Sunday, August 8, 2010

Jantina Anak Hasil Dari Hubungan Kelamin (18 SX)

Para ilmuan Islam terdahulu berpendapat bahawa sifat tertumpahnya nuftah ke rahim waktu jima', iaitu dari segi samada mani suami atau isteri terdahulu keluar dari segi banyaknya, melambangkan jantina anak yang akan lahir dari perlakuan jima' tersebut. Perbincangan mengenainya boleh dirujuk di dalam kitab Ubab.

Menurut Sheikh Ajhuri (bukannya sheikh anwar ibrahim al-juburi), anak dijadikan oleh Allah SWT dari mani lelaki dan mani perempuan. Jika mani lelaki itu banyak dari mani perempuan,maka anak yang bakal dilahirkan itu menyerupai bapanya dan jika mani perempuan lebih banyak maka akan menyerupai ibunya.

Menurut Sheikh Ibnu Hajar dalam Syarh Bukhari, bahawa keadaan anak itu samada menyerupai bapanya atau ibunya bergantung kepada enam keadaan.

1) Mani lelaki keluar dahulu dan lebih banyak - Anak yang bakal dilahirkan adalah anak lelaki yang menyerupai bapanya.

2) Mani perempuan dahulu keluar dan lebih banyak - Anak yang bakal dilahirkan adalah lelaki yang menyerupai ibunya.

3) Mani lelaki dahulu yang keluar, tetapi mani perempuan yang banyak - Anak yang bakal dilahirkan adalah perempuan menyerupai ibunya.

4) Mani perempuan dahulu keluar, tetapi mani lelaki banyak - Anak yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan yang menyerupai bapanya.

5) Mani lelaki dahulu keluar dan sama banyak dengan mani perempuan - Anak yang bakal dilahirkan anak lelaki yang tidak serupa samada dengan bapa atau ibunya.

6) Mani perempuan dahulu keluar dan sama banyak dengan mani lelaki - Anak yang bakal dilahirkan anak perempuan yang tidak serupa samada dengan bapa atau ibunya.

Dipetik dari buku Permata yang Hilang tulisan Ibnu Yusof, cetakan 1992 yang saya beli pada 1995 dan masih tersimpan sehingga kini.

Sekadar berkongsi dengan teman-teman semua dan lari seketika dari berbicara pasal dunia politik.

2 comments:

ProudMalaysian said...

MasyaAllah. ni baru sikit daripada countless ilmu dari Allah.. terasa klo stakat ada SPM tu..hanya secebis dr ilmu2 Allah yang ada di dunia ni

agbr47 said...

Kenapalah sejah dua menjak lain aje entri RBF? Nak bertenang kerana puasa ke?

Bagus juga sex dari sudut Islam

agbr47: Dalam gitu nama nuar keluar juga.