Wednesday, June 1, 2011

Kickdefella Tutup Mulut , Husam Tutup Mulut, Pegawai Pertanian Organik Yang Jawab

Beberapa jam lepas seorang pegawai khas Husam telah membuat kenyataan di Malaysia Insider menafikan berlaku pertemuan antara Husam dan Kickdefella di China dan berlaku transaksi RM 300 ribu. Sini

Tidak lama selepas itu kickdeffella mengambil berita dari Malaysia Insider dan letakkan di blognya tanpa sebarang ulasan. Sini

Jika benar dia tidak pergi ke China, bangkit dan nafikanlah serta tunjukkan paspot kamu.

Begitu juga dengan dakwaan Papa Gomo tentang seorang lelaki yang bernama Azman Bukit Marak yang dikatakan membayar kepada kickdefella RM 300 ribu. Sini

Tentang bayaran RM 300 ribu tersebut sebenarnya ramai orang tahu, malah di kalangan pemimpin Umno dan Pas Kelantan sendiri juga tahu. Pemimpin Umno berkenaan pernah menceritakan perkara itu kepada seorang pemimpin Pas Kelantan semasa mereka bersama-sama dalam satu penerbangan.

Sumber-sumber tentang pembayaran tersebut cukup kukuh, cuma kita tidak tahu dimana dan bila.

Perkara ini betul-betul pelik. Dia sendiri tak nafi dan Husam sendiri pun tak nafi, sebaliknya seorang pegawai khas yang difahamkan bertugas menjaga projek pertanian organik Husam pula yang membuat kenyataan penafian. Seperti biasalah, pertandingan sesama mereka, tapi jari dituding kepada Umno.

Insyaallah, esok atau lusa akan tahulah siapa pemberi maklumat. Setakat ini dah tahu cuma tiada pengesahan lagi. Maklumat tersebut datang dari kem mereka sendiri. Hebatlah Umno kalau dalam pemilihan Pas pun umno boleh caturkan siapa yang nak dinaikkan dan siapa yang nak dijatuhkan, dan dalam masa yang sama menunjukkan Pas bodoh kerana parti lawan boleh caturkan siapa yang nak naik dan siapa yang nak jatuh dalam kepimpinan Pas.

Kepada pegawai pertanian organik, tiada apa pun yang Umno nak rasa terkesan dengan kedudukan Husam. Dia bukannya hebat sangat. Dah hampir dua penggal jadi exco tiada satu kejayaan yang gemilang pun yang dicatatnya di Kelantan. Bertanding timbalan presiden kalah, koridor depu mampus, kambing janapari hancur, ekonomi Kelantan di tahap lama dan pelbagai lagi kegagalan lain. Yang dia hebat buat kain rentang royalti minyak dan gantung. Cari duit atas darat malas, tapi nak duit dari dalam laut yang timbul.

Dalam hal ini terus terang saya katakan yang saya tidak menyalahkan Husam, tetapi saya geram dengan sikap kickdefella. Geram kerana dia menipu kita semua. Dalam blog bukan main dia tunjuk dia bergaduh dengan Husam dan hentam Nik Aziz kaw-kaw. Kita pun turut samalah menyokong dia kerana sangkakan dia benar-benar bergaduh. Rupa-rupanya di belakang kita benarlah seperti yang dikatakan Papa Gomo ada perjanjian syaitan.

Seperti yang dikatakan diatas, kita tidak boleh menyalahkan Husam kerana itu adat orang politik. Jika benarlah seperti yang dikatakan berlaku perjanjian dan transaksi antara mereka, bagi orang politik yang bertanding itu perkara biasa. Mereka harus gunakan segala jalan atau strategi yang ada untuk memastikan kemenangan. Apatah orang seperti Husam yang selama ini menjadi anak emas Nik Aziz sudah tentulah dia ikut fatwa bapa emasnya iaitu berkerjasamalah dengan sesiapa sekali pun walaupun dengan syaitan.

Walaupun tidak ada penafian yang benar-benar nafi atau bukti yang dikemukakan oleh kickdefella atau pun Husam setakat ini, tetapi beberapa kilas ikan di air kita tahu jantan atau betina.

Antara cara kita nak tahu ikan itu jantan atau betina...

Kickdefella tutup mulut.

Husam tutup mulut.

Pegawai khas pertanian organik yang jawab.

Pemilihan Pas dah tinggal sehari lagi, Husam masih di luar negara.

Sudah lebih seminggu Husam ke luar negara. Ke China dan kemudian ke India.

Mana mungkin seseorang yang bertanding jawatan tinggi boleh berada di luar negara sampai begitu lama sekali di saat orang sedang sibuk dengan pertandingan ?

Cuba nak buktikan diri bersih dan tak terlibat dengan sebarang aktiviti kempen atau politik wang ke ?

Tapi guna orang lain untuk buat kerja dalam negara ya ?

Strategi oh strategi....

Cuba pakat-pakat fikir, betul atau tidak teori saya itu ?

Sekian

Wasallam


11 comments:

Anonymous said...

sebenarnya dr dulu lg aku pelik dgn layanan blogger pro umno terhadap kickdafella. sampai ada yg suggest jd calon pilihanraya kecil. hebat sgt ke mamat ni. walau sehebat manapun dia kita kena igt kalau dia boleh belot kepada pas atas sbb peribadi dia jugak boleh belot kpd sesapa pun atas apa2 jua alasan.

dah jd tabiat umno agaknya suka mengagungkan org luar dr org yg bertahun menyokong umno.

Anonymous said...

alaaa..sama jugak style dulu2 bila kita meminang anak dara orang..
tanya anak dara setuju ke tak? dia diam je..diam maksudnya setuju laaa..hehehe
maka diam dlm kes ini maksudnya betul la tu...kerana hanya penafian ikhlas yg dipinta tapi tak dilakukan..maka utk menunjukkan mereka org yg bermaruah, lebih baik diam drpd menipu betul tak?

Anonymous said...

sorry tuan you kata umno tak risau pun tentang husam niee.. yang awak posting cerita tentang husam pasal apa.. husam bukan orang hebat kata awak jadi pasal apa awak nak cerita pasal husam sbb dia tak hebat..bloger hebat macam awak takkanlah nak cerita pasal husam..husam nie kan tak hebat..buang masa ajee..lainlah kalau tulis lain dalam hati kata lain..bloger hebat akan cerita tentang orang hebat bloger low class cerita tentang orang kecik dan tak hebat..logiknyalah...

blogenstarz said...

Salam.
Nampaknya memang anda terlalu geram dengan sikickdefella tu...
Apa pun memang mesti dipancung kalau dia bertalam dua muka !
Perangai macam Pakatan Rakyat - kaki belit dan kaki penafian !

Anonymous said...

Ketuk-Ketampi says...

adehh...mak enon 9:23AM...nak enterframe tapi tak guna O-tak, dah cerita ni berkenaan Kiackdafella DAN Husam...kena la sebut & cerita pasal Husam jugak, hmmmmm...komen menunjukkan kerendahan mentaliti he..he..he..

Anonymous said...

biasa la. bila ada orang yg dapat info dari sumber pertama, kira dia best. org tak tau, kita tau. kira best la. org guna maklumat kita, best la kita. kita hampir dgn semua sumber pertama, kenal rapat dan boleh bersembang dengan sumber pertama. kira besar la bagi org kecil.

kalu kita memang dah pangkat besar, org kata memang patut dah. ni org kecil, penulisannya mampu menggegarkan kerusi dan meja, semua ingat dia hebat. tipu ke tidak, tak tahu la. kita yang membaca akan terpengaruh macam kisah kedai kek secret resepi tu la. rupanya tak betul. peguam pun kena tipu dalam pandai dia bercakap.

Anonymous said...

sebagai blogger yg ada maruah diri, kena ada pendirian.
tak boleh makan dua2 belah.
makan dua2 belah tu munafik.
mungkin sebab tu rbf jadi bengkek sgt tu.
betuk tak bro rbf?
hehehe

Anonymous said...

anon 11.15.. kita akan jadi bodoh kalau layan orang bodoh..kita jadi orang gila kalau kita layan orang gila...hehehe rupanya bodoh juga anon 11.15..hahahaha..hanya orang bodoh akan layan orang bodoh hahaha

ruang bicara faisal said...

kpad anon 11.52

saya setuju dgn anda. saya betul2 geram dgn lakonannya.

Anonymous said...

Heran sungguh dgn mentaliti manusia spt mak enon 11:53...senang betul mencarut, memaki dan menghina manusia lain.

Bukanya apa cuma teringat pesan org tua2 "satu jari telunjuk menghala kepada org lain, empat jari lagi menghala ke diri sendiri"

Ia ke? he..he..he..

Anonymous said...

kadang2 kau ni bodoh juga...

sekarang kick dah jawab, kenapa tak siar jawapan dia...

kalau berdasar kepada analogi kau, kalau tak jawab ada makna... maka kau juga tak siar jawapan kick ada makna..

faisal, jgn guna guna emosi bila orang tak jawab sesuatu dakwaan itu.

bagi aku, kalau kick tak jawab dulu, maknanya dia lambungkan dulu isu itu utk husam jawab, kemudian baru dia smash... itu pun tak tahu ke...

dia tak perlu tergesa-gesa...ha..sekarang husam pula yang nak kena jawab..

tu la faisal, lain kali jangan tulis ikut emosi..ok..nanti kita yang jadi bodoh...