Sunday, September 5, 2010

Pecah Lubang, Orang PKR Pun Tak Percayakan Zaid

Mendengar guruh di langit , air dalam tempayan dicurahkan.

Walaupun dia seorang peguam dan mempunyai firma guaman yang hebat, tetapi akal fikirannya tidaklah hebat sangat. Kalau hebat pun, hebat sikit dari Mahfuz Omar.

Asalnya dia seorang menteri, kemudian apabila heboh diperkatakan kononnya Anwar Ibrahim akan mengambilalih kepimpinan negara pada 16.September.2008, maka dia mula berjinak-jinak dengan sebelah sana walaupun dia masih lagi ahli Umno.

Main dua kolam, sini dia menteri sana dia berkawan. Tujuannya agar jawatan tak hilang jika Anwar menjadi PM kelak. Hasilnya, dia ditolak oleh ahli-ahli Umno di bahagian dia sendiri dan gagal mendapat kuota untuk melayakkan dia bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.

Kecewa dan malu dengan perkara tersebut, dia letak jawatan sebagai menteri dan beri alasan kerana memprotes tindakan kerajaan menahan Teresa Kok dibawah ISA kerana mempertikaikan azan subuh berkumandang sehingga mengganggu kaum lain untuk tidur.
Dey anney, jangan thani murah punya

Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

Masuk PKR, ding dong, ding dong, ada wakil rakyat mati dan dia dapat jadi calon. Masuk pilihanraya dan kalah pula.

Malang sungguh nasib pak pandir ini, nak lihat Anwar jafi PM tak kesampaian, nak bertanding jawatan ketua Umno bahagian tak cukup kuota dan bertanding pilihanraya kalah pula.

Sekarang masuk pula musim pemilihan PKR, dikatakan dia nak bertanding jawatan timbalan presiden. Sekali lagi malang menimpa, dia belum umum secara rasmi lagi pun, orang PKR sudah tolak dia. Kesian dia.......

"Pengalaman perjuangan Azmin dalam PKR meletakkannya ke hadapan jika dibandingkan dengan Zaid, yang kesetiaannya masih diragui"- Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR.

Bukan Utusan Malaysia yang lapor, bukan NST yang lapor, bukan Umno Online yang lapor dan bukan juga Agenda Daily yang lapor. Siapa yang lapor ? Klik di sini

Beginilah nasib diriku yang malang oh tuhan....

Orang PKR tak percayakan dia beb....tak percaya....uhuk...uhuk....malang sungguh nasib badan.

Ingatkan bila masuk PKR dapat jadi superman sepertimana kembalinya Dr.M ke Umno di zaman Tunku dulu. Rupa-rupanya melukut di tepi gantang, duduk dalam Umno dulu dapat juga jadi menteri. Tetapi nak buat macam mana, kerana terlebih kasih dan sayangnya kepada Teresa Kok sanggup letak jawatan. Bodoh punya orang, hukum Hudud dia saman, Teresa Kok kena ISA dia letak jawatan.

Untuk buang sial, ambil bunga taik ayam dicampur dengan beberapa botol jack daniel dan air kencing kuda lumba, kemudian buat mandi tujuh pagi berturut-turut. Cara ini mungkin boleh membantu untuk orang-orang PKR terima dan percayakan dia.





6 comments:

Cencaluk said...

In le Lebai miang moden bukan lebai malang.

Kalau dah kemaruk kuasa dan kekayaan manusia akan memilih jalan yang selesa iaitu jalan maut.

Kalau PAS terang-terang dan gantung diri kerana bersekutu dengan DAP dan PKR zaid ni lak dan memang buta hati buta mata maklumlah mulut dan perut dan penuh dengan minuman haram itulah penangannya.

wmu350 said...

kah..kah..kah..bodoh macam lembu sekolah tinggi2 tapi tak de pegangan punya hidup...semua nak hidup didunia ni dgn gila kuasa...ikut gila tidak tahan,tak mengikut gila tak dapat bahagian..semua serba kerugian
...gila pun gila lah....kah...kah...kah...bagus2

agbr47 said...

Apa-apa pun take beer dulu...

agbr47: Orang pandai pun salah kira

rinandamku said...

ha ha ..cantekkk la bro ! tahniah !

sebab tu orang tua2 selalu cakap , orang tamak selalu rugi ! si zaid ni tak faham bahasa melayu ke ?

si Zaid ni tak akan kemana , melayu dah gerenti tolak punya , sekarang dia menempel pada cina , jangan harap dorang akan bagi dia peluang !

mati beragan la kau Zaid !

Anonymous said...

Zaid kalau kalah kali ni apa lagi standby lah zuraidah dan azmin kena saman. wakakakakak nasib malang betul lah kau ni, ikut je nasihat rbf tentang mandi bunga taik ayam tu mungkin ada lah sikit ong kalau tak mintak teresa jadi bomoh je.

Anonymous said...

zaid lompat ke DAP plak lepasni..