Wednesday, June 1, 2011

Panaz....Panaz...Kickdefella Enggan Jawab, Apakah Maknanya Itu ?

Dipetik dari malaysia insider
KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang mesra dikenali “Kickdefella” berkata, “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Datuk Husam Musa yang bertanding kerusi naib presiden PAS.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan “kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding.”

“Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab,” kata beliau kepada The Malaysian Insider tengah hari ini.

Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang “pemimpin yang istimewa.”

“Saya masih percaya Husam seorang yang istimewa, adalah seorang pemimpin yang istimewa,” katanya.
Dengan apa yang diperkatakan oleh kickdefella (tulisan merah perenggan dua) kepada malaysia insider saya rasa kita sudah menemui jawapannya.

Sekiranya benar dia tidak melakukan kerja-kerja untuk memastikan Husam menang dia tidak akan jawab begitu.

Dia tidak mahu jawab secara jujur kerana bimbang boleh mencederakan Husam dalam pertandingan itu dan akan memberi kelebihan kepada calon lain.

Selama ini kita semua ditipu oleh kickdefella dan Husam. Mereka berpura-pura berkelahi dalam blog, tapi di belakang mereka masih menjalinkan hubungan. Semuanya untuk mengabui mata Nik Aziz dan almenantunya.

Apa-apa sekali pun kita tetap tunggu jawapan kickdefella terhadap 5 soalan yang saya kemukakan. Sama-sama kita lihat samada dia berani jawab atau tidak.

4 comments:

Anonymous said...

musang berbulu babi ni,jangan percaya orang yang suka main politik kotor nie depan main belakang pun main bukan main belakang macam nuar tu tp semua pihak dia masuk janji dapat pengerasnya

Anonymous said...

Salam sejahtera,
Nampaknya politik blogger lebih hebat daripada politik ahli politik sebenar.

Kalau difikir-fikirkan, apa ada pada blogger kalau pemimpin politik pun boleh lompat parti.

Cuma kalau ahli politik melompat kerana kepentingan politiknya, sedangkan blogger atas kepentingan apa?

Duit? Betullah.... Jadi blogger bukannya ada hasil. Penat bersengkang mata mengadap komputer habuk pun tarak.... Ada peluang kebassss lerrrrr!

Anonymous said...

Harga Barang dijangka meningkat tetapi tidak membebankan Pengundi BN.
KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.

Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.

“Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj),” katanya dilapor Sinar Harian hari ini.


Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.

Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.

“Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,”

“kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” ujarnya dipetik berkata.

Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.

Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran.

“Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,” katanya seperti di lapor Malaysiakini.

Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun.

ROSAFID said...

Saya kata! Di akhir2 zaman ini, keikhlasan atas segala perbuatan sudah tidak lagi menjadi lunas kepada kehidupan.Dengki khianat, caci mencaci,fitnah memfitnah dan segala yang mungkar di lakukan tanpa rasa gusar, hanya sekadar sebagai menghalau lalat yang hingap di atas hidung.Maka kesan dari amalan itu dapat kita saksikan.Segala2nya menuju kepada kehancuran.Hanya satu cara untuk menyelamatkan.Kembalilah kepada AL QURAN dan sunah nabi besar kita MUHAMMAD SAW.Wallahua'alam.Wassalam.