Thursday, March 1, 2012

Perlantikan Khairy Di PUNB Rugikan Bumiputra


Kata Khalid Ibrahim perlantikan Khairy Jamaluddin Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) langkah ke belakang dan merugikan bumiputra.

Podah chittttttt.......

Gajah depan mata tak nampak kuman seberang laut dia nampak.

Cermin diri sendiri dulu weh.....

Siapa yang merugikan Bank Islam ?

Siapa yang hutang dengan Bank Islam RM 66 juta untuk beli saham Guthrie tak berbayar ?

Dah lah hutang tak nak bayar, kemudian dia saman pula bank yang beri hutang kepadanya.

Itu menguntungkan bumiputra ke ? 

MB Selangor diarah bayar RM66.67 juta kepada Bank Islam 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diarah oleh Mahkamah Tinggi di sini membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia bagi pinjaman beliau untuk membeli saham Guthrie pada tahun 2001 ketika beliau menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf yang membuat keputusan itu dalam kamar bagaimanapun membenarkan permohonan Khalid untuk menangguhkan pembayaran sementara menunggu permohonan rasmi pada 16 Sept.

Peguam Khalid Malik Imtiaz Sarwar memberitahu pemberita bahawa Rohana membenarkan permohonan Bank Islam untuk satu penghakiman terus mengenai alasan kes itu tidak perlu dibawa ke satu perbicaraan penuh kerana tidak ada isu triable.

Satu penghakiman terus merupakan satu keputusan akhir oleh seseorang hakim yang menyelesaikan satu tuntutan mahkamah untuk memihak kepada salah satu pihak berkenaan. Satu usul untuk penghakiman terus dibuat setelah penemuan siap tetapi sebelum kes itu dibawa ke perbicaraan penuh.

Malik Imtiaz berkata rayuan akan dibuat dengan Mahkamah Rayuan terhadap keputusan hari ini kerana beliau berpendapat perkara itu hendaklah dibawa ke perbicaaraan penuh.

Katanya beliau akan memfailkan satu permohonan penangguhan keputusan awal minggu depan.
Mahkamah itu menetapkan 16 Sept untuk mendengar permohonan rasmi penangguhan keputusan dan sebutan saman Khalid terhadap Bank Islam.

Sumber: m star online
Kisah Khalid memberi saham Guthrie juga boleh dilihat di sini

Dah dekat pilihanraya baru Khalid teringatkan bumiputra.

Selama ini kerajaan dia lah yang nak menghapuskan hak bumiputra termasuk membuka UiTM kepada bukan bumiputra.

Kah....kah....kah....kah....kah....lucu sungguh apabila Khalid Ibrahim bercakap pasal bumiputra. Kata seorang rakan twitter saya (MatPayet) Khalid Ibrahim sikat rambut pun tak reti.

3 comments:

Anonymous said...

alaa khalid..perlantikan kau sebagai mb selangor laaaaaagi la merugikan bumiputera selangor.

keh keh keh

Anonymous said...

1. Minta Uitm di buka kepada semua kaum.

2. Tak mahu Uitm di buka di Selangor.

Siapa tu? Bukan Khalid Gagap ke? Tak rugi lah bumiputera ya?

Bijak ke tu?

Anonymous said...

sigagap ni tidak lain tidak bukan...mahu kumpul kekayaan utk jelaskan hutang dengan bank islam sejak jd mb ni...habis harat rakyat selangor dijualnya...gagap-gagap paolah ekau ni...menghabiskan boreh jo...hampeh ekau ini.