Wednesday, April 22, 2009


Terima kasih kepada Malaysiakini kerana telah bagi promo percuma kepada blog saya. klik sini Tapi rasanya ada sedikit ketidakadilan disini,kerana malaysiakini ambil secara percuma daripada blog saya,tetapi pembaca malaysiakini kena bayar untuk melihatnya. Bagilah sedikit royalti . Boleh tak ?

Ada komen-komen yang masuk yang menghentam saya kononnya saya mainkan isu perkauman . Terima kasih kepada pengirim komen tersebut. Saya terima seadanya pandangan,pendapat dan nasihat anda.Yang baik saya jadikan teladan,yang buruk saya jadikan iktibar. Saya juga manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Penjelasan saya. Bukan saya anti dengan semua kaum cina, saya sayang semua rakyat Malaysia,tetapi saya meluat kepada segelintir sahaja.

Saya anti kepada yang terlalu 'over' seperti Ngeh,Nga ,Jeff Oii dan seorang dua lagi. Saya tidak anti kepada Lim Guan Eng,Tan Seng Giaw,Fong Koo Puan,Ong Tee Keat, Koh Tsu Koon, Ng Yen Yen, Tan Lian Hoe dan yang lain-lain.

Buat apa kita mahu gaduh-gaduh ,kita semua orang Malaysia,kita semua mahu cari makan,susah,senang,sakit demam dan mati di bumi Malaysia. Kadangkala saya hanya geram dengan segelintir sahaja.

Saya tidak mahu bergaduh,saya mahu hidup aman damai dibumi Malaysia seperti mana konsep One Malaysia yang diperkenalkan oleh PM. Tapi kita kena saling bertolak ansur,melayu hormat cina. Cina hormat melayu, india hormat melayu. Melayu hormat india dan kita patuh kepada perlembagaan Malaysia.

Sekiranya saya telah membuat salah di artikel saya itu,maka saya bersedia diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa kerana saya melanggar undang-undang negara.

Saya rasa tidak menjadi masalah jika saya memulangkan sebiji dua paku buah keras kepada golongan-golongan yang 'over' itu,kerana mereka juga telah menghina raja-raja melayu.

Seperti contoh Jeff Oii kata tunjuk jari tengah kepada Sultan Perak,apakah anda rasa orang melayu tidak marah. Orang cina pun patut marah sama,kerana Sultan itu bukan milik orang melayu sahaja. Milik semua rakyat Malaysia. Milik orang cina juga.

Sama-samalah kita bangunkan negara kita ini. Salam penuh kasih sayang kepada semua rakyat Malaysia.





4 comments:

Parpu Kari said...

INILAH MASALAHNYA BRO! MEREKA BOLEH HANTAM SESIAPA MEREKA SUKA, TAPI KITA TAK BOLEH KRITIK MEREKA SEDIKIT PUN! DIMANA DEMOKRASINYA? TAKKAN LA MEREKA BUAT SALAH PUN KITA KENA DOK DIAM JE? SABAR LA BRO! MKINI MEMANG AMBIL ARTIKEL ORANG TAPI TAK PERNAH NAK BAGI ROYALITI. HE HE HE

nalapambu said...

Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

sarjanhn said...

Bro!

Ulasan yang tepat!!

Mohon Izin Copy paste sebahagian citer ni kat blog saya?.

Anonymous said...

teruskan usaha...anda hebat....