Tuesday, August 10, 2010

Memori Menjelang Puasa dan Raya Yang Tak Dapat Dilupakan

Alhamdulillah panjang lagi usia kita semua dan dapat sekali lagi menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Bagi saya pula inilah kali pertama berpuasa sebagai anak yatim setelah bapa meninggal dunia enam bulan lepas. Sedihnya tidak terkira.

Bila melihat gambar Tan Sri Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu(PMBRRM) diatas , maka saya terus terkenang arwah bapa.

Saya masih ingat lagi di zaman saya dan adik beradik kecil-kecil dulu, setiap kali malam pengumuman tarikh puasa arwah bapa panggil kami adik beradik duduk depan tv hitam putih di rumah kami dan dengar pengumuman oleh PMBRRM.

Pada masa itu tv di rumah kami hanya pakai kuasa bateri sahaja. Setiap hari sabtu ayah akan bawa bateri pergi caj di kedai cina. Jika tidak caj pada hari sabtu jangan haraplah dapat tengok cerita Chip pada hari ahad atau isnin kerana bateri sudah habis.

Apa yang saya nak perkatakan ialah tentang Tan Sri PMBRRM yang sungguh lama berkhidmat dan beliau dikurniakan Allah SWT usia yang panjang dan masih berkhidmat sehingga kini. Alhamdulillah. Daripada zaman saya kanak-kanak hingga kini saya mempunyai lima orang anak. Moga-moga Allah SWT panjangkan lagi usia Tan Sri.

Zaman kanak-kanak dulu, bila nak menjelang puasa kami adik beradik sering mengelak untuk melihat wajah Tan Sri di tv. Biasalah, nak puasa liat sikit.
Tapi bila nak umum tarikh hari raya, selepas berbuka puasa semua sudah berkumpul depan tv dan masing-masing mengeluh " mana pakcik ni, tak muncul-muncul lagi?" Bila dia muncul pula, pengumuman belum buat lagi, mulut kami semua masing-masing mulalah berkata "minta-mintalah esok raya".

Apabila pengumuman dibuat dan katakanlah hari raya jatuh pada lusa, masing-masing muka moyok dan seorang adik saya akan berkata "pakcik, tukarlah esok" . Ha..ha..ha, semuanya sudah tinggal kenangan. Zaman berlalu begitu cepat, kalau boleh rasanya mahu undur ke belakang 20 tahun balik.

8 comments:

Anonymous said...

ya lah saudara dari saya sek. rendah sampai sekarang,penyimpan mohon besar ini masih ada lagi...masa dulu kita selalu meneka neka bila mula puasa & hari raya,tapi masa sekarang macam dah tahu saja bila puasa/raya seperti yg tercatat dalam 'kalender lumba kuda'...sedih tahun ke 2 tak ada ibu lagi.....

C++ said...

Bhai RBF...

Itu la... panjang sungguh umur dier... oh yer.. salam takziah dari gua... atas pulangnya ayah lu ke rahmat Allah S.W.T.

Yang pasti ... memang banyak yang best zaman kanak-kanak tue... cerita pasai TV pakai bateri.. bapak gua pon ader gak satu.. jenama Sharp... memang sampai gambar di TV tinggal line jer pon kami dok bantai tengok.. tambah kalu cerita MacGyver... Chip dan lain-lain....

Salam posa dari gua untuk lu...

marilyn said...

undur ke belakang 20 thn?tu zaman RBF kanak2 ke zaman RBF baru kawin? hehehehe....
sekadar bergurau.

Anonymous said...

Saudara rbf, pengalaman kami adik beradik pula....suka membuat tekaan,warna baju yg dipakai TAN SRI semasa membuat hebahan.kalau baju warna merah,esok raya...tapi kalau warna hijau/lain selain merah,lusa raya....ha,ha,ha....kadang2 tu tepat sekali sebab Tan Sri memang kerap pakai baju warna merah/pink semasa keluar ditv.dan kebetulan umum esok raya bila pakai baju warna itu.

Anonymous said...

thanx's bro dgn maklumat demo,kawe x tau pun PMBRR skang ni adalah org yg sama masa kawe kecil2 dulu,tp anak2 kita sekarang sudah tadak keghairahan macam kita rasa dulu samada utk posa atau ms nk rasa,tdak teka tekinya

tok awe

=rata=rasa, dpn blkg=saja said...

masa sekolah rendah dulu sampai derjah 6, selalu di announce oleh Dato' Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof (sampai tahun 1988), gaya ala TS Hassan bapak Jalaludin/Musa. Lepas tu baru la TS Engku Ibrahim Engku Ngah ni (since 1989)..

More than 21 yrs dah Engku Ibrahim Engku Ngah jadi seal keepers ni...

ahlikelab said...

puasa tahun ni jgk puasa yg pertama tanpa ayah.mmg sedih...tp hidup mesti diteruskan..kalau sy dgn sedara mara yg lain tk sabar dgr Tan Sri nk habiskan ayat dia.teratur je cakap dia.sebijik2...he..he...

pinjaman uang said...

Sesaat lagi puasa, senang rasa hati ini