Wednesday, April 29, 2009

MAAF ! MAAF ! MAAF !


Salam kepada semua.

Mohon maaf banyak-banyak kerana tidak berkesempatan update blog hari ini. Kerana saya terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. Kena beri perhatian juga kepada kerja kita sendiri,kerana itu punca pendapatan kita.

Saya bukannya jenis blogger yang kerja minta derma seringgit seorang dengan orang ramai, seperti blog tutttttt...... Kalau seperti itu blogging sepanjang hayat pun tak mengapa.

Minta derma dengan orang ramai,kemudian buat berita sampah dan berita fitnah. Bukan jenis saya begitu. Itu kerja orang haprak.

Terima kasih kepada yang memberi sokongan. Terutama kepada yang telefon,sms dan e mail kepada saya hari ini bertanya kenapa blog tidak diupdate. Tak sangka ya ramai juga peminat saya. Malulah saya jika begini,kerana tulisan saya bukannya baik sangat. Apa pun saya akan cuba memperbaiki dan menjadi antara yang terbaik.

Terima kasih juga kepada Datuk H di utara tanahair yang sering mengikuti blog saya.

Terima kasih juga kepada Nizar,Ngeh,Nga dan Misbahul Munir kerana turut sama melayari blog saya.

Saya akan kembali esok dengan berita panassss lagi.

No comments: