ISU pokok yang
menjadi punca bantahan Pakatan Rakyat dalam isu Lynas Corporation ini ialah
kesan radiasi dan radioaktif yang kononnya dihasil dan dibebaskan oleh kilang
tersebut ke persekitaran setempat. Walaupun telah berbuih dibuktikan bahawa
Lynas hanyalah sebuah kilang biasa, bukan kilang nuklear tapi pembohongan itu
tetap dimain-mainkan berulang kali sehingga ada juga segelintir rakyat yang
termakan dengan hasutan tidak berasas itu.
Kalau pun benar Lynas
menghasilkan sisa radioaktif yang setaraf dengan sisa nuklear yang biasa
dihasilkan loji-loji penjanaan kuasa Nuklear di dunia, kerajaan Malaysia
pimpinan BN sebenarnya telah mempunyai deretan rekod yang panjang dalam
menguruskan soal sisa nuklear ini.
Kewujudan reaktor
nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi sejak tahun 70-an adalah bukti kepada
kejayaan kerajaan BN ini. Setakat ini tidak ada seorang kakitangan atau
penduduk setempat yang terjejas dengan kesan sampingan yang disebabkan oleh
radiasi nuklear seperti yang menjadi tajuk bantahan Pakatan Rakyat terhadap
kerajaan dalam isu Lynas.
JIka Pakatan Rakyat
benar-benar prihatin dengan masalah kesihatan dan pencemaran ekosistem penduduk
setempat, mereka seharusnya telah mengambil tindakan menutup loji Nuklear di
Bangi itu sebelum menjuarai isu Lynas di Pahang. Barulah boleh dikatakan mereka
ikhlas dalam menjuarai isu ini demi alam sekitar bukan faktor ekonomi.
Tapi mereka tidak
melakukannya kerana mereka tahu loji tersebut tidak membahayakan sesiapa sejak
mula dibina hingga sekarang.
Fuziah Salleh sebagai
ahli Parlimen Kuantan dari PKR juga seharusnya menujukan salakannya terhadap
Lynas ini kepada kerajaan Selangor terlebih dahulu, itupun jika benar-benar dia
seorang yang ada intergriti dan tidak membantah isu Lynas ini semata-mata
kerana kepentingan politik Pakatan Rakyat semata-mata.
Selain loji Nuklear
di Bangi, sebuah kilang magnet nadir bumi, Shin Etsu Sdn Bhd juga di Selangor
turut terlibat dalam soal pemprosesan bahan dari nadir bumi untuk produk
keluarannya sejak 90-an lagi. Kenapa kerajaan Selangor sekarang dan Fuziah
sendiri tidak membantah kewujudun kilang tersebut? Adakah kerana ia akan
menjejaskan ekonomi Selangor dan pendapatan rakyat Selangor yang akhirnya akan
membawa kepada tumbangnya Pakatan Rakyat di Selangor?
Soal ia didirikan
oleh atau pada zaman kerajaan Barisan Nasional, itu bukan isu utama. Soal alam
sekitar ini (jika benar mengancam masyarakat setempat) bukan ditentukan oleh
pihak mana yang membina. Yang penting kalau kerajaan semasa berpendirian produk
nadir bumi ini adalah produk radioaktif dan beradiasi, maka mereka harus
mengambil keputusan menutupnya.
Apatah lagi yang
jelas hasil radioaktif Nuklear di Bangi itu.
Fakta yang penulis
dedahkan di atas membuktikan bahawa bantahan Pakatan Rakyat ke atas pembinaan
kilang Lynas ini bukan atas sebab alasan kesihatan atau alam sekitar.
Sebaliknya ia berkenaan dengan ekonomi negara asal kaum yang paling kuat
menentang projek pembinaan Lynas ini. Penulis tidak mahu menyatakan disini kaum
yang mana satu tapi jenguk-jenguklah sekitar Himpunan Hijau 2.0 yang
berlangsung pada hujung Februari yang lepas, kaum mana yang paling ramai
menyertainya ?
Penulis: Beruang Biru


4 comments:
Artikel terbaikk .... sangat tepat .
dah tau dah. Ini kafir harbi tgh mua sb si babi anu berahi sudah ampu bodek cucuk babi2 DAP spy memberontak menentang kerajaan., rakyat perlu atur langkah senyap2 , kita hancurkan babi2 dan anjing2 peguam hak asasi yg tak berguna sesenpun kpd manusia.. Jihad menentang kafir harbi ini bukan bergabung dgn binatang2 ini seperti anjing2 PAS yg hidup segan mati tak mau. Kecik2 tak nak mampus dah besar menyusahkan org
aku selalu tulis ni (puspati bangi ) di blog gap'
kini kita ada kawan yg sama pemikiran K
gua pernah lawat puspati ni(skrg nama da tukar la)
radiasi yg dipancar direct terus pada kebyakkan sektor pertanian utk mencari gred benih bermutu tinggi..
konsep penyelidikan..
(pasti ahli neklear pas dpt sahkan sebab da lama sgt berfungsi membantu negara)
lynas adalah kunci product2 canggih masa depan ipad. hibrid car dbl(dan banyak lagi)
AKU CADANGKAN BATALKAN CALON BERTANDING BG MANA2 PARTINYA ATAU CALONNYA FITNAH ISU LYNAS
JUST SEHARI KEPUTUSAN ATAU MASA PENGIRAAN UNDI..SPR BATALKAN TERUS PENGKIANAT NEGARA NI..BIAR DEPA RASA.PADAN MUKA.
SEBAB DIAORANG MENGANCAM EKONOMI MALAYSIA PD MASA DEPAN..
.
Isu yang dibangkitkan bukan sahaja menyusahkan tetapi tidak menguntungkan negara. Dalam hal seperti ini kerajaan lebih perihatin dengan kesihatan rakyat dan kejaian demi kejian telah dibuat untuk memastikan penduduk setempat kahasnya dan kesihatan orang ramai amnya tidak terjejas. Orang yang sakit hati sahaja dengan kemajuan akan menidakkan apa sahaja yang dilakukan unutk memuaskan nafsu khianatnya. Asalkan mendapat milage politik apa sahaja akan dilakukan asalkan niatnya itu berjaya.
Post a Comment