Sunday, June 5, 2011

Kickdefella, Maafkan Saya

Selagi saya tidak melakukan perkara ini selagi itu saya merasa bersalah. Kita tidak boleh ada perasaan ego yang terlalu tinggi dalam hidup kita. Sekiranya kita melakukan kesilapan, kita harus mengakui kesilapan yang dilakukan. Buang ego ke tepi dan berkata benarlah walaupun pahit.

Sebagaimana yang rakan-rakan semua ketahui. Beberapa hari lepas blog ini menghentam blogger kickdefella dengan begitu teruk sekali berhubung isu RM 300 ribu.

Akibat dari hentaman demi hentaman yang diterimanya serta provokasi demi provokasi ke atasnya sehingga gambar pun diterbalikkan, akhirnya kickdefella bangkit untuk membuat penjelasan dan membersihkan dirinya.
Dalam penjelasan itu kickdefella menyatakan beliau tidak pernah sama sekali pergi ke negara China bersama Husam Musa serta menerima wang sebanyak RM 300 ribu dari Husam di sana.

Sebaliknya beliau menyatakan wang RM 350 ribu itu diterimanya selepas beliau ditamatkan kontrak dari PMBK pada tahun 2009.

Katanya, cerita-cerita berkenaan diolah kembali supaya nampak lebih hebat oleh individu yang bersaing dengan Husam dalam pemilihan jawatan tersebut yang mana individu tersebut datang dari luar Kelantan.
Saya yakin, maklumat inilah yang telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu dan diolah menjadi satu cerita hebat untuk disalurkan kepada sahabat-sahabat siber saya, kononnya saya bertemu Dato’ Husam di Republik Rakyat China dan traksaksi dibuat di sana; kononnya pada minggu lepas.

Mereka yang menyalurkan maklumat ini adalah amat tidak bertangunggjawab dan dari sumber yang saya terima, ianya datang dari seorang individu dari luar Kelantan yang berkait rapat dengan seorang calon yang bertanding bersama Dato’ Husam bagi merebut jawatan Naib Presiden PAS.

kickdefella

Benarlah seperti mana yang saya kata sebelum ini, maklumat berkenaan datang dari kem mereka sendiri , bukannya dari Umno.
Insyaallah, esok atau lusa akan tahulah siapa pemberi maklumat. Setakat ini dah tahu cuma tiada pengesahan lagi. Maklumat tersebut datang dari kem mereka sendiri. Hebatlah Umno kalau dalam pemilihan Pas pun umno boleh caturkan siapa yang nak dinaikkan dan siapa yang nak dijatuhkan, dan dalam masa yang sama menunjukkan Pas bodoh kerana parti lawan boleh caturkan siapa yang nak naik dan siapa yang nak jatuh dalam kepimpinan Pas.

rbf online

Saya tahu dan saya yakin anda juga tahu siapa individu tersebut. Teruk dia kalah dalam pertandingan berkenaan.

Saya merasa sungguh sebak dan terharu apabila membaca penjelasan kickdefella di perenggan terakhir.
Saya tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan terhadap sahabat-sahabat siber saya. Saya juga tidak akan memohon mereka meminta maaf kepada saya. Sebagai seorang blogger, saya sentiasa sedar cabaran yang kita hadapi.

kickdefella

Pada pandangan saya kickdefella telah menunjukan keluruhan budi yang tinggi dan pekerti yang mulia dalam hal ini walaupun beliau bukan seorang ulama. Beliau tidak marah, tidak melenting dan tidak berdendam dengan blogger-blogger yang menghentamnya dengan begitu teruk sekali.

Sikap yang ditunjukkan oleh kickdefella ini jauh berbeza dengan sikap seorang uLarmak yang melenting bagai nak rak apabila diprovok oleh seorang bekas rakannya dalam satu pertemuan mereka semasa p/raya Dun Galas yang lepas.

Jika anda semua mengamati balik tulisan-tulisan saya berkenaan dengan kes ini, saya tidak pernah sesekali menuduh kickdefella, tetapi saya menyoalnya dan minta beliau jawab.

Oleh kerana kickdefella telah menunjukan keluruhan budi yang tinggi dan pekerti yang mulia kepada kami blogger-blogger yang menghentamnya, maka saya rasa saya harus membalasnya dengan baik. Orang berbudi kita berbahasa.

Saya blogger RBF Online dengan ini memohon maaf kepada blogger kickdefella, jika saudara ada terasa hati atau kecewa dengan apa yang saya tuliskan sebelum ini.

Walaupun saudara tidak meminta untuk saya memohon maaf kepada saudara tetapi saya faham bagaimana perasaan saudara serta keluarga. Apatah lagi pula saudara adalah seorang blogger yang dikenali ramai.

Saya berharap agar saudara dan keluarga sudi memaafkan saya.




*Gambar yang diterbalikkan juga telah diperbetulkan.

25 comments:

Anonymous said...

Both of you truly are gentlemens. May Allah aw bless both for your good souls.
-tenno-

The Unspinners said...

Sama-sama saya sekali ye ...

IBM said...

Salam. Teruskan perjuangan bro....perjuangan kita belum selesai...:)

Anonymous said...

hah! begitulah caranya. anda anak jantan yang bermarwah. syabas!

PAPA GOMO said...

aku pun sama mintak maaf kat Kickdeffela..... huhuhu.... kimak punya XXXX yang bagi maklumat. sial betul

Anonymous said...

bravo rbf, tapi bagaimana dngan PapaGomo yang belasah Big Dog bagai nak qak tu! Dah minta maaf ke

PapaGomo kena bertindak macam rbf gak ler. jngn sedap bantai je. bila salah buat dekk

Big dog nampaknya bukan 'anjing garang'. dia juga macam kickdefella gak, coolll jee

PapaGomoi harus malu sendiri tau mungkin tak tao malu

Anonymous said...

Rasannyer dengan adanya permohonan maaf saudara RBF dengan jujur dan ikhlas semestinya akan dimaafkan oleh Blogger Kickdefella, walaubagaimanapun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kpd saudara RBF dan Kickdefella kerana mendedahkan siapa Husam Musa yg sebenarnya, manusia yg dikatakan anak didik Nik Aziz, sanggup pula melakukan perkara terkutuk demi kuasa dalam politik..Tahniah untuk saudara berdua, semoga ALLAH memberikan kekuatan utk saudara berdua meneruskan perjuangan menentangkan golongan yg mempergunakan Islam demi politik sempit.

Anonymous said...

Aku sangat hensem

Hidup RBF!!!!!!!
Hidup RBF!!!!!!!!!!
Hidup RBF!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

dgn husam musa ko taknak mintak maaf?
sia2 je maaf ko ni rbf, ttp dpt dosa..

besar sgt egonya...minta maaf pun nk pilih2...

ruang bicara faisal said...

kpd anon 10.34

rasanya saya tak pelu minta maaf dgn husam kerana saya tidak menuduhnya apa2. saya hanya bertanya soalan kpd kickdefella.

saya tak kata apa2 pun kpdnya. dia yg melenting dan sebut nama saya.

soal ego tak timbul, saya biasa minta maaf dgn org Pas. tapi kalau blh jika saudara/ri nyatakan di mana kesilapan saya dgn husam saya bersedia utk mohon maaf bila2 masa.

PAPA GOMO said...

ehhh pukimak lah Big DOg tu..anjing besar bikin susah sama melayu je.

Anonymous said...

bro,

aku respect kat kau.. walaupun aku ada kata "kadang2 kau ni bodoh juga".

minta maaf ye bro..

walau apa pun, aku sokong perjuangan kau..

PAPA GOMO said...

KOMEN BODOH:

tapi bagaimana dngan PapaGomo yang belasah Big Dog bagai nak qak tu! Dah minta maaf ke

PapaGomo kena bertindak macam rbf gak ler. jngn sedap bantai je. bila salah buat dekk

Big dog nampaknya bukan 'anjing garang'. dia juga macam kickdefella gak, coolll jee

PapaGomoi harus malu sendiri tau mungkin tak tao malu

EHH BANGANG....kau bukan tahu apa pun.... Aku ni islam tak main lah nak berkawan dengan Anjing.... Anjing Besor pulak tu...Woiii Najis Najis Najis lah

Anonymous said...

Tahniah RBF,

Semoga perjuangan kita terhadap pakhatan rakyat ni diberkati ALLAH.

Spin1881 said...

Syabas tuan RBF... Syabas PPG... perjuangan kita lum selesai lagi... bloggers pro-pakatan dah panas bontot... bau teloq... kalu dalam blog mykmu, blogger C4 meletup tak tentu arah... hahaha... dah meroyan giler...

Anonymous said...

Ini baru telus, ada soalan, ketakpastian atau keraguan. Tanya. Bila salah terus mintak maaf. Tak macam blogger di sebelah sana. Dah salah pun masih nak tegakkan benang basah. Siap bukak segala macam kitab untuk tegakkan benang basah dia.

akuantiPAKATAN.

marilyn said...

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Nizar Lambai.hahahahaha.....
Mungkin dia baru blajar dari Brader Anwar Bin Ibrahim cara2 nak bikin konspirasi.

Anonymous said...

permohonan maaf yang berhemah dan profesional, salute RBF!

Kickdefella said...

Saudara RBF dan Sahabat Blogger lain,

Terima kasih di atas permohonan maaf. Saya sedikit pun tidak berkecil hati atau merasa terguris. Saya sedar tanggungjawab masing-masing untuk mahu menegakkan kebenaran, cuba kadang-kadang, kebenaran yang kita fikirkan itu tidak tepat.

Membawa saya kepada ingatan bagaimana di suatu malam saya dikerah Husam Musa untuk mencari siapa blogger RBF. Beberapa buah rumah saya ketuk dan menyamar sebagai pegawai kebajikan untuk mencari alamat dan identiti RBF supaya dapat Husam keluarkan surat saman buat blog tersebut.

Kadang-kadang tugas dan tangungjawab kita kepada pihak tertentu, sama ada berbayar atau kerana berkongsi ideologi memaksa kita bertindak tanpa ruang untuk berfikir panjang. Itu lumrah kehidupan.

Yang lepas biar berlalu.

Terima kasih.

Syed Azidi Aziz
Kickdefella

Anonymous said...

mari kita bermaafan..tp jgn bermaafan sangat dengan org PAS..sebabnya masa bertenang ni org PAS sangat baik dengan org umno,tapi dah tiba angkat bendera nanti maka kena gigit lah org umno macam menolong anjing tersepit..NGAPPP!!!

hanizam said...

buang yang keroh...ambik yang jernih...kita semuanya bukannya maksum...

JUAK sesat sinun je mengaku maksum sangat sampe tak boleh ditegur kalau buat salah...

kira oklah tu...mungkin dimasa depan, kalau ada maklumat, blogger lain siasat dahulu sebelum keluar posting...kadang tu saje nak laga-laga kita...

Anonymous said...

baguslah bloggers Pro UMNO ni, takde simpan2 dalam hati dan terbuka, macam ni laa kita mahu, berdebat yang tiada dendam

Anonymous said...

Kah! Kah! aku dah kata..aku dah kata.. kalau keluar je dari benar PAPAGOMO mesti tahi la... palin tidak kentut yang tak berak seminggu...

Dia mintak maaf kat KICK saja tapi kat Datuk Husam???

Dasar Blogger Pasar Malam... layak jual VCD Lucah aje..

Masa aku cakap korang kutuk aku, kata aku tak tahu cerita jangan cakap banyak.

Tapi aku dah kenal lama dah Blogger Pasar Malam ni. Belum ada satu tulisan dia yang betul. Lantak koranglah nak percaya dengan Blogger Pasar Malam tapi aku takkan jatuhkan martabat aku untuk percaya.

RBF pun siap bikin cerita dia kena ugut..kena perati... sebenarnya dia dah GUBRA sebab bikin cerita longkang. Bodoh lah korang yg melahirkan simpati pada RBF yang juga setaraf Blogger Pasar Malam. Kalau betul dia kena ugut dia tak akan tunggu lama..Kalau Sepol buleh Call Musa Hassan dia pun boleh Call TS Ismail. Maklumlah anak ikan UMNO.

Tapi telur dah pecah....

f' iz said...

bro, kalau mcmnilah sikap dan attitude para bloggers anak jati watan ku ini, alangkah eloknya tuan2 hamba ini jer yg jadi calon wakil rakyat, dh sah aku pangkah korang punya lah.. tulus ikhlas dlm perjuangan demi bangsa dan agama... x mcm ahli2 politikurap skang ni... demi harta dan pangkat,bangsa dan agama rela tergadai. nak pangkah politikurap2 ni pon xde mood...

Anonymous said...

rbf tak boleh jadi MP atau wakil rakyat, nanti takde sapa yang boleh menulis setajam beliau, lagi pun kalau jadi wakil rakyat kena dengar cakap parti sangat