Monday, September 27, 2010

Kekecohan di Kota Raja

Rakan saya yang ke Kota Raja sebentar tadi bagi melihat kekecohan yang berlaku memaklumkan sewaktu dia tiba keadaan di pusat pemilihan sudah tenang.

Dikatakan akibat ketegangan dan kekecohan berlarutan, proses pengiraan undi dihentikan dan peti-peti undi dibawa ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana untuk dikira disana.

Beberapa rakan blogger kita berada di Tropicana sekarang, dan mereka memaklumkan penyokong kepada kedua-dua calon bertanding juga berada disana sekarang. Menurut mereka keadaan juga sama seperti yang berlaku di dewan di Kota Raja.

Untuk pengetahuan anda pertandingan di Kota Raja adalah pertembungan antara india kristian dan india hindu, iaitu exco Selangor Xavier Jayakumar dan seorang ahli biasa KS Kotapan.

Berita awal mengatakan Xavier telah tumpas di tangan Kotapan, dan ini telah menimbulkan rasa tidak senang Xavier dan dia dikatakan menggunakan rangkaian orang-orang atasan PKR agar melakukan 'magic' supaya keputusan memihak kepadanya.

Manakala pasukan lawan tidak berpuashati dengan keadaan tersebut dan itulah punca yang menjadikan ianya kecoh. Ada pihak mengatakan Xavier telah ditumbuk, tetapi sehingga kini saya tidak dapat memastikan kesahihannya.

No comments: