Tuesday, September 14, 2010

Jalan-Jalan Ke Sg.Golok

Sudah lama saya tidak menjejak kaki ke Sungai Golok, iaitu sebuah pekan yang terletak dalam Wilayah Narathiwat Selatan Thailand yang bersempadan dengan Kelantan. Saya rasa sudah lebih dari lima tahun.

Semalam setelah diajak oleh saudara-mara dan beberapa rakan , saya ke Sg Golok bersama mereka. Hanya perlu melintasi sungai selebar lebih kurang lebuhraya dua lorong untuk ke sana. Naik sampan tidak sampai satu minit pun dan tambang yang dikenakan RM 1.00 seorang.

Parking kereta di sini (Rantau Panjang) dan naik sampan untuk menyeberang. Nama pangkalan ini ialah Pangkalan Tok Awang

Kereta-kereta orang Malaysia yang ditinggalkan di pangkalan ini untuk menyeberang ke Thailand
Gambar pelik ini saya rakam di pangkalan berkenaan semasa berjalan untuk turun ke jeti.Orang Kelantan memang pelik-pelik.


Aktiviti menyeludup di pangkalan-pangkalan yang terdapat di tebing sungai berkenaan. Jeti dalam gambar diatas adalah di sebelah Thailand. Barang-barang dipunggah menggunakan perahu untuk dibawa ke Rantau Panjang. Mungkin juga di dalam bungkusan tersebut terselit sepucuk senjata api atau 100 gram dadah, mungkin juga tidak. Wallahualam..
Di sebelah Thailand
Banyak pangkalan-pangkalan yang terdapat di sungai berkenaan. Mungkin jalan inilah yang digunakan oleh penjenayah-penjenayah atau pengedar dadah untuk menyeludup senjata api atau dadah bagi dibawa masuk ke negara kita. Bukan sesuatu yang mudah untuk mengawal di kawasan ini,melainkan pagar pemisah dibina antara kedua-dua negara. Tetapi jika dibina pagar sekalipun berapa panjang pagar yang harus dibina kerana sungai ini agak panjang iaitu dari Rantau Panjang hingga ke Pengkalan Kubor.

Saya nampak jalan ini juga amat mudah bagi penjenayah-penjenayah yang melakukan jenayah di negara kita kemudiannya melarikan diri ke luar negara. Mungkin juga Raja Petra menggunakan laluan ini untuk melarikan diri ke luar negara. Jalan ini juga digunakan untuk menyeludup barangan bersubsidi (minyak masak, tepung, gula, susu dan sebagainya ) dari negara kita untuk dibawa ke Thailand. Apakah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini ? atau ianya perlu terus dibiarkan begini ?









Lihat topi yang dipakai oleh pemandu motor tambang ini



Gambar DS Najib pun ada juga di sini
Pekan Golok











Pemandu bot penambang
Pekan Rantau Panjang, Kelantan. Datang 10 tahun dulu pun begini, datang sekarang pun begitu juga,tak kurang tak lebih. Jalan sempit, kotor , berhabuk semasa panas dan becak semasa hujan.

Tiada sebarang usaha dari Kerajaan Kelantan untuk memajukan tempat ini walaupun ianya menjadi tempat tumpuan pelancong yang popular apabila berkunjung ke Kelantan. Pas hanya mampu mencipta slogan dan berceramah sahaja. Kerja out...

13 comments:

Anonymous said...

Penyeludupan - Kena bagi tugas kat tentera darat untuk menjaga sempadan.

Pembalakan Haram - Tentera mampu menjaga hutan negara kerana kepakaran di dalam hutan.

Bulletinsite said...

ada jugak yang dari seberang sana tu pemegang mykad..

yang ada dua ic malaysia/thailand pun tak mustahil ada..

Anonymous said...

Ada juga kasih sayang sementara di seberang sana. Balik bawa penyakit

Charlotte Arphenee said...

salam,

ai blog hopping, tertarik ngan entry encik nih. ai kawen ngan org thai, so kerap la balik sana. ekceli masa mula2 tuh mmg ai berpendapat macam encik gak. semua menda kat sana seme cam tak betul. seme menda ai nak komplen. tp bila dah kerap ke sana dan makin faham cara hidup mereka yang mmg dah macam tu dari azali, ai dah bleh terima.

bab seludup barang tuh, ai pernah terserempak orang sana hok ada 2 ic, beli minyak pertol sampai 160 liter, guna kereta burok yang dah dimodified. geleng kepala jek ai tgk. klu bab minyak masak n gula tuh, MIL ai dapat sedekah gula seguni masa kenduri, semua gula prai...huhu... nak menangis ai tgk sebab masa tu kita kat sini tgh krisis gula.

bab kemajuan kat Rantau Panjang tu... mmmg sangat tidak sesuai tempat tumpuan pelancong macam tuh. kotor, berselerak dan tak ada peraturan pun. tapi tulah istemewanya Kelantan kan?

my 2 cents

budak celake said...

seronok tengok gambar gambar ini....thanks rbf....lama dah saya tak melancong

Anonymous said...

sebut je kelantan terbayang la mb nya yang cakap berdegor2 tapi kerja haram tak buat. elok la sempadan dengan thai asyik menyeludup je la kerja rakyat jelatanya. depa ni bangga makan hasil kerja seludup ni. ntah apa punya pegangan lah halal haram balun semua. dah 20 tahun pas perintah sana takkan tak terpk nak buat sesuatu kat rantau panjang tu, patung budha besor gedabak boleh plak beranak pinak, heran bin ajaib btul la pas khawarij ni.Depa ni tak ingat mati ka?

Anonymous said...

tak pernah sampai golok.. teringin nak pergi...apa yang best sangat ramai orang berkunjung kat sana tu..

Anonymous said...

PAS memang tak boleh buat kerja...NO ACTION TALK ONLY!!

Anonymous said...

pekan golok makin besar,rantau panjang macam dalam hutan,macam tu le 20thun tak ubah .buat nmalu saja.mb asyik dok fatwa,kenyang dengan ceramah,kerja tuiihh..makan tidur ,bini buat kerja.
para wakil rakyat asyik ceramah ,gaji masuk,kawin ramai,gila seks,...cuba cek sikit siapa kat golok tu,ada pakai serban tak,,

Anonymous said...

Oiii...nampak gaya nye hentam idup2 korang ngan kelantan ni yaaa...suka ati koranglah yg penting aku anak jati kelantan yg benci org luar, especially nogori....wat de makdepaker...hahahaha

Anonymous said...

Pegi mam la korg nk ckp oe pn kt klantan..yg pnting korg sume tetap nk dtg tgok gak kn? Pegi mammmmmmmm

iwan ikhwan said...

Huhuhuhu aq nk prgi mlncong thailand pastu nk amik jln shorcut mne??

Anonymous said...

Teruk LA rantau panje..aritu kawe g time huje,banjir kilat dale pasar.air dkt2 lutut keno ngarung..pihak berkenaan make gaji buta ko?