Thursday, November 12, 2009

NIZAR KKK !!! KENAPA PENAJA PILIH NIK AZIZ

Gambar hiasan

Harga pakej Haji VVIP yang ditaja untuk Nik Aziz adalah RM 65ooo.00. Harganya sama seperti pakej untuk menantu beliau dan isterinya yang juga anak Nik Aziz. Untuk menantu dan isteri RM 65000.00 seorang x 2 orang = RM 130,000.00. Wow,kayanya menantu Nik Aziz !

Kenapa harga mereka sama ? Pelik tak ? Mungkinkah ketiga-tiga mereka ditaja oleh orang yang sama ? Walahualam..

Pas Kelantan mempertahankan tindakan penaja tersebut ,katanya sudah menjadi amalan orang Kelantan menaja tok-tok guru pergi ke Mekah.

Di Kelantan bukan ratusan ada tok-tok guru,malah ribu-ribuan.Ada tok guru mengaji Quran dan tok guru pondok.

Kenapa si penaja tak menaja ribuan lagi tok-tok guru lain yang tidak pernah menunaikan Haji sepanjang hayat mereka. Kenapa dia pilih Nik Aziz ?

Nik Aziz sudah berkali-kali menunaikan Haji. Sedangkan dalam Islam kita diminta sekurang-kurangnya sekali seumur hidup untuk menunaikan Haji. Tidak perlu berkali-kali. Kalau ada duit lebih adalah lebih afdal diberi kepada orang yang tidak mampu untuk menunaikan Haji pergi ke Mekah. Pahalanya lebih banyak. Lagi pun kuota negara kita yang terhad,maka lebih baik diberi kepada orang yang baru kali pertama ke Mekah. Nik Aziz yang dah berkali,tidak perlu nak menyibuk,beri peluang kepada yang tak pernah pergi terlebih dahulu. Kan lebih afdal begitu.

Pakej VVIP Nik Aziz RM 65,000.00 jika diberi kepada tok-tok guru lain dengan pakej biasa mungkin boleh bawa 5-6 orang mereka ke Mekah.

Sebagai seorang yang sering mengatakan beliau bersikap sederhana dan merendah diri mengapa Nik Aziz setuju terima tawaran pakej VVIP. Sepatutnya Nik Aziz tolak dan ambil pakej biasa sahaja. Apabila bercakap beliau sering berkata Nabi buat begitu,buat begini. Adakah Nabi ambil pakej VVIP semasa menunaikan Haji ?

Nik Aziz samakan penaja pakej Haji beliau dengan orang yang mengambil selipar beliau. Maknanya penaja ini juga syirik,kerana percaya menaja Nik Aziz pergi ke Mekah boleh dapat berkat seperti mana orang yang mengambil selipar beliau untuk mendapat berkat.

Penaja tidak akan menaja buta-buta ,jika tiada agenda tersembunyi di masa lepas-lepas atau masa akan datang. Ada ubi ada batas.

Nik Aziz perlu jujur kepada rakyat Kelantan,beliau perlu memberitahu siapa yang menaja beliau. agar rakyat tahu siapa dia.

5 comments:

Anonymous said...

Dah lama rupanya org tua tu buat kerja begini.

Rosak mertua kerana menantu!!

Anonymous said...

...kalau timbul sesuatu isu keatas diri dia atau penyokong dia, TGNA terus buat rujukan kapada apa yang Nabi buat..adakah Nabi juga naik haji pakai pakej VVIP ???? adakah Nabi juga pernah orang ambil selipar untuk ambil berkat ????

I'm sorry...saja nak tanya...

hj bakhil

Anonymous said...

Saya teringat arwah ibu bapa saya dikampung dan terpaksa menabung dengan Tabung Haji selama 30 tahun.

selama 30 tahun menabung pun tak cukup. anak anak tambah supaya dapat menunaikan ibadah haji.

Syukur ..alhamdullilah.

Bertuahnya nama saperti Nik Aziz. Dah berpuluh puluh kali pergi menunaikan ibadah haji dan masih ramai lagi yang nak menaja nik ajis untuk pergi tahun ini.

Siap buat press conference lagi menyatakan kalau nak pergi Mekah untuk tunaikan haji ..no problem..!!!! ada penaja ..!!!!

Ustaz aku kata: kalau kita riak dan tabur, apabila kita mati, kita dibelit anaconda dalam kubur...

wallahhuallam

Anonymous said...

Masaallah..apa dah jadi ni.
eloklah pak jis jgn gi mekah..
klu kioq kat sana..nanti org PAS
kata comfirm pak ajis masuk surga..
Ya pak ajis..klu kau sesat sorang takpe..ni rakyat pun turut sesat camne.Jgn terlalu angkuh dan bodoh..ingat iblis lagi hebat amalan sehingga jadi penghulu kepada malaikat..kerana angkuh..dilaknat..mudah2an pak ajis insaf sebelum terlambat.

Anonymous said...

bro faisal.. bertaubat la sblm terlambat.. yg ko hina sgt nik aziz tu kenapa.. ada jgk manusia cm ko ni dunia..