Monday, June 6, 2011

Dun Pulau Pinang Akan Dibubarkan Julai 2011 ?

Tiga tahun lepas saya pernah memberitahu rakan-rakan saya bahawa saya yakin negeri-negeri yang diperintah oleh PKR , Pas serta DAP tidak akan membubarkan Dun negeri-negeri mereka sekiranya BN membubarkan Parlimen dan Dun di negeri-negeri yang diperintah BN.

Kuasa bubarkan Dun bukan kuasa pusat, ianya kuasa MB atau KM di setiap negeri. Cuma selama ini ianya menjadi amalan, jika PM bubarkan parlimen maka MB atau KM akan bubarkan Dun serentak kecuali Sabah dan Sarawak (dulu) dan sekarang Sarawak sahaja.

Cakap-cakap di sebelah pihak Pas, PKR dan DAP sekarang ini mengatakan PRU 13 akan diadakan pada bulan Julai dan ada yang kata pada bulan September. Baru-baru ini Lim Guan Eng berkata jika PM bubarkan parlimen pada tahun ini , mereka tidak akan turut serta bubarkan Dun. Khalid Ibrahim juga pernah berkata begitu. Anwar Ibrahim juga berkali-kali keluar kenyataan termasuk dalam tempoh terdekat menyatakan keyakinannya bahawa p/raya akan diadakan dalam masa terdekat.

Kenapa Mat Sabu memilih bulan Julai untuk mengadakan demo BERSIH ? . Pada saya itu semua adalah perangkap. Nanti saya terangkan di bawah.Harus diingat Mat Sabu dan Guan Eng bagai isi dengan kuku

Bagaimana puak-puak sebelah sana boleh mengetahui PRU 13 akan diadakan pada bulan Julai atau September sedangkan PM tidak pernah beri isyarat seperti itu. Adakah mereka menghantar sejenis makhluk yang boleh membaca hati PM ?

Kedudukan hari ini ramai di antara pemimpin-pemimpin atau penyokong-penyokong BN beranggapan negeri-negeri yang diperintah oleh PKR , Pas dan DAP akan membubarkan Dun mereka selepas BN membubarkan parlimen dan Dun negeri-negeri yang diperintah BN dan selepas p/raya berkenaan selesai. Senang cerita, orang-orang BN jangka mereka akan bubarkan Dun lambat lagi, tiba-tiba mereka yang bubarkan dulu.

Dengan beberapa perkembangan muktahir ini dan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan mereka saya merasakan negeri-negeri yang diperintah oleh mereka akan membubarkan Dun sebelum PM membubarkan parlimen. Jika ini benar-benar berlaku, maka sudah pasti ianya satu kejutan yang besar kepada BN. Saya yakin dan saya pasti BN benar-benar tidak bersedia lagi pada waktu itu.

Saya jangkakan ada dua kemungkinan.

Pertama, mereka akan bubarkan serentak DUN Kelantan, Selangor, P.Pinang dan Kedah.

Kedua, mereka akan bubarkan secara berasingan dan akan bermula di P.Pinang.

Saya lebih merasakan mereka akan guna cara kedua.

Jika cara kedua digunakan, saya jangkakan mereka akan bubarkan DUN P.Pinang terlebih dahulu kerana mereka yakin dapat mengekalkan P.Pinang. Mereka akan gunakan cara sebagaimana mereka buat gelombang dalam PRN Sarawak baru-baru ini. Semua jentera dari seluruh negara akan dikerahkan ke P.Pinang untuk memastikan kemenangan bergaya.

Selepas P.Pinang mereka akan bubarkan DUN Kelantan pula. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika DUN Kelantan dibubarkan disaat-saat Tok Pa sedang sibuk dengan lawatan ke luar negara dan di saat-saat pasukan gelombang merah mereka masih terkial-kial mencari rentak. Jawabnya terlepas lagilah Kelantan.

Semangat kemenangan bergaya di P.Pinang akan dibawa ke Kelantan. Semangat kemenangan Kelantan pula akan dibawa ke Selangor dan seterusnya ke Kedah. Mereka bentuk gelombang-gelombang di negeri-negeri berkenaan terlebih dahulu, supaya keadaan mereka menjadi kuat, dan apabila PM bubarkan parlimen dan p/raya diadakan sudah pasti gelombang-gelombang dari negeri-negeri berkenaan akan membadai BN di seluruh negara dalam PRU berkenaan.

Apabila melihat kemenangan demi kemenangan yang mereka dapat kemudian mereka bakar pula semangat rakyat dengan berkobar-kobar untuk menumbangkan BN, maka tidak mustahil negara ini akan terlepas kepada mereka dalam PRU akan datang jika BN tidak bersiap sedia dengan segera.

Mereka akan mulakan dulu dengan perhimpunan BERSIH untuk membakar semangat kemarahan orang ramai. Selepas itu barulah mereka akan adakan p/raya di negeri-negeri mereka.

Adakah BN telah bersedia sekarang , sekiranya tiba-tiba bulan depan Lim Guan Eng bubar Dun P.Pinang atau Khalid Ibrahim bubar Dun Selangor ? Saya yakin tidak...

Ini kerana mereka beranggapan negeri-negeri berkenaan akan bubarkan Dun selepas PRU 13 selesai atau pun mereka beranggapan Dun-Dun negeri berkenaan akan dibubarkan serentak dengan BN.

Ingat kepada kata-kata Guan Eng minggu lepas yang mereka tidak akan membubarkan Dun sekiranya BN membubarkan parlimen tahun ini. Itu semua perangkap. Dia cuba gambarkan yang dia akan bubarkan Dun selepas PRU 13. Dia hendak selesakan BN, tiba-tiba dia umum bubarkan Dun, terkejut BN dibuatnya.

Semasa PRU lepas, Guan Eng berkata DAP tidak boleh lawan BN untuk tawan P.Pinang, mereka hanya sekadar hendak mengurangkan majoriti BN. Maka pemimpin-pemimpin BN P.Pinang pun selesa dengan kata-kata itu. Keluar keputusan, terduduk Tsu Koon dan Pak Lah ditolak DAP.

Begitu juga dengan kata-kata Anwar Ibrahim yang sudah beberapa kali diungkapkannya bahawa p/raya akan diadakan pada tahun ini. Kalau tidak ada udang di sebalik batu dia tidak akan berkata begitu. Orang BN buat endah tak endah sahaja dengan kata-kata itu kerana bagi mereka kata-kata Datuk Seri Najib lebih penting. Bagi orang-orang mereka pula, mereka mengambil berat apa yang dikatakan Anwar. Anwar tak boleh dan tak mampu nak beritahu seorang demi seorang pengikut-pengikutnya apa rancangannya kerana bimbang muslihat mereka diketahui musuh. Maka dia beritahu secara umum dan dia gambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib akan adakan p/raya dalam tahun ini. Tiba-tiba mereka yang bubarkan Dun negeri-negeri mereka terlebih dahulu.

Orang-orang BN perlu memperbetulkan fikiran mereka dengan menganggap mereka tahu bila p/raya sepertimana yang lepas-lepas. Zaman telah berubah sekarang, buangkan rasa selesa tersebut. Kerja mesti kuat dan sentiasa kena berada dalam keadaan siap sedia untuk p/raya sepertimana anggota bomba bersedia menunggu panggilan kecemasan. Orang-orang BN sekarang harus simpan dalam fikiran mereka, esok p/raya. Bukannya terus menerus berkata lambat lagi.

Jangkaan saya pada bulan Julai ini salah satu Dun di negeri-negeri yang diperintah mereka akan dibubarkan dan saya jangkakan P.Pinang akan melakukannya terlebih dahulu. Jika tidak P.Pinang mungkin Kelantan. Mereka tidak berani mulakan di Selangor atau Kedah. Selangor dan Kedah akan menumpang 'berkat' daripada P.Pinang dan Kelantan.

14 comments:

Pejuang Bangsa said...

setuju dgn pandangan RBF ..

Guan Eng seorang yg licik dan beliau mampu buat keputusan spt ini yg akan mengejutkan BN

apapun barisan blogger Penang sudah bersedai gempur !! Cuma UMNO dan BN saja yg maih terkial2 lg

Anonymous said...

orang2 BN masih leka. puak2 UMNO hurara tak tentu kira, MCA dan Gerakan buat2 tak perasan pulak. habis laaaa. dalam PRU13 terlalu banyak perangkap yang memerangkap BN. sudah bersediakah BN? perangkap dan jerat, sepandok dan pelandok. hehe.. jerat takkan lupakan pelandok.

atas pagar said...

pandangan yg bernas.
memang tidak mustahil apa yg saudara katakan.
tapi bukankah itu semua hanya akan menyebabkan pembaziran? jika itu berlaku, kerajaan boleh tempelak barisan pembangkang yg kononnya melaung2kan penjimatan/kebajikan tapi sanggup membuang wang yg byk utk pilihanraya berbeza semata2 kerana kuasa politik.
org2 atas pagar spt saya akan ambilkira faktor2 spt itu. bukan hanya keperibadian calon..

KOMANDO SIBER said...

saya bersetuju hampir semua pandangan tuan rbf, tetapi pada telahan saya, rentak yang akan dimainkan ialah Pulau Pinang, Kelantan,kedah dan selangor bukanya Penang, kelantan, kedah dan selangor. Ini kerana di selangor seakan-akan akan terlepas dari pr manakala kedah pula 50-50 bagi pr mengikut pengamatan semasa saya yang berada di kedah ini. saya berpendapat selangor pr akan bubar akhir dari pada 4 negeri pr yang lain jikalau teori tuan rbf tepat kerana kemenangan di 2 negeri pr akan menutup kelemahan kekalahan di selangor kelak.

Anonymous said...

bn yg akan buat kejutan parlimen dibubarkan sebelum bersih buat demo ... sauk la bhai

Anonymous said...

Kalo diorg bt camtu bkn ke lagi menyenangkan BN ke? At least BN bole menumpu semue jenyere jugak kat negeri2 tuh! So adakah PR akan buat langkah yg macam tuh pon masih soklan sebab nampak mcm lagi merugikan diorg je..

Anonymous said...

Analisa yang kritis. Paling penting peflu dlm siap siaga. Nak Menang ke terus kalah.

Anonymous said...

Andaian yg kreatif, cumanya; sekalipun UBN masih lena lagik; tindak-tanduk & sontot-sondol KERA2jaan PR di 4 negri2 tuh (kecuali Klate) adakah menyenangkan pengundi2 di 3 negri2 tersebut?

Pernah terjadi di Ganu bila Aji Adi jadi MB sepenggal, pah tuh oang2 Ganu penggal jawatan Aji Adi; UBN Ganu masih lagik carca marba sampai pesuk tapi pengundi2 Ganu NAMPAK apa yg KERJAan UBN bawak & apa yg KERAjaan amPAS wat.

Anonymous said...

Pilihanraya Jawatan kuasa Masjid di Pulau Pinang pada bulan JUN ini yang belum pernah diadakan sebelum ini mungkin menjadi sebahagian kayu pengukur kepada PasDAP untuk pembubaran tersebut.

hikayat said...

Dorg takkan berani. Pilihanraya 2013. Watpe nak wat awal2. Kalau dorg kalah kan susah, ingat dorg pun x takut ke. Baik sebat dulu segala harte negeri sementara masih jd mb dan berkuasa ni.

Anonymous said...

Pas Dap Pkr etap akan menang dl PRU13....Umno kalah terukkkk.

matkilau said...

saya blogger baru atau pelapis sedia gempur bersama-sama otai dr penang.ternyata jika parti yang belum bersedia menghadapinya pasti akan tenggelam punca.lepas dah kalah pasti akan ada yang dipersalahkan.

Anonymous said...

anon 7:13

Agak agak lu, lu boleh dapat jadi calon PR tak?

Agak agak kalau BN kalah macamana agak agaknya rupa negara Malaysia nanti? Boleh tak berikan pandangan sedikit, sebab gua pun teragak nak undi PR ni !!! Tolong jelaskan ya!!! Tapi janganlah merapu rapu , tolong ya yang !!!!

Anonymous said...

to anon 8.00pm...
Aku nak jadi calon le ...jgn le dengki pulak...Malaysia akanlebih aman, maju dan selamat....tapi video lucah tak boleh tayang mcm zaman umno berkuasa....bengong punya org.PR pasti menang bila DSAI masuk jel....