Thursday, November 12, 2009

NIZAR KKK - SI DAJAL MENDAJALKAN NIK AZIZ

Pembantu ayahanda
Pembantu ayahanda,nama tidak perlu diperkenalkan lagi.

Dua ekor di atas inilah yang menjadi serangga pemusnah kepada Nik Aziz. Jerangkap samar yang dipasang oleh mereka berdua sudah hampir mengena Nik Aziz. Tapi tak tahu lagi samada jerangkap itu akan kena pada Nik Aziz atau akan makan tuan sendiri.

Inilah yang pernah dikatakan oleh anak Nik Aziz ,Nik Adli beberapa bulan lepas iaitu pembantu ayahanda.

Usaha terancang yang dilakukan oleh mereka berdua adalah dengan tujuan mencalarkan imej Nik Aziz dan dengan harapan dajal yang gambar di bahagian bawah akan dipilih sebagai MB.

Perkara ini mula dirancang beberapa tahun lepas. Siapa yang bersungguh-sungguh untuk meletak menantu Nik Aziz di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ? Tak lain tak bukan ialah dajal yang di gambar nombor dua. Manakala yang di gambar nombor satu pula mencari nas-nas untuk dibaca oleh Nik Aziz yang mengatakan Islam benarkan kroni.

Jika kita lihat apa yang berlaku sehari dua ini ,sudah terang lagi bersuluh penglibatan dajal tersebut untuk mencalarkan imej Nik Aziz.

Siapa dia Kickdefella ?

Dia adalah budak peliharaan dajal yang saya maksudkan. Kerjanya di PMBK,tetapi banyak masanya dihabiskan untuk berblog dan di pejabat dajal tersebut. Gaji ribuan ringgit sebulan,punch card kosong. Kerja di Kota Bharu, tinggal di KL. Bukankah ini semua mengkhianati wang rakyat seperti mana yang sering dilaungkan oleh PAS. Berikut adalah antara komen yang saya petik dari sebuah blog yang pro PAS.Rujuk di sini

1) Bukan isu menzalimi kickdefella tapi isu tak datang kerja dan tak buat kerja untuk PMBK.

Semua di Kelantan maklum bahawa kickdefella (KD) bekerja dengan Husam bukannya dengan dengan PMBK hatta beberapa beberpa orang excopun beranggapan KD bekerja dengan Husam kerana tempatnya hari-hari di pejabat Husam bukannya di PMBK.Sehinggalah tersebarnya berita pemecatannya kelmarin oleh PMBK barulah kita maklum rupanya KD bekerja dengan PMBK.Betulkah KD bekerja di PMBK kerana PMBK mengatakan KD tak pernah pun datang pejabatnya untuk bekerja selama tiga tahun ini.Tak pernahpun mohon MC dengan PMBK.Tak pernahpun mohon untuk ke mana-mana dengan PMBK.TAPI PELIK mengapa pula PMBK yang membayar gaji bulanannya walaupun KD tak pernah pun bekerja di pejabatnya.

Siapa sebenarnya yang membawa masuk KD ke PMBK pada 3 April 2007.Untuk kepentingan siapa KD di bawa masuk ke PMBK.Dengan siapa sebenarnya KD bekerja bermula dari tarikh tersebut.Setakat yang kita maklum tidak pernahpun KD datang bekerja di bilik yang disediakan untuknya di PMBK.Atau mungkin di sana ada benda lain yang cuba disembunyikan oleh kedua-dua belah pihak dari diketahui umum.Atau kepentingan dan kekuasaan seseorang (Exco) ke atas PMBK selama ini sudah terhakis sekarang dengan kuasa CEO yang baru sehingga orang-orang pentingnya di dalam PMBK di cabut keluar seorang demi seorang.

Harap-harap jangan tibai balak di atas nama PMBK sudah . yang lepas tu lepaslah, jangan lah pakat-pakat nak ungkit dan menuduh yang itu dan yang ini pula.Bukan apa,takut-takut yang tak sepatutnya keluar akan keluar.Lagi jahanammmm

2) bukan soal menzalimi sheikh tapi pasal dia tak datang kerja bertahun lamanya.Tak kan pmbk nak bayar gaji pada orang yang tak buat kerja.pejabatpun tak masuk.pergi ke hulu ke hilir buat kerja lain.ini namanya makan gaji buta, Allah marah kalau kita menjahanamkan duit rakyat bagi gaji pada orang yang tak datang kerja dan tak buat kerja.Sila rujuk pada pentadbiran pmbk sendiri untuk pastikan punca pemecatannya.

Kickdefella tidak akan berani membuat kenyataan mencabar menantu Nik Aziz meletak jawatan di PMBK atau beliau akan membongkarkan penyelewengan menantu Nik Aziz jika tidak mendapat lampu hijau dari dajal tersebut. Dajal tersebut bos dia,jadi apa-apa yang beliau hendak buat dia mesti beritahu dajal tersebut terlebih dahulu. Kalau benar-benar dajal tersebut tiada niat hendak memalukan Nik Aziz atau niat tersembunyi,maka beliau tidak akan benarkan kickdefella membuat kenyataan sedemikan. Semuanya ada udang di sebalik batu.

Kita semua boleh mengukurnya melalui blog dia. Kebanyakan yang ditulis di blog dia ada kaitan dengan dajal tersebut. Royalti minyak,kenyataan media si dajal,pemilihan jawatan Timb Presiden PAS dan lain-lain lagi. Anda rujuklah balik blog dia. Maaf ,saya tak boleh letak link dia disini nanti blog saya kena virus.

Dajal tersebut yang berusaha meletak menantu Nik Aziz di PMBK ,kemudian dia masukan pula mamat kickdefella. Selepas itu menantu Nik Aziz pula diumpan dengan habuan-habuan yang lumayan supaya kelabu mata,manakala budak suruhan beliau pula memainkan peranan belakang tabir. Sampai masanya ianya meletup, imej Nik Aziz tercalar. Inilah dia perangkap halus yang dipasang oleh dajal tersebut untuk mengenakan Nik Aziz sehingga dia meletak jawatan sebagai MB. Jangan lupa yang di gambar nombor satu pun tidak kurang hebat juga memainkan peranan menjatuhkan Nik Aziz.

Nasib yang menimpa Nik Aziz sekarang lebih kurang sama dengan yang menimpa Dr.Mahathir di tahun 97/98 yang lalu. Mereka sama dicucuk oleh orang yang dibawah mereka,tetapi berlakon baik depan mereka.

Bukan niat saya nak membela Nik Aziz pula,pada saya lagi cepat Nik Aziz dan PAS layu lagi bagus. Cuma saya nak memberitahu kepada anda sebuah parti yang katanya Islam tetapi permainan politik mereka mengalahkan jin tanah.

Kepada Tok Guru Nik Aziz,benar ulama pewaris Nabi, tapi ulama bukan Nabi. Ulama pun boleh kena tipu dengan anak buah sendiri. Ulama pun bernafsu juga. Menantu ulama pun bernafsu juga. Besar mana serban,berapa labuh jubah sekali pun ,nafsu tetap nafsu, duit tetap duit.

Anda boleh rujuk link dibawah untuk melihat antara kes yang melibatkan menantu 'ulama' tersohor di negara kita sekarang terutamanya di Kelantan. Rujuk di sini

Akhir kalam,PAS sekarang ibarat pokok yang sedang layu menunggu masa untuk reput. Selamat tinggal PAS. Hi Hi Bye Bye....

Ikuti ulasan Agenda Daily di sini

3 comments:

AloQStaQ said...

Bravo RBF!
Satu penerangan yang lengkap. Sapa tak paham lagi, memang dungu la.

Media Cyber said...

oo .. bukan sebab KD ni repot PMBK ni ke SPRM la? bagus2... rupa2nya dia sendiri yang bermasalah.. pekerja yang bermasalah.. kahkahkah!

Selepas penang? Selangor pun rampas tanah rakyat. http://unitmediasiber.blogspot.com/2009/11/selepas-penang-selangor-juga-mahu.html

Anonymous said...

Dh puas saudra brbcra dlm bl0g? Tiada yg prlu dbhas,tiada prlu sy mgutk saudra..ckuplah sm0ga saudra mndpt hdyah Allah