Thursday, June 2, 2011

Hebat ! Hebat ! RBF Memang Hebat !

Sebelum anda semua baca tulisan penuh saya, saya harap anda semua dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Terima kasih...

Akhirnya Husam Musa telah membuka mulut dan menafikan berlaku pertemuan antara beliau dan blogger kickdefella serta berlakunya transaksi RM 300 ribu. Sini

Yang paling saya rasa bangga sekali dalam kenyataannya itu beliau menyebut nama saya dan memberi nasihat kepada saya yang berbunyi seperti berikut "Faisal kena tengok diri sendiri".

Saya ucapkan ribuan terima kasih atas nasihat tersebut dan sebentar tadi rakan yang menghubungi saya untuk memaklumkan berita berkenaan berjanji akan menghantar cermin kepada saya untuk membolehkan saya melihat diri saya.

Siapalah saya ini ? Saya hanya blogger picisan sepertimana yang dikatakan oleh Husam.

Walaupun saya blogger picisan , saya merasa amat bangga sekali kerana nama saya disebut oleh seorang exco yang juga calon naib presiden Pas. Maknanya , kalau setakat blogger-blogger Pas itu bukan lawan saya. Mereka terlalu kecil bagi saya. Lawan saya adalah seorang exco Pas.

Perkara berkenaan mula tersebar di twitter oleh pihak lain, saya hanya ambil dari sana, tetapi apabila Husam nak komen nama saya yang disebutnya. Hebat tak saya ?

Hebat siottttttttttttt......

Bangganya aku !

Husam berkata bahawa salah satu blog yang menyiarkan dakwaan palsu tahun lalu, kononnya “rasuah”, melibatkan konsesi pembalakan telah disaman fitnah oleh beliau. Husam tidak sebut blog mana, beliau hanya kata salah satu blog.

Malaysia Insider pula melaporkan seperti di bawah
Kes berkaitan melibatkan blog rbfonline sedang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Baru dan dijadual untuk prosiding pertengahan bulan ini.
Saya tidak tahu menahu perkara berkenaan.

Jika benarlah saya yang dimaksudkan, bermakna sekali lagi saya hebat kerana saya telah disaman oleh seorang pemimpin Pas yang ada nama. Bangganya aku siottttttt.....

Kalau blogger picisan kena saman, kira hebatlah tu. Orang yang menyamanlah bodoh kerana dia saman seorang blogger picisan yang tiada pengaruh.

Dalam kenyataannya itu juga, seperti biasalah Umno yang menjadi sasaran. Umno jadi kambing hitam adalah perkara biasa wahai kawan-kawan sekalian. Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getah.

Husam dah nafi, pegawai pertanian organik pun dah nafi tetapi kickdefella masih diam seribu bahasa.

Sebagai penutup, saya blogger RBF ONLINE , seorang blogger picisan dengan penuh rasa rendah diri dan tawaduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Husam Musa kerana telah mempopularkan saya dan membuatkan saya hebat. Saya merasa amat-amat berbangga dengan pengiktirafan tersebut. Selama ini pemimpin-pemimpin Umno pun tak buat saya begitu. Tiba-tiba hari ini seorang pemimpin pembangkang yang saya pernah kritik dan kutuk membuat saya popular.

Kepada rakan-rakan pembaca sekalian, saya nak maklumkan kepada anda semua awal-awal supaya tidak terkejut selepas ini. Mulai saat ini blog ini tidak akan lagi mengkritik Husam Musa sebagai tanda terima kasih saya kepadanya. Mulai saat ini juga , saya istiharkan Datuk Husam Musa adalah pemimpin idola saya.

Kepada para perwakilan Pas pula, sila undi Datuk Husam Musa sebagai naib presiden Pas kerana beliau seorang pemimpin yang berkarisma , hebat dan berwawasan. Adalah satu kerugian besar jika anda semua menolaknya.

UNDILAH DATUK HUSAM MUSA


15 comments:

Anonymous said...

sinis sungguh..hehe

azienmat said...

hebat siot!!!
hebat... hebat... huhuhu

AloQStaQ said...

Ha HA Ha ...

Esok Mat sabu nengok ko buat cenggini kat Husam, dia pulok puji ngko Faisal oiii ! Ka Ka Ka ...

untung2 ngko buleh tolong kempen untuk dia jugak !

Undi Sabu untuk Timb. Presiden !

hahaha ...

Ular Menyusur Akar said...

Hebat, memang hebat. Tok guru nik ajis pun pernah sebut rbf, senarai blog yang akan kena attack juga rbf, yang husam kenal pun rbf.

Kata kata yang bercili api!!!

Anonymous said...

salam,
saya baru hari ini buka rbfonline. Perkataan yang dihat pertama sekali ialah hebat. Tak hebat mana pun!!!!! hanya tulisan budak2 nakal yang cuba mendapatkan perhatian drp orang2 politik. harap rbfonline dapat menulis sesuatu yang dikira atas sedikit drp yang sedia ada.
Wassalam

Anonymous said...

hehehe... hebat beb... satu lagi pemimpin PAS yang bengong... RBF teruskan perjuangan... diaorang dah desperate tu...

ruang bicara faisal said...

kpd anon 12.28

kau u buka 37 kali sehari pun sebelum ini siapa yg tahu ?

awak kata tulisan saya tulisan budak2 nakal yg cuba mendapat perhatian dari org politik.

Maknanya sekarang saya budak nakal yg berjaya kerana saya telah berjaya mencuri perhatian seorang pemimpin tinggi Pas.

tentang saranan anda supaya saya menulis atas sikit drp yg sedia ada, saya ucapkan terima kasih atas perhatian anda kpd saya.

itu buktinya saya hebat, kerana kali pertama anda buka blog saya anda sudah tertarik dan minta saya menulis dgn lbh baik lg.

akhir sekali, saya ucapkan terima kasih atas sokongan yg anda berikan kpd saya.

Anonymous said...

kahkahkahkahkah

GILA GLAMOUR RUPANYA BLOGER NI
CADANGAN AKU, KALAU MAHU LEBIH GLAMOUR KAU PERGI CIUM TANGAN NAJIB SAMBIL BERBOGEL TENTU SELURUH MALAYSIA AKAN MENYEBUT NAMA KAU DAN MENATAP WAJAH KAU KERANA SURAT UTUSAN MELOYA KAN JADIKAN KAU TAJUK HADAPAN IAITU RAKYAT TERLALU CINTAKAN PM SEHINGGA TERLUPA NAK BERPAKAIAN UNTUK MENCIUM TANGAN PM

Anonymous said...

hahaha..x sangka pulok Husam Kusam Musang kecot telor ngan blogger..hahaha...

Senjata makan tuan...di dok upah blogger hentam kerajaan buleh pulak ek...

Dulu geng, juak, ahlul bahlul pembangang juga yng guna blog untuk jatuhkan kerajaan..

Sekarang ni fair n square la...baru buku bertemu ruas...

Kepada ahlul bahlul PAS yng dok jilat husam tu aku peduli hapa korang nak kata RBF ni apa benda pun...yg penting Husam dah x senang duduk kena shoot ngan RBF...

Nampak sangat mental x kuat.. baik exco ka, pemimpin ka, juak2 dan ahlul bahlul Pas Pis Pus ni....

Jeffry said...

WA DH JANGKA HUSAM KAMBENGKUTTI TUNDUK DGN LU KEHKEHKEH

Anonymous said...

to anon 12.28..anda baru buka sekali.comfirm anda akan buka byk kali lepas ni.mcm sy...hehehe

Anonymous said...

rbf, kalu kick dapat Rm300 ribu, ko "up" skit mintak sampai dapat RM500 ribu!

sekian..

Anonymous said...

PAPA GOMO kata Kick dah mengaku terima RM350,000 eh! banyak tu.

RBF! Aku sokong saranan Anon June 2, 2011 3:12 PM tu up sikit biar RM500.000 pastu share dgn member member blogger pro UMNO. Biar padan muka pemimpin pemimpin hamPAS ni.

Dulu mereka kata UMNO main politik wang rupanya mereka lagi terok.

hamPAS betul laaaaaaaaaaaaaaaa

anti bohmau said...

HEMOH!! HEMOH!! HEMOH!!

ni yg ambo tumpang rasa bangga! kui!kui!kui!!!!!

rbf memang hebat krn mendapat perhatian dari bukan calang2 orang! pemimpin atasan erdogan paspispus tuuuu!!!

nampaknya akan adala blogger2 pro-pembangkang yg makan hati ngn husam nanti sbb mrk selama ni bermati2an memuji2nya tp tidak disebut pun! bila rbf cungkil sikit sj, husam terus tersampuk dgn nama rbf...

syabas! tahniah!!!

Anonymous said...

Syabas...rbf nng hebat.kalau kita perhatikan,kebanyakan wakil2 rakyat PRgay ni pun dulu aktif berblog mengutk dan menabur fitnah merata rata,tak seperti rbf yang lengkap dengan fakta. depa2 ni la plak sekarang fobia ngan blogger.