Tuesday, August 17, 2010

Sungguh Melucukan Apabila Khalid Menasihati Azmin

Saya merasa berminat untuk berbicara pasal kes Khalid perlecehkan Azmin sebagaimana yang dilaporkan di sini.

Benarlah seperti mana yang dikatakan oleh DS Khir Toyo (DSKT) bahawa Khalid adalah jenis manusia yang syok sendiri, masuk bakul angkat sendiri dan bercakap merapu seperti orang nyanyuk.

Apabila saya menulis artikel ini, saya tidak meletakkan diri saya sebagai seorang ahli Umno. Saya letakkan diri saya sebagai seorang rakyat biasa yang tidak berparti dan sedang melihat permainan politik.

Saya merasa amat lucu dan kelakar sekali apabila Khalid kata Azmin perlu belajar lagi. Apabila dia berkata begitu maknanya dia merasakan dia lebih hebat lagi daripada Azmin. Samalah sepertimana yang dia katakan kepada DSKT.

Belum pernah saya jumpa seorang pemimpin politik sebingai ini disaat kedudukannya sendiri berada di hujung tanduk. Di sana dia bermusuh, disini dia cipta musuh, sengaja nak bunuh diri sendiri.

Terus terang saya katakan, antara Khalid dengan Azmin bagai langit dengan bumi perbezaan mereka dalam politik. Azmin jauh ke depan meninggalkan Khalid dalam bab politik. Saya rasa anda semua juga bersependapat dengan saya dalam bab ini. Bukan niat saya hendak memuji Azmin, yang benar kita kena kata benar,bab politik kita lawan cara politik dan Azmin tetap musuh saya dalam politik.

Azmin mula bercampur dengan politik sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian dan beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim. Harus diingat dalam negara kita ini, raja politik yang paling hebat dan sukar ditandingi ialah Anwar Ibrahim. Sesiapa pun tidak boleh nafikan perkara ini.

Setakat ini sejarah pernah membuktikan, orang yang boleh perebah Anwar dalam politik hanyalah Tun Dr M sahaja,yang lain-lain belum nampak lagi setakat ini. Saya tidak kata Anwar bagus, tetapi saya kata dia hebat dan bijak berpolitik. Kena ingat, itu dua perkara yang berbeza, jangan pula ada yang memandang serong terhadap saya.

Azmin terlalu rapat dengan Anwar dan telah dididik serta dilatih oleh raja politik, dan sebab itulah sehingga kini kita boleh lihat dalam PKR hanya Azmin sahaja yang nampak ada gaya politik seiras-iras Anwar.

Azmin ada kelebihan dalam berhujah, berpidato dan juga memerangkap mangsa. Jika tidak sama seratus peratus dengan Anwar pun, sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus ada persamaan antara mereka dalam permainan politik.

Khalid nak berhujah pun tak boleh bagaimana dia nak kata dirinya bagus. Satu masa dulu, saya pernah mengikuti sidang dun di bangunan Dun Selangor. Apabila dia diserang bertalu-talu oleh pembangkang dan dia bangun untuk menjawabnya.

Lalu dia pun berkata "kita akan cari satu pe..pe...pe..penye..nye..nye..." . Melihat kepada kesukaran dia menyebut perkataan itu maka bangunlah adun BN dari Kuang dan membantunya menyebut "penyelesaian". Selepas itulah baru dia boleh sebut secara lancar 'penyelesaian' dan disambut dengan gelak ketawa oleh ahli-ahli dewan termasuk di blok kerajaan. Macam ini hebatkah ?
Wajah serabut seorang MB
Untuk kita menilai seseorang, dari raut wajah dan gaya penampilan sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana orang itu dan bagaimana hasil kerjanya. Jika rambut sendiri pun tak terurus, bagaimana nak uruskan sebuah negeri maju ? Kalau rambut pun tak boleh urus tidak tahulah jika beliau buang air besar , samada dicuci bersih atau tidak.
Cuba bandingkan penampilan Khalid dengan penampilan Azmin. Siapa lebih kemas ?


Sepertimana yang kita tahu, Azmin ada bekas setiausaha sulit TPM satu masa dulu. Maknanya Azmin sudah ada pengalaman dalam bidang pentadbiran dan dicampur pula dengan pengalaman politik. Ianya jauh sekali berbeza dengan Khalid Ibrahim.

Bagaimana Khalid nak kata dia lebih baik dari Azmin, semasa dalam Umno dulu Khalid pernah bertanding jawatan peringkat bahagian (Kuala Selangor) dan MT Umno, tetapi Khalid tewas dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Hebatkah begitu ?

Saya tidak merasa pelik atau lucu, jika orang yang berkata begitu kepada Azmin adalah Anwar Ibrahim atau Zaid Ibrahim atau juga Chua Jui Meng. Tetapi sungguh melucukan apabila orang yang masuk politik secara bidan terjun dan tiba-tiba jadi MB juga bidan terjun menasihati Azmin supaya perlu belajar lagi. Yang lebih lucu lagi, cabang PKR dia sendiri di Kuala Selangor pun dia tidak mampu nak jaga.

Pesanan Khalid kepada Azmin seolah-olah seorang pegawai perubatan (doktor biasa) cuba menasihati seorang doktor pakar bedah, dan menyuruh doktor pakar tersebut belajar lagi bagaimana nak buat pembedahan. Tidakkah gila namanya itu ?

Modal untuk Khalid menjaja dirinya hebat kerana dia pernah berada di PNB dan Guthrie, tetapi dia lupa memberitahu rakyat yang 'kehebatan' dia berhutang sehingga RM 66 juta dan dilarang masuk satu mesyuarat Guthrie suatu masa dulu.

Nampaknya DSKT tidak keseorangan dalam menghadapi kenyataan-kenyataan bodoh Khalid, ini kerana Azmin juga perlu berdepan dengan perkara sedemikian. Ternyata Khalid bukan manusia yang bercakap dengan menggunakan kepala otak, tetapi menggunakan kepala lutut.

Dua kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh Khalid dalam masa dua hari sudah cukup untuk membuktikan dia seorang yang bodoh. Sebab itulah orang-orang PKR tidak berani berpesta apabila Khalid Ibrahim perlecehkan DSKT , kerana orang mereka pun kena perleceh juga dengan Khalid.

Ya Allah Ya Tuhanku, engkau kekallah hamba mu yang bernama Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sehingga pru akan datang kerana dengan beradanya dia disana ianya memudahkan kerja-kerja kami (BN) menawan balik negeri Selangor yang kami cintai ini. Amin....


No comments: