Thursday, August 12, 2010

Ezam dan Wan Azizah : Anwar Arah Isteri Berbohong

Semakin hari semakin kalut jadinya. Inilah padahnya jika suka menipu dan berbelit-belit, satu hari pasti akan menjerut leher sendiri.

Kasihan pula saya bila melihat laki bini, Anwar dan Azizah. Nak ke depan tak boleh, nak gostan ke belakang tak boleh. Terperangkap di tengah-tengah.

Dengan siapa mereka terperangkap ?

Anwar terperangkap dengan Karpal Singh, manakala Azizah pula sudah terperangkap dengan Ezam.

Sebagaimana yang kita tahu, dalam siri roadshow ceramah SSDE sejak tiga minggu lepas Ezam ada memberitahu tentang kisah Wan Azizah memberitahunya bahawa Anwar seorang peliwat dan juga kisah Wan Azizah menelefon Ezam dari Amerika supaya Ezam memastikan tiada jantan di rumahnya di Bukit Damansara ketika itu. Klik di sini

Tengahari semalam (rabu) Agenda Daily ada menyiarkan temubualnya bersama Wan Azizah berhubung dakwaan Ezam.

Dalam temubual tersebut secara terang-terangan Wan Azizah mengakui yang beliau ada menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar. Klik di sini.
Walaupun Wan Azizah cuba memutar belit apa yang sebenarnya beliau pesan kepada Ezam dalam perbualan tersebut, bagi saya itu tak kisah. Yang pentingnya Wan Azizah sendiri mengakui dan mengesahkan dia menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar.

Tanpa disangka-sangka tiba-tiba pada sebelah petangnya hari yang sama iaitu semalam (rabu) Wan Azizah membuat pusingan 360 darjah dengan menafikan yang beliau ada menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar.Klik di sini.
Kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Wan Azizah di Agenda Daily adalah kenyataan beliau sendiri dan beliau cuba berlapik sedikit dengan menggunakan ayat seperti dibawah

"Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia. Anwar baik. Dia sebagai seorang pemimpin, bila orang datang, dia akan layan dengan elok, tapi orang kalau ambil gambar, orang itu akan buatkan sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah. Sebab itu saya kata, hati-hatilah, sebagai adik tengok-tengokanlah"

Tetapi setelah disiarkan oleh Agenda Daily dan perkara ini telah sampai ke pengetahuan Anwar , Anwar amat marah kepada Wan Azizah kerana mengeluarkan kenyataan begitu seolah-olah Azizah mengesahkan dakwaaan Ezam.

Kenyataan Wan Azizah yang dikeluarkan malaysiakini bukanlah kenyataan Wan Azizah sendiri, tetapi kenyataan Anwar. Dari segi gaya bahasa pun kita sudah boleh nampak ianya bahasa Anwar dan cuba anda buat perbandingan dengan apa yang disiarkan Agenda Daily.

Ayat-ayat Anwar

Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,”


Jika tanpa arahan Anwar tidak mungkin sesekali Wan Azizah sanggup membuat pusingan 360 darjah, dari beliau mengakui ada menghubungi Ezam kepada tidak menghubungi langsung.

Kita semua sudah tahu cara politik Anwar, iaitu politik NAFI. Apa sahaja tuduhan yang datang semua dia nafi. Anda lihat sajalah dalam kes liwat beliau, sudah nampak terang-terang dia meliwat , tetapi dia tetap menafikannya.

Lihat pula dalam kes 'ais krim' elizabeth wong, Zahrain telah mendedahkan apa yang Anwar kata, tetapi Anwar tetap nafi.

Kesimpulannya dalam kes ini, Wan Azizah sendiri telah mengakui dia ada menghubungi Ezam untuk berpesan supaya 'tengok-tengokkan Anwar'.

Apa yang Wan Azizah cakap di malaysiakini sudah tidak boleh dipakai lagi. Jika kenyataan pertama dia kata tak hubungi Ezam dan dia tukar dalam kenyataan kedua kepada ada hubungi ezam, itu lain. Yang itu boleh dipakai.

Ini tidak, dalam kenyataan pertama dia dah cakap ada hubungi Ezam dan bercakap panjang lebar, kemudian dalam kenyataan kedua dia nafikan 100 % ada menghubungi Ezam. Apa punya tur ni Kak Wan oiii.....

Saya difahamkan apa yang sedang diperkatakan oleh Ezam sekarang ini hanya bunga-bunga sahaja. Pucuk , daun, batang, ranting dan buah semuanya belum keluar lagi. Wan Azizah dan Nurul Izzah kena bersedia sepanjang masa untuk menjawab dakwaan Ezam.




12 comments:

Anonymous said...

satu family sama jer ....

Anonymous said...

BUNGA BUNGA CINTAAAAA...LAYU UUU DIPUSARA....OOOOOOOOOOO....WOWOWOW......

Anonymous said...

ni kije Brader CIFUT la..

Anonymous said...

Susah ada pemimpin yang belit2 ni. Pagi cakap lain, petang cakap lain. Yang heran tu...takut pulak nak angkat sumpah. Ezam dah ready nak angkat sumpah...kak jijah ada berani?

Anonymous said...

nampaknya betul la ape zahid mat arip ckp....asal celik mata saja menipuuuu aje kejenya

Anonymous said...

Salam RBF;

AlJewburi tuh kan ke SESUMPAH seperti yg digelar olaeh majalah
The Economist?

DrWan pun dlm proses nak jadik SESUMPAH spt lakinya jugaklah tuh!

Perlukah SESUMPAH bersumpah apa2pun, terutamanya sumpah muhabalah???

Statement turn around DrWan nih ngan janji 16Sept berlaku dlm bulan Ramadhan Al Mubarak kan?
Mungkin Allah Ta'ala sedang tunjukkan sesuatu pd hamba2Nya yg ingin berfikir...

Anonymous said...

Melayu sesat betul!! semua la dalam rbf ni! sanggup makan daging saudara sendiri? teruskan lah

Bukan nama sebenar said...

Kita semua sudah tahu cara politik Anwar, iaitu politik NAFI. Apa sahaja tuduhan yang datang semua dia nafi. Anda lihat sajalah dalam kes liwat beliau, sudah nampak terang-terang dia meliwat , tetapi dia tetap menafikannya.?

tang mana yg anda cakap sudah terang terang anwar meliwat.?
tang karpal mintak laporan perubatan sepul tu knp x bagi.?
mcm mne nk lwn kalu dh bukti yg sepatutnyer digunakan untuk menuduh x dapat di pihak yg menuduh.?
mahkamah malaysia je cmni.lagi satu sy nk ckp.
kes anwar ibrahim meliwat taun 1998 tu x relevan walhal die di masukkn kedalam penjara atas tuduhan salah guna kuasa yg direka cipta bukan meliwat..ni plak sy nk ckp..anwar tu dh tua.umur pun 60 dh cecah 60 an.sepul tu muda lagi..dalam dakwaan dier diliwat.?orang bodoh dan buta hati serta pengampu umno je peacye sume ni.ini realiti bahawa sepul boleh melawan jika dipakse.
pembodek2 umno memang buta ati.dh banyak mkn duit rakyat dan terlampau kuat mengampulah wujudnyer orang yg berfikiran sempit mcm anda.

Anonymous said...

said:
xke bodoh namenya tuh..nk bg laporan perubatan watpe...lau da jahat...camne pom akan cr jln utk ubah laporan tuh...
lagipom lau die xsalah nape sanggup minta campurtangan org asing lam kes nih...
cuba la fikir secara rasional kit...

Anonymous said...

INILA KALO DAH TAKSUB DGN DAKYAH GOLONGAN ASSABIYYAH UMNGOK SAMPAI TAK BOLEH BACA & FIKIR YANG TERSIRAT, DARI KENYATAAN TERKEMUDIAN WAN AZIZAH DI MALAYSIAKINI TIDAK PULAK TERLIHAT BELIAU MENAFIKAN ADA MENGHUBUNGI EZAM KATAK KOTAK, YANG JELAS BELIAU MENAFIKAN BAHAWA DENGAN MENGHUBUNGI EZAM K.K TIDAK BERMAKSUD MENYETUJUI TOHMAHAN & FITNAH EZAM K.K, APARAAA...! :D

Anonymous said...

Ni yang dikatakan Tarbiah Taksub Pakatan Pembohong Rakyat.. kot mana pun nak putaq belit lidah bewak mcm Anwar n Ajis Kelate tuo tuh!!
Politik jadi agama..pemimpin jadi tuhan..

Buat skrip menipu rakyat..skit2 UMNO..sikit2 kerja UMNO..pelepas kat UMNO..mangkuk hanyun punya Pakatan Haram.. .. dari pucuk sampai ke akar jahat busukkkk sama ja!! Pemimpin kotor penipu pun masih nak jilat..nak bela..

esok2 kot ajis tu plak kena kcau dgn nuar..bru hngpa percaya...hahhaa..

berambuslah Pakatan Perbodoh Rakyat..hangpa takdak modal dahh

Anonymous said...

MARI KITA TOLAK RAMAI PAKATAN HARAM AL-LIWAT ini!!!

YA ALLAH..KALAHKAHLAH KEJAHATAN PAKATAN HARAM PAS-DAP-PKR!! HANCURKANLAH PAKATAN MEREKA!!

SELAMATKANLAH BUMI MALAYSIA INI DARI CENGKAMAN MEREKA!! AMEEENN