. Musuh utama kita yang kita perlu lumpuhkan adalah Ngeh dan Nga.Lumpuh saja dua orang ini semua akan selesai. Mereka berdua ini dalang segala-galanya. Amat malang bagi pengundi bukit Gantang jika mereka mengundi boneka DAP,iaitu calon Pas. Undi anda kepada PAS samalah dengan anda memberi kuasa kepada DAP.


13 comments:

umno_tumpat said...

Boleh jadi..kita tidak boleh salahkan Nizar 100% dalam kes Isu Perak ni.. mugkin dia juga di kontrol oleh Ngeh Nga ini..

Anonymous said...

Aku setuju dengan tulisan anda. Bukan sahaja Sivakumar. Mungkin Si Nizar pun macam tu jugak.

Bagi saya, apa yg berlaku di Perak ada hikmahnya. Tapi yang saya sedih, orang-orang PAS masih diperbodohkan oleh DAP.

Anonymous said...

wuaa...
cayalah bro faisal..
xklusif gila la story nie..
gila tgk la bila cina dpt jadi memerintah..
amek ko..
itu baru satu negeri.. kalo negara..
lu pikir la sndiri..
aku nak dgr apa puak2 taksub jawab..
ko pak lebai.. tapi julang2 DAP..
bodo nye melayu taksub...

ayor lemuju said...

Saya tak percaya. Kalau semasa mereka mentadbir, memang betul. Tetapi setelah kehilangan kuasa tidak mungkin.

Sedingin Salju said...

Jadi kesimpulannya, Nizar juga di bawah cengkaman mereka. Tengok, inilah yang saya kata, saya takkan sokong bangsa saya yang jahat.

Anonymous said...

lu Memang terror cari berita bro.
Saya dah lama tau yang PAS ni memang parti samseng.pengikutnya memang fanatik betul macam dah kena rasuk.Tahniah kepada Cikgu Nik Ajis kerana dapat mendidik pengikutnya begitu. tengok saja apa yg berlaku kat staduim kote baru.Tapi janganlah kat sini saja.Kalau betul-betul ada goli pi tunjuk samseng kat Gaza bantu pelastin

Anonymous said...

Ayoyo aney Sivakumar, awak orang banyak kena tipu, PR ( DAP & PKR ) apapun tak buat untuk orang India di Perak dan Malaysia lah ! Jangan kena main oleh itu 2 beradik DAP tulah, lagi satu itu Awnar lah, orang India makin hari makin susahlah, kuasa sudah bagi sama dia orang tapi last apapun tak bikin kasi orang India, bangunlah aney !

parFUCKari said...

nih fakta ker auta...
macam reka sendiri jer...

Anonymous said...

saya harap kamu cuba bayangkan kalau gambar ISTERI kau tidur pakai sarung diletak atas header blog kamu.

Respect woman please!

I can't belive you are a Muslim putting such photo on your blog! You are a shame!

Anonymous said...

Did Allah teach you to do so on your blog header?

I believe all religious teaching people to behave well. You are such a shameful person and I believe your God won't fogive u when u sembahyang!

Such people like you are the one who make people bias on Islam coz u never behave urself!

Anonymous said...

kamu ada TIGA anak! apatah teladan anda?

Anak kamu: Ayah, saya nak letak gambar saya tidur atas blog.
Kamu: bagus bagus! blog ayah juga ada gambar orang lain tidur...

Anonymous said...

geli hati saya nampak awak letak gambar orang terhormat anda, Tun M dengan gambar orang tidur.....

Anonymous said...

tak guna punya org fitnah macamni pun berani ,tiada logik makaihai