Saturday, September 18, 2010

Pembunuhan Kejam:DAP Main Wayang Cina

Sikap benci dan anti kepada akhbar melayu paling berpengaruh iaitu Utusan Malaysia oleh puak-puak chauvinis DAP tidak pernah surut. Pantang ada peluang, mereka terus sebat. Bagi mereka selagi Utusan Malaysia terus hidup, selagi itu ianya akan menyusahkan mereka.

Terbaru, DAP Selangor membuat laporan polis mendakwa Utusan Malaysia dan ahli majis tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Mohd Zahid Md Arip telah memfitnah parti itu dalam isu pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. Klik di sini.

Utusan melaporkan Mohd Zahid mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak. Klik di sini

Apa yang dikatakan oleh Zahid dan dilaporkan Utusan adalah benar seratus peratus. Selama ini DAP sering menjadi juara setiap kali timbul kes seperti itu. Lihat sahaja dalam kes Kugan, Teoh BH, kes perompak yang ditembak mati di Klang.

Tetapi apabila timbul kes ini DAP diam seribu bahasa. Kenapa ? Kerana ianya melibatkan orang melayu dan tiada kepentingan untuk mereka.

Sungguh melucukan apabila Lau Weng San berkata seperti di bawah,

"DAP berpendapat bahawa semua pihak tidak harus menggunakan isu sosial ini sebagai isu politik dan polis harus diberi peluang untuk menyelesaikan siasatan mereka.

"Lebih-lebih lagi, polis telah menahan suspek yang berkenaan dan siasatan masih berjalan dan semua pihak harus membiarkan proses perundangan berjalan lancar,"

Ha...ha...ha...

Semenjak bila DAP pandai menghormati polis ? Sebab itu saya kata mereka cuba bermain wayang cina, mereka nak tunjuk baik kononnya.

Masih ingatkah anda pada kes Teoh BH dulu ? Teoh dijumpai mati pada 16 Julai 2010, dan pada 17 Julai 2010 jembalang-jembalang manakah yang berarak ke SPRM Selangor dan berentap dengan polis serta membuat pelbagai tuduhan terhadap SPRM ?
Jembalang manakah itu dalam bulatan kuning sambil memegang sekuntum bunga di tangan ? Petikan laporan harakahdaily 'ketika menanti pimpinan menyerahkan memorandum kepada Pengarah SPRM, peserta perhimpunan antara Dr Dzulkifly,Shamsul Iskandar, Elizabeth Wong, Lau Wen Sang duduk berkumpul di hadapan pintu masuk Plaza.' Klik di sini

Tidak cukup pada 17hb , maka pada 19 Julai 2010 DAP sekali lagi membuat perhimpunan perkauman di Stadium Kelana Jaya sambil membakar akhbar Utusan Malaysia. Klik di sini.

Kenapa pada masa itu DAP tidak berkata "semua pihak tidak harus menggunakan isu ini sebagai isu politik dan polis harus diberi peluang untuk menyelesaikan siasatan mereka dan semua pihak harus membiarkan proses perundangan berjalan lancar ???"

Why ? Why ? Why ? wahai Mr. Lau Weng San ?

Sekarang cuba nak tunjuk baik pula kononnya mereka menghormati polis. Podahhhh....

Setakat hari ini, saya difahamkan tiada seorang lagi pun di kalangan pemimpin-pemimpin DAP yang melawat keluarga mangsa. Kenapa ?
Apabila Kugan dan Teoh BH mati ada pemimpin-pemimpin melayu baik dari Pas atau PKR yang menjadi terlebih cina dari cina dan menjadi terlebih india dari india dalam memberi sokongan kepada mereka.

Apabila usahawan melayu dan rakan-rakannya mati, tiada seorang pun pemimpin DAP datang melawat . Pemimpin-pemimpin Pas dan PKR ada yang datang melawat.

Jelaslah sekarang ini, siapa sebenarnya bodoh dan siapa yang diperbodohkan dalam gabungan haram tiga parti yang dinamakan Pakatan Rakyat. Dan jelaslah juga siapa 'bos' dalam gabungan tiga parti tersebut.






12 comments:

Anonymous said...

Kalau setakat baca utusan dan tengok tv memang tak jumpa pimpinan PR melawat keluarga magsa, realiti nya bukan sebegitu.

blogenstarz said...

Memang TALAM tak BERMUKA puak2 ni.Jika sesuatu isu tidak memberi apa2 faedah kepada mereka,maka isu tersebut dianggap remeh.
Sepanjang isu pembunuhan sosilawati berlaku,tiada satu BLOK PEMBANGKANG pun yang benar2 ikhlas membela kematian beliau.....
BANGSAT !

hilbert said...

Salam RBF,

Bro, izinkan saya ambil gambar diatas... :-)

kalau diamati memang tiada apa2 yg dilakukan DAP/PAS dan PKR berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati serta 3 rakan allahyarham.

Sehingga ke saat ini saya tetap tertunggu "demonstrasi" yg akan mereka anjurkan...rindu juga mahu lihat bagaimana mereka tu berarak macam orang kena histeria dijalanan...

Anonymous said...

ikhlas tu perkara hati. macam mana kau tahu iklas tak ikhlas, kau tuhan ke ?

BANGSAT !

Wake UP! said...

Macamana dia nak bela? Dia memang suka Melayu mati dibunuh seperti tu.

Kalau boleh dia nak buat macam tu pada semua Melayu termasuk Melayu PAS yang menyokongnya.

Ular Menyusur Akar said...

Mereka tidak boleh melawat keluarga mangsa nanti bercanggah dengan kepentingan pembelaan karpal kepada "Peguam Dato".

agbr47:Kalau gitu DAP lebih menghormati Polis dibandingkan dengan PAS.

azman said...

Assalamualaikum rbf

Kita tak perlu pembelaan dari mereka..tapi kita jangan berputus asa untuk menerangkan kepada masyarakat seluruhnya..saya berharap para blogger yang bersimpati menerangkannya dengan adil dan tidak memainkan sentimen.

Anonymous said...

Anonymous said...
Kalau setakat baca utusan dan tengok tv memang tak jumpa pimpinan PR melawat keluarga magsa, realiti nya bukan sebegitu.

September 18, 2010 11:37 PM

ceh... hang menipu sapa? hang menipu demi kalipah, itulah realitinya

Anonymous said...

terbaek, rbf

anon 11:37, proof plzz

Anonymous said...

aritkel terbaikkkk..!tahniah2...

Anonymous said...

pas memang telah dinasikangkangkan

bar todi said...

bro rbf...

baik nya smash...

selanjutnya, boleh tolong siasat tak, dengaq2 kata, lesen mamat lawyer tu dah kena gantung. tapi dengaq2 jugak, dia duk dalam bar council. betoi ka?

kalu betoi lesen dah kena gantung, cemana lak dia buleh duk dlm bar council???