Monday, June 6, 2011

Peguam Negara Telah Hilang Etika dan Intergritinya ?

Datuk Shamsuddin Hayroni (kanan, baju lengan panjang)

Tanggal 06 Disember 2010 iaitu hari isnin, sekitar jam 9 pagi kita dikejutkan dengan berita mantan MB Selangor, Dr Mohd Khir Toyo didakwa di mahkamah kerana membeli sebuah rumah di Shah Alam di bawah harga pasaran.

Turut sama di dakwa bersama-sama beliau adalah seorang ahli perniagaan ,Datuk Shamsuddin Hayroni, kerana dituduh bersubahat.

Peguam Negara, Tan Sri Haji Abdul Gani Patail , turun sendiri ke mahkamah untuk mendakwa mereka berdua.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Berita Harian pada tanggal 09 Disember 2010 , Peguam Negara telah berkata kes berkenaan serius kerana beliau sendiri yang melakukan pendakwaan. Untuk membuktikan lagi kes itu benar-benar serius beliau telah mencadangkan kepada mahkamah agar menetapkan wang jaminan sebanyak RM 1 juta seorang kepada mereka berdua. (Dr Khir RM 1 juta, Datuk Shamsuddin RM 1 juta)

Mahkamah mempertimbangkan rayuan kedua-dua tertuduh dan menetapkan jaminan sebanyak RM 750 ribu seorang.

Angka itu boleh dikatakan masih cukup tinggi dan apabila angka tinggi ianya menggambarkan keseriusan kes berkenaan.

Kita lihat kembali apa yang dikatakan oleh Peguam Negara pada masa itu,
Ini (pendakwaan) bukan sandiwara, pasukan pendakwaan sudah ada bukti mencukupi dan kukuh bagi menyokong kes kita terhadap Dr Mohamad Khir. Takkan saya sendiri mengetuai pendakwaan jika proses ini hanya untuk mengabui mata rakyat kerana ini juga membabitkan etika dan integriti saya.

"Lihat saja kadar jaminan RM1 juta yang saya cadangkan. Rakan sekerja saya sendiri terkejut," katanya sambil menegaskan banyak lagi pendedahan akan dilakukan sepanjang perbicaraan itu.

Berita Harian
Kini setelah enam bulan pendakwaan berlalu, maka tibalah hari perbicaraannya pada hari ini. Apabila mahkamah mula bersidang, pihak pendakwaraya memberitahu mahkamah bahawa pihaknya menarik balik tuduhan ke atas Datuk Shamsuddin tanpa memberitahu sebabnya, tetapi meneruskan pertuduhan ke atas Dr Khir.

Permainan apakah ini ?

Di manakah kata-kata Peguam Negara enam bulan lepas yang mengatakan kes berkenaan serius, cukup bukti dan bukti kukuh sehingga mendorong kepada mahkamah mengenakan jaminan yang tinggi terhadap Datuk Shamsuddin dan Dr Khir ?

Selepas enam bulan dan tiba hari perbicaraan kes yang dikatakan serius, cukup bukti dan bukti kukuh itu ditarik balik dengan begitu mudah sekali.

Enam bulan lepas Peguam Negara berkata kes berkenaan membabitkan etika dan intergritinya.

Hari ini dimanakah etika dan intergriti Peguam Negara apabila tertuduh yang beliau sendiri dakwa dibebaskan sebelum perbicaraan berjalan ?

Sekali lihat seperti kartun pula. Mereka sendiri yang dakwa, mereka yang kata bukti mencukupi, tiba-tiba mereka juga yang bebaskan sebelum perbicaraan.

Adakah tertuduh yang dibebaskan itu akan ditukar menjadi saksi kepada pihak pendakwaan ?

Adakah telah berlaku tawar-menawar antara tertuduh dengan pendakwaraya dengan syarat beliau sanggup menjadi saksi utama kepada pihak pendakwa ?

Jika dilihat kepada perkembangan yang berlaku di mahkamah hari ini nampak seperti ada benda pelik.

Atas sebab apakah kehadiran Datuk Shamsuddin serta peguam-peguamnya di mahkamah hari ini diiringi oleh beberapa orang pengawal keselamatan ? Pelik tak ?

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang sentiasa menyanjungi undang-undang saya berharap apa yang berlaku hari ini tidak menimbulkan keraguan masyarakat terhadap sistem undang-undang negara kita.

Itu sekadar harapan, semuanya terpulang kepada masyarakat yang menilainya. Jika ditanya kepada saya apa pandangan saya terhadap kes ini ?

Saya hanya boleh berpandangan seperti berikut, "saya merasakan walau apa cara sekali pun pihak pendakwaan ingin memastikan Khir Toyo disabitkan kesalahan dan perlu dihantar ke penjara".

Itu yang saya nampak, saya tidak memaksa anda nampak seperti mana yang saya nampak.

Jika anda tanya saya pula, apa pandangan saya terhadap Peguam Negara hari ini ?

Saya hanya boleh berpandangan seperti berikut, "Peguam Negara telah hilang etika dan intergitinya".

Ini kerana selepas Peguam Negara mendakwa tertuduh berkenaan beliau berkata perkara itu membabitkan etika dan intergritinya. Tiba-tiba hari ini pihak pendakwaan sendiri menarik balik tuduhan ke atas orang yang mereka dakwa. Maknanya beliau sendiri yang menghilang etika dan intergritinya. Bukannya orang lain.

Itu pandangan saya. Saya tidak minta anda semua berpandangan seperti saya.

17 comments:

karimbujang said...

Tahniah rbf online,
Kini terbukti anda adalah blogger yang ikhlas dan berani. Kebenaran adalah tunjang kepada kejayaan perjuangan kita. Terima kasih

dinadam said...

rbf online,

Anda benar-benar hebat. Inilah pejuang rakyat sebenarnya. Semoga ALLAH merestui segala keikhlasan perjuangan anda.

Anonymous said...

nak tuduh datuk samsuddin bersubahat agak susah sket sebab dia saksi utama dalam kes ni. dia yg jual tanah separuh harga ke khir toyo. memang tak salah jual sepruh harga tapi datuk samsuddin sendiri ada kepentingan di negeri slgor. sudah tentu dia mau berbaik2 dgn khir toyo. tapi peguam negara yg berintegriti mereka lihat kepentingan negara lebih utama, datuk samsuddin tak penting. ketua kjan lah yg lebih penting.

Anonymous said...

tu maknanya Datuk Shamsuddin Hayroni akan jadi salah seorang dari saksi pihak pendakwa, abis lah dr. khir.

Anonymous said...

Sepatutnye khir tak sepatutnye memiliki aset di selangor, baik beli tanah kat perak ke murah

Anonymous said...

tak paham mengapa beli tanah&rumah dgn harga murah salah? kalau beli dgn harga 4,5 kali ganda mahal bolehla kata menipu sbb jauh tinggi dari harga sebenar. lps tu boleh bahagi plak keuntungannya antara pembeli, penjual & mungkin orang tengah. cuba plak tengok utang dgn bank. bukannya takde kira2

kalu beli rumah 6,7juta hinggit tanpa kira2, mcm sesetengah orang yg takdak jawatan apa2 hanya sbg penasihat rm2.00, takper la plak!

sorang jiran pernah beli tanah&rumah separuh harga sbb tuan rumah tu nak balik negaranya. broker pun tuan rumah tu bagi jugak upahnya. salahka kawan tu? nak kata tak patut, itu yg tuan tanah&rumah mahu...

Anonymous said...

salah apa yg DR. KHIR buat?
adakah membeli tanah dengan harga di bwah pasaran semasa di anggap salah?

jual beli itu melibatkan persetujuan kedua2 pihak..kalau benar hendak dakwa,dakwa kedua2nya sekali..bukan sebelah pihak..

pendapat sy,ini lah salah satu cara hendak menamatkan karier politik Dr. Khir..

BLADE

anti-suap said...

Kes ini mudah.

Sekiranya selepas transaksi pembelian rumah tersebut selesai, Datuk Samsuddin mendapat 'sesuatu' misalnya kontrak secara rundingan terus, memang diakui ada unsur rasuah.

Tetapi sekiranya tidak, kes tersebut tiadanya prima facie.

Nasihat kepada Gani Patail, jgn hanya berani tunjuk taring kepada pemimpin parti kerajaan. kena sergah dgn Peliwat terus takan handle kes tu..hehe

ewan said...

Cerita banyak takde la bro. Lantak korang la nak gaduh PAS-UMNO ke, sesama PAS ke, sesama UMNO ke.... Lantak korang laaa... Bro tolong teruskan ungkit hal kenaikan tarif letrik bro. Tan Sri Ani Arope dah keluar statement. Ape lagi.... Kebajikan rakyat lebih 27 juta ni yang lebih utama. depa nak berpolitik tuuu.. pigiiiiilaahhhhh. Ajak la sahabat2 blogger lu cari yang tersirat dalam kenaikan tarif tuuu... Rakyat tersepit bro... Statement Ani Arope tu jelas2 menguntungkan puak2 yang dah kaya. Rakyat ni ramai yang miskin lagiii... Teruskan berjuang bro. Jangan lu pun sama2 asyik nak berpolitik je.... Tq....

azman said...

Assalamualaikum rbf

Cakaplah macam mane pon dengan orang yang muke tak tahu malu ni.Mesti die ade ayat power nak pusing 360 darjah punye...

Bukan setakat hilang Etika dan Integriti,sepatunye dihilangkan Allah dari muke bumi ini.

azman said...

Tolong siasat berape die dapat dengan menjatuhkan Dr.Khir.

Buat la macam kes kat Indonesia tu..siasat hakim yang selalu melepaskan orang yang buat rasuah.

Anonymous said...

walaupun aku tak suka khir toyo tp cara pendakwaan tu mmg x telus. dah kata serius, serius la. dah ada bukti kukuh mcm mana boleh lps pulak. mcm tak serius & x dak bukti pulak.

lari topik sikit: senario org2 umno suka buat rumah besar2 membahayakan parti sebenarnya! mahzir khalid buat rumah berjuta gak dgr citer dia lingkup sbb rumah tu la. byk org tak puas ati tgk rumah mcm kilang punya besau.

Anonymous said...

Ade typo error kut ... Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Berita Harian pada tanggal 09 Disember 2011,

Harini baru 07 Jun 2011 ... 2010 kut ?

ruang bicara faisal said...

anon 11.59

t.kasih...

sudah dibetulkan

pak jabit kg pisang said...

mungkin AG nak tanding pilihanraya kot!

mohamed said...

Yang aku nak tenggok, kalau lah Dato Khir didapati tidak bersalah, apa kata puak pakatan rakyat nanti.

Aku nampak mereka sedang menghukum Dato Khir.

Anonymous said...

yang patut didakwa ialah agen penilai hartanah tu la ... depa yg nilaikannya sebanyak 3 juta ... bukannya khir toyo suka2 letak harga banyak tu