Thursday, September 2, 2010

Datuk Bandar Ipoh Perlu Letak Jawatan Segera.

Sungguh memalukan...

Saya sungguh geram melihat berita pertama yang disiarkan TV 3 malam tadi. Tidak pernah kejadian begini berlaku di dalam negara kita. Klik di sini

Inilah kali pertama seorang Raja mencemar duli turun untuk menyelesaikan masalah sampah yang dihadapi oleh rakyat. Perkara ini sepatutnya diselesaikan oleh wakil-wakil rakyat dan juga PBT, dan bukannya terpaksa diselesaikan oleh seorang Raja.

Saya jangkakan perkara ini mungkin sudah lama berlaku. Dan juga mungkin aduan demi aduan yang telah dibuat oleh rakyat kepada pihak yang berkenaan tetapi tiada tindakan yang diambil oleh mereka. Mungkin kerana sudah tidak tahan dan tidak tahu kemana lagi hendak diadukan masalah mereka , maka rakyat ambil keputusan untuk mengadu kepada Istana.

Mungkin dari situlah, Raja Muda Perak mengambil keputusan untuk turun sendiri meninjau masalah tersebut. Saya memuji tindakan yang diambil oleh Raja Muda Perak, kerana ianya menujukkan tiada tembok pemisah antara Raja dan rakyat.

Tetapi ini bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Tanggungjawab untuk perkara ini harus dipikul oleh Dewan Bandaraya Ipoh yang diketuai oleh Datuk Bandar.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim

Nampaknya selama ini DBI gagal menjalankan tugas mereka dengan baik dan ianya terpaksa memerlukan campur tangan seorang Raja untuk menyelesaikan masalah sampah yang dihadapi oleh rakyat.

Apa yang Datuk Bandar Ipoh buat selama ini ? Makan gaji buta ke ? masalah rakyat pun tidak boleh selesaikan.

Oleh yang demikian saya rasa Datuk Bandar Ipoh perlu meletak jawatan dengan segera kerana beliau gagal menjalankan tugasnya dengan baik hingga seorang Raja terpaksa turun mencemar duli dan bertanya kepada beliau, tahu tak tempat ni ?

Sila letak jawatan dengan segera !

12 comments:

Anonymous said...

Ini adalah contoh di kalangan ramai PTD yang tidak merasai denyut dan nadi rakyat. Hanya pintar berlagak seperti dewa dan dewi dari kayangan. Akhirnya yang akan dipersalahkan ialah kerajaan. Di manakah semangat bekerja untuk agama, bangsa dan negara?

Jeffry said...

HAMENDA LA DBI NI BUAT KAT OPIS HARI2?. TAK KN TUTUP SBLAH MATE JE KOT. TUGAS DIA MCM ADUN JUGAK. TENGOK2 KAWASAN CARI BERTANYAKAN MSLH. TP NAMPAKNYE DIA YG TIMBULKAN MSLH LA PLAKKK..ADOIYAI..BUAT MALU MAJLIS JEK

Anonymous said...

LETAK JAWATAN LAH OIIII
BODOH PUNYA DATUK BANDAR
MAKAN GAJI BUTA, KERJA HAYUN TELUR JA

Anonymous said...

kerajaan perlu pecat dia ni
simpan orang seperti ini hanya akan merugikan kerajaan shj

Anonymous said...

bebal punya datuk bandar
pemalas !
makan gaji buta !
letak jawatan segera !

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam semua dan wakil baginda, terutama Dato Bandar yang sehingga takat ni saja sejahtera,

Jangan buru jawatan untuk di letak!

Tapi ni akibatnya, makan gaji buta. Teringat kisah kami bersama DBI ni. Maklumlah semua gah! Masa mula2 di lantik Dato' Bandaraya.

Cerita berkisar di Taman Rekreasi Sultan Azlan Shah, Gunung Lang. Tempat tu di kenali ramai sebagai taman cumbu2an.

Pekerja bandaraya makan gaji buta! Bajet pemungut cukai untuk maintain taman cumbu2an setahun selain gaji buta, beli benih, baja, penyelenggalaraan, kenderaan, alat2 mesin, bot dan lain2 lagi mencecah angka yg besar2. Taman sebegitu rupa?

Sama spt bajet2 jabatan kerajaan yang lain, macam tender skru driver Rm250, sama lah yg terjadi. Pastu, nak pulak bajet beli kamera, konon nak cegah maksiat...rupa2 kaki skodeng!

Jika pekerja am begitu, bayangkan pengawai2 atasan, semua terbabit bertanggung jawab perihal taman cumbu2an Sultan Azlan Shah! Patut pun Raja Muda turun cemar duli, murka.

Untuk bangunkan tempat tu, maka panggil lah proposal2. Ada gak nak buat chalet tepi gua dan tasik dengan bungalow2 mewah. Cam MK amik beratus2 ekar kat tasik Banding, nak jugak kelepet 50 hektar taman cumbu2an yang banyak kera jantan ni.

Ada pulak pegawai bermati2an jaja tanah dah ada proposal berjuta2! Konon nak discourage orang lain buat proposal kot?

Taman tu dah pun lengkap kajian awal flora dan fauna oleh IPTA. Mereka menggunakan tempat tu sebagai tapak latihan penyelidikan pendidikan. Latihan2 fizikal insan juga di adakan di situ.

Ia adalah sebuah program komuniti, menjadikan tempat tu sekali gus tampat beriadah yg bertasik dan bergua untuk kegunaan rakyat selain pusat menimba ilmu, kaji selidik dan latihan2 asas dll.

Jika kita tak bersuara, maka rakyat dan pemerintah serta pemimpin yang berguna tak tahu cerita sebenar. Orang yang tak berguna, makan gaji buta adalah satu pekerjaan yang di hina apatah lagi mendapat rezki menerusi jalan2 yang di ragui.

Tok Bandar perlu letak jawatan! Lain orang nanti lain pula cerita, lain pula jadinya pekan bandar, bandaraya kita. Sehingga Raja cemar duli. Tercemarlah duli baginda, melihat sendiri angkara jawatan yang di junjung oleh batu jembala Tok Bandaraya!

Tempat yang baginda tercemar itu adalah tempat sampah! Tempat yang kotor lagi di cemari. Sesuai lah, tempat baginda menunjukan kepada mereka yang bertanggung jawab itu seperti Dato Bandar oleh Baginda, itulah tempat mereka sebenarnya kata!

Sampah masyarakat tu letak dalam incenerator saja. Tak ada, keluar lah bajet...asyik aja conference sini sana pasal sampah dan incenerator, dah berapa lama, sampah semakin hari, rakyat menyampah, banyak kera, makan gaji buta!

Ampun pada Tuanku jua,

Patik, Tok Sir.

Anonymous said...

Salam,

Jangan buru jawatan untuk di letak!

Tapi ni akibatnya, makan gaji buta. Berkisar cerita di Taman Rekreasi Sultan Azlan Shah, Gunung Lang. Tempat tu di kenali ramai sebagai taman cumbu2an.

Pekerja bandaraya makan gaji buta! Bajet pemungut cukai untuk maintain taman cumbu2an setahun selain gaji buta, beli benih, baja, penyelenggalaraan, kenderaan, alat2 mesin, bot dan lain2 lagi mencecah angka yg besar2.

Sama spt bajet2 jabatan kerajaan yang lain, macam tender skru driver Rm250, sama lah yg terjadi. Pastu, nak pulak bajet beli kamera, konon nak cegah maksiat...rupa2 kaki skodeng!

Jika pekerja am begitu, bayangkan pengawai2 atasan, semua terbabit bertanggung jawab perihal taman cumbu2an Sultan Azlan Shah! Patut pun Raja Muda turun cemar duli.

Untuk bangunkan tempat tu, maka panggil lah proposal2. Ada gak nak buat chalet tepi gua dan tasik dengan bungalow2 mewah. Cam MK amik beratus2 ekar kat tasik Banding, nak jugak kelepet 50 hektar taman cumbu2an yang banyak kera jantan ni. Ada pulak pegawai bermati2an jaja tanah dah ada proposal berjuta2! Konon nak discourage orang lain buat proposal kot?

Taman tu dah pun lengkap kajian awal flora dan fauna oleh IPTA. Mereka menggunakan tempat tu sebagai tapak latihan penyelidikan pendidikan. Latihan2 fizikal insan juga di adakan di situ.

Ia adalah sebuah program komuniti, menjadikan tempat tu sekali gus tampat beriadah yg bertasik dan bergua untuk kegunaan rakyat selain pusat menimba ilmu, kaji selidik dan latihan2 asas dll.

Jika kita tak bersuara, maka rakyat dan pemerintah serta pemimpin yang berguna tak tahu cerita sebenar. Orang yang tak berguna, makan gaji buta adalah satu pekerjaan yang di hina apatah lagi mendapat rezki menerusi jalan2 yang di ragui.

Tok Bandar perlu letak jawatan! Lain orang nanti lain pula cerita, lain pula jadinya pekan bandar, bandaraya kita. Sehingga Raja cemar duli. Tercemarlah duli baginda, melihat sendiri angkara jawatan yang di junjung oleh batu jembala Tok Bandaraya!

Tempat yang baginda tercemar itu adalah tempat sampah! Tempat yang kotor lagi di cemari. Sesuai lah, tempat baginda menunjukan kepada mereka yang bertanggung jawab itu seperti Dato Bandar oleh Baginda, itulah tempat mereka sebenarnya kata!

Sampah masyarakat tu letak dalam incenerator saja. Tak ada, keluar lah bajet...asyik aja conference sini sana pasal sampah dan incenerator, sampah semakin hari, rakyat menyampah, banyak kera, makan gaji buta!

Ampun pada Tuanku jua,

Patik, Tok Sir.

Anonymous said...

bila rakyat dah marah, peti undi tempat mencurah perasaan. akibatnya kerajaan yang parah..

sedangkan kerajaan telah mengamanahkan tugas membela rakyat kepada mereka. gaji besar dan pelbagai keistimewaan telah diberikan kepada mereka, tetapi hasilnya???

kesian kepada kerajaan!!!

Anonymous said...

Ampun Tuanku patik betul-betul merasa terharu dan bangga kerana Tuanku sudi mecemar duli turun kebawah melihat sendiri masaalah rakyat.

DAULAT TUANKU ! RAJA BERJIWA RAKYAT

Anonymous said...

TENGOK MUKA DIA PUN DAH TAU MEMANG SEORANG YANG PEMALAS TU.. DIA RAJIN KALAU ADA MASYUK KOT..ORANG CELIK HARAM MAKAN GAJI BUTA..

Anonymous said...

Anonymous said...

"TENGOK MUKA DIA PUN DAH TAU MEMANG SEORANG YANG PEMALAS TU.. DIA RAJIN KALAU ADA MASYUK KOT..ORANG CELIK HARAM MAKAN GAJI BUTA..

September 5, 2010 1:56 AM"...

Bro, nie dia pepatah golfers kata "muka titanium, lengan graphite"... makna addicted to golf, yang tak peduli apa selain dari main golf. Biasala, kakitangan gomen kan hebat2 main golf. Sepanjang masa dok main golf,,,,hihihih