Thursday, August 5, 2010

Saman Ekor : Ini Tidak Adil untuk Rakyat

Dimanakah keadilan untuk rakyat ?

Menteri Besar, Datuk seri Azizan Abdul Razak berkata selagi tunggakan itu tidak dijelaskan, Kerajaan Negeri tidak boleh mendaftarkan lima kereta rasmi kerajaan yang baru.

"Saya bersyukur setelah Pegawai Kewangan Negeri berunding dengan pihak berkenaan, segalanya dapat diselesaikan segera"- MB Kedah


Bagi kita rakyat, selagi tidak bayar saman ekor selagi itulah senarai hitam dalam rekod JPJ tidak akan dikeluarkan dan selagi itulah kita tidak boleh melakukan sebarang urusan dengan JPJ.

Berunding ,merayu, menyembahlah macam mana sekalipun hatta sampai keluar air mata darah sekalipun jangan haraplah kita dapat buat urusan dengan JPJ sehingga selesaikan semua saman yang disenarai hitam.

Tetapi sebaliknya lain pula yang berlaku apabila masalah senarai hitam dihadapi oleh Kerajaan Kedah.

Hanya melalui rundingan sahaja , masalah senarai hitam mereka dapat diselesaikan segera.

Dalam hal ini saya tidak salahkan Kerajaan Kedah sekarang. Kesalahan tersebut dilakukan oleh orang-orang terdahulu, bukannya oleh mereka.

Saya mempertikaikan sikap JPJ yang boleh berunding dengan mereka tetapi dengan rakyat marhaen langsung JPJ tidak boleh berunding. Dimanakah keadilan untuk rakyat ?





10 comments:

ArenaMalaya said...

Berlaku adil menurut hukum mereka bila mereka dapat lepas daripada undang2, walhal rakyat tidak terlepas merangkak2 nak membayarnya.

ala latok jgn saman said...

Yup..betul tu bro..kalo sampai beribu RM kena bayar saman skali gus mana la rakyat bawahan ni mampu nak bayar..

Kenn said...

Katanya adalah salah di sisi undang-undang bagi JPJ untuk menghalang pemunya kenderaan yg ingin memperbaharui cukai jalan atas alasan blacklist saman ekor.

Sila baca:-

Guilty Until Proven Innocent

Wak Khairul0799 said...

Saya sudah minta Kerajaan BN kaji semula dan kini mungkin telah diketahui sendiri oleh Menteri KDN. Saya sudah berkali-kali mendesak agar ianya dapat dikaji secara adil dan telus. Jika tiada keadilan dan menyusahkan semua Rakyat 1 Malaysia, saya berpandangan Batalkan saja Saman Ekor yang menginaya rakyat yang terlibat sedangkan hanya kenderaan yang boleh dibuktikan tetapi pemilik kenderaan yang merana sepanjang masa. Anda setuju tak jika Kerajaan dapat Batalkan saja Saman Ekor yang tiada keadilan sepanjang hayat? Renung dan fikirkanlah.

Anonymous said...

memang kerajaan sekarang hampehhhhhhhhhhhhhhhhhh..... aku kalau macam ni baik pangkah je pembangkang bila pru nanti

Anonymous said...

Undang-undang dan cara kerja yang menindas rakyat ini menyebabkan kehidupan rakyat terhimpit, Salam satu Malaysia

Anonymous said...

ya, anon August 5, 2010 8:36 PM

pembangkang akan turunkan harga petrol, gas masak, gula, tepung, beras, roti canai, teh tarik, dsb.. macam tu kah?

yg perlu diteliti adalah kaedah saman, pertingkat sistem penyampaian dan tindakan, bukan tunggu bila nak renew cukai jalan

Azmir said...

Cuba pihak rbf siasat tiada satu akta yang diwartakan pun yang mengatakan ada saman tak boleh renew roadtax atau lesen.

Anonymous said...

mmg betul apabila no kereta atau ic disenaraihitam dlm sistem jpj,anda tidak akan dpt membuat sebarang urusniaga dgn jpj. walaupun anda merayu, sujud, sembah, menangis air mata darah sekalipun tidak akan dilayan. kenapa???? sbb anda merayu pd pegawai yg tiada kuasa untuk memadam blacklist tu. untuk memadam blacklist tu perlu ada username dan kata laluan. Hanya pengarah JPJ negeri sahaja yg ada kuasa untuk membatalkan blacklist tu, bermakna hanya dia sahaja yg ada kata laluan dan pasword. jadi pergila merayu kpdnya.......

Anonymous said...

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" dekat dah nak puasa, dah dekat nak sambut raya. ada-ada saja perkara yg merunsingkan. Ada ibubapa yang mengeluarkan bajet untuk bajuraya anak-anak sebab nak melangsaikan saman tarfik yg entah bila dulakukanya. Polis membohongi rakyat dengan cara terancang. saman ekor tak ubah konsep nombor ekor yakni nombor ramalan. sebab itu lah saman berkenaan diberi nama saman ekor, saman yg belum tentu kesahehannya. tapi pemandu yg berkenaan tetap kena bayar saman tersebut walaupun ianya belum pasti benar benar bersalah. kalau benar bagai dikata KPN ianya bertujuan mendidik para pemandu, mengapa haru pihak polis bersembunyi dicelah pokok bunya untuk mengesah kesalah pemandu. mengapa tidak tonjolkan diari mereka dengan kelengkapan yg telah dibelnjakan, EVO 10. Honda VFR dan sebaginya. adakah ianya hanya utk tontonan kepada rakyat awam. sepatutnya polis bertindak sebagiamana yag berlaku di negara maju. pesalah trafik akan dikejar dan dimaklumkan kepada mereka dan saman akan dikeluarkan. ini tidak, seorang keluar buat saman ekor, berlambak lagi lepak kat balai.