Thursday, August 6, 2009

LAPORAN POLIS TERHADAP RBF OLEH PENGERUSI NUJ-UM

Amran (tengah) selepas selesai membuat laporan polis di Balai Polis Pudu. Yang berbaju biru sebelah kiri Amran tu nampak macam kenal ja. Garang muka bro...
(Gambar dipetik daripada Malaysiakini)

Amat malang bagi NUJ- UM kerana mempunyai seorang Pengerusi yang penakut. Patutlah isu tunggakan CA telah setahun berlarutan,kerana ketuanya seorang penakut,walaupun wajahnya nampak garang.

Hanya dengan satu perkataan lanyak sahaja Amran tidak berani keluar rumah dan tidak berani ke pejabat. Saya berharap saudara Amran tidak pergi mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh yang saudara Amran mesti ada sesuatu agenda dengan DAP atau PKR. Ini kerana semua berita yang berkenaan dengan NUJ-UM mesti mendapat liputan daripada portal berita online Malaysiakini. Ini termasuklah berita laporan polis yang dibuat oleh Amran terhadap blog saya. Tiada satu pun portal berita lain yang melaporkan perkara ini kecuali Malaysiakini.

Kita semua sedia maklum yang Malaysiakini 'berkiblatkan' DAP dan PKR. Saya juga tahu yang Tian Chua memang salah seorang 'main player' di Malaysiakini, selain daripada Steven Gan ,Pramesh dan Sivarasa. Malaysiakini sekarang dipayungi oleh Datuk Soh Chee Wan yang juga rakan karib Anwar Ibrahim. Jadi,apa maknanya semua ini saudara Amran ?

Daripada dulu lagi saya sudah pelik,kenapa sebarang berita berkenaan dengan NUJ-UM pasti akan mendapat liputan Malaysiakini,tetapi tidak di portal lain. Hati saya bertambah panas bila saya melihat gambar di fotopages minaq jinggo yang Tian Chua hadir ke majlis yang dianjurkan oleh saudara,selaku Pengerusi NUJ-UM. Selepas itu bila saya mengetahui pula siapa latar belakang saudara,itu yang membuatkan hati saya bergelegak dan terus saya buat artikel yang berkenaan.

Peringkat awal saya buat artikel berkenaan saya tidak menduga ianya akan menjadi 'panas' seperti sekarang. Ianya lebih kepada luahan hati saya. Saudara kena ingat,blog adalah medan luahan hati seseorang. Saya tidak memaksa orang membacanya dan saya juga tidak boleh menghalang orang daripada membacanya. Saya tidak pernah mengiklankan atau mempromosi blog saya dimana-mana tempat serta tidak mengenakan sebarang bayaran untuk orang membacanya. Ianya sekadar medan luahan hati dan perasaan saya.

Berhubung dengan laporan polis yang dibuat terhadap saya, ingin saya tegaskan,saya tidak pernah sama sekali membuat apa-apa ancaman terhadap saudara. Saya tidak berkata 'lanyak Amran'. Saya berkata 'petualang atau si kitul ini harus dilanyak habis-habisan'. Jika saudara bukan petualang atau si kitul yang dimaksudkan kenapa harus saudara melenting sehingga memaksa saudara membuat laporan polis. Maknanya apa disini ? Maknanya saudara memang akui yang saudara ini seorang petualang atau sikitul di Utusan. Terima kasih kerana mengesahkan. Jika saudara menafikan yang diri saudara bukan petualang atau si kitul,maka saya mencadangkan agar saudara menarik balik laporan polis berkenaan.

Saudara juga berkata (berdasarkan laporan Malaysiakini) saya mengugut dan mengancam keselamatan saudara. Apa yang saya ugut dan apa yang saya ancam ? Adakah saya ada keluarkan perkataan b*n*h Amran atau te*b*k Amran dalam artikel berkenaan.

Saudara juga melahirkan rasa khuatir akibat daripada penulisan di blog saya ini akan memberikan kesan negatif terhadap siasatan dalaman Utusan Melayu yang sedang dijalankan ke atas saudara. Apa yang hendak dibimbangkan saudara ? Hebat sangatkah saya dan blog saya ini sehingga boleh memberi kesan kepada penyiasatan dalaman syarikat saudara ? Tidak ,wahai saudara Amran. Sama sekali tidak. Blog saya hanya blog jalanan sahaja. Saya yakin ianya tidak akan memberi kesan terhadap penyiasatan tersebut. Kalau ianya memberi kesan,maknanya saya ini hebat dan Utusan Melayu boleh ambil saya bekerja dengan mereka seterusnya lantik saya sebagai wartawan kanan agar boleh saya bergandingan dengan Awang Selamat. Mungkin juga saya boleh ambil alih tempat saudara sebagai Pengerusi NUJ-UM,dan saya akan 'fight' habis-habisan kebajikan ahli-ahli NUJ-UM.

Pada pandangan dan pendapat saya isu CA tertunggak di Utusan tidak akan selesai selagi saudara memegang jawatan Pengerusi NUJ-UM. Saudara tidak pandai menari,kemudian saudara salahkan padang tidak rata. Saudara telah gagal menjalankan tugas saudara sebagai Pengerusi. Apabila saudara gagal ,maka saudara simbah lagi minyak tanah agar api lebih marak. Apabila api sudah marak ianya gagal dipadamkan dan seterusnya hangus. Saudara kena ingat,api waktu kecil dia jadi kawan,bila besar dia jadi lawan. Seseorang Pengerusi sesebuah Kesatuan harus main peranan ibarat tarik rambut dalam tepung. Rambut tidak terputus,tepung tidak terburai. Tetapi tidak bagi saudara. Saudara main konsep serang,serang dan serang. Yang jadi mangsa adalah ahli-ahli dibawah.

Nasihat saya kepada Amran,agar berundurlah dengan cara elok dari Utusan. Saudara mungkin boleh mohon kerja di Malaysiakini,Sin Chew atau mungkin juga dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya rasa saudara boleh mendapat gaji yang lebih baik di sana. Tiada guna saudara terus memeningkan kepala saudara dengan isu CA di Utusan Melayu. Jika saudara rasa sayang kepada ahli-ahli NUJ-UM lebih baik saudara berundur secara elok. Saudara akan dikenang sebagai seorang Pengerusi yang sanggup berkorban demi kesejahteraan ahli. Saudara anggaplah diri saudara seperti sebatang lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain.

Saudara jadikanlah bekas PM kita (Pak Lah) sebagai contoh. Beliau akui kesilapan beliau dan beliau berundur dengan cara elok sebelum rakyat undurkan beliau. Maka hasilnya,rakyat tetap akan kenang dan sanjung beliau. Saudara jangan jadikan Samy Vellu sebagai contoh,kelak merana badan. Rakyat sudah bagi isyarat supaya berundur,tetapi beliau tetap berdegil. Akhirnya rakyat Sungai Siput undurkan beliau. Kini beliau terus menerus ditolak oleh kaum beliau sendiri,malah terus menjadi beban kepada BN.

Itu adalah sekadar pandangan daripada saya. Tetapi saya tidak tahu isi hati saudara.

Mungkin juga saudara lebih gemarkan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai contoh dan cuba bermain politik ala Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang di Utusan. Pada pandangan saya saudara sengaja bermain politik begitu,agar Utusan memecat saudara dan kemudian saudara akan buat 'road show' satu negara menjaja cerita yang Utusan ini zalim. Selepas itu saudara teruskan pula tradisi saman menyaman dan drama akuan bersumpah. Jika pandangan saya ini benar saya minta maaf terhadap saudara kerana saya telah menghidu taktik saudara.

Adakah tragedi mini 1998 akan berulang di Utusan Melayu ? Sama-sama kita tunggu babak seterusnya.


14 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Sdr RBF,

tahniahlah krn bijak `menghidu' bau sampah sarap kat bdn pengerusi nuj-Utusan ni......


*chub-reporter*

Anonymous said...

faisal,

yg tgh tu haram penakut -berani krn ada tian chua je

yang bdn besar tu - harap bdn je besar, hati kecik mcm hati tikus, jatuh dlm beras pun boleh lemas!

yg sorang lagi tu - no komen-kesian asyik jd kuda tunggangan.

dahlah bdn kecik, ditunggang si badan besar.tak ke patah tulang belakang!!!

*sheeda shepet*

Anonymous said...

sdr faizal,

diriwayatkan oleh aku sendiri:

``sebodoh-bodoh manusia ialah mereka yang dok berlawan dgn blog!!!''


*faizaltaher*

ruang bicara faisal said...

kpd sesiapa yang tahu

saudara amran ini memegang jawatan apa di utusan dan bertugas di bahagian mana?

berapa lama beliau bekerja disana ?

sekadar ingin mengetahui shj.

Waris Pahang said...

Salam Perjuangan, saya mengikuti perkembangan isu ini.

Anonymous said...

jangan percaya amran penipu ni, bos2 kat utusan kena buat laporan polis jugak kat setan sekoq ni, kurang hajaq dok ngutuk suratkhabaq melayu aja

-kak rozz

ruang bicara faisal said...

ada pembaca yang menghantar komen kpd saya memberitahu bahawa pada mlm berkenaan amran tidak jemput tian chua dan addullah sani

sebenarnya amran jemput presiden mtuc,syed shahrir. tetapi beliau tidak datang dan wakilkan kpd 2 org itu.

pada saya jemput syed shahrir pun sama juga. beliau pun berkiblatkan pkr juga.

dah takde wakil kerajaan ke utk dijemput atau ngo yang non partisans.

Anonymous said...

aler lek le bro.bro pro umno.tader kesan nyer laporan polis tuh.apa nak takut

Anonymous said...

Blog emosional, tak ilmiah langsung. Blog budak-budak Kemas!!

- Mohd Hasrul

Anonymous said...

saya juga diberitahu oleh rakan-rakan di sana yang juga dari NUJ dan bukan NUJ yg undangan juga telah diberi kepada Pemuda UMNO tetapi tiada respon. Ntah le... jgn jadi tin kosong, gegap gempita menyalak, kat sana nanti lidah dicurah minyak panas.

Anonymous said...

Siapa yang bersalah?

From the beginning, my instinct always believe that Amran not a sincere man, look like DAP agent or anti-UMNO. Since he joint Utusan, anybody knew that Amran will destroy Utusan. When i was told by someone that the company hired Amran as a journalist, i questioned him, Why? Did they know about Amran's background? He said: Yes, but the panel was finalize it already. They believe Amran not like his late father, Ahmad Nor.
So, will Utusan make something to monitor him? He said: I dont think so.I was very disappointed. Then i told him to make sure not giving any chance or opportunity for Amran to make Utusan suffer.

After several years, its happened. I'm not blaiming Amran at all. Because, Amran absolutely was anti-UMNO and DAP member, indirectly. But, more or less, the officers who bring Amran to Utusan should be "punish". Recently, again and again and again... i was told that Utusan was doing same mistake when hiring one ex-PKR member as a journalist. If i was not mistaken, he was crime repoter now. I'm not saying that he will be take opportunity like Amran. May be he is sincere man and now get along with UMNO and Utusan policy and spirit. I hope so. But, Utusan cannot take it easy and have to investigate and monitor him.
As, ex-journalist in Utusan, even more than 10 years i'm quit and now doing small family business, but Utusan always in my mind. I will love Utusan forever... and ever.
Lastly, i hope all Utusan reporters and NUJ-UM members now make a clear stand. And, till now nobody among NUJ-UM leader bring out Utusan problem to opposition party or leader, like Amran doing now. This is very bad attitude. And, till now nobody among NUJ-UM leader bring out Utusan problem to opposition party or leader, like Amran doing now. This is very bad attitude.
If u choose to support Amran, better quit from Utusan. U all have no choice, only to stay in Utusan and accept its policy and political behavior - i mean in terms of supporting UMNO - or leave Utusan.

Dirgahayu Utusan.

Anonymous said...

salam bro,ex-Utusan..ehmm..kenapa tak guna Bahasa Melayu?kata bekas reporter Utusan?aku tgok macam bekas reporter The Star je..pasal reporter yang kerja Suara Keadilan tu, saudara janganlah nak samakan dengan Amran...dia hanya cari makan..macam reporter kat Utusan juga, bukannya semua sokong UMNO pun.kalau begini..selepas ini,buang semua reporter kat Utusan,ambik sahaja ahli UMNO kerja kat sana.

satu lagi yang aku cukup kecewa..kenapa UMNO tidak mempedulikan kebajikan pekerja Utusan??sepatutnya gaji wartwan Utusan sekurang-kurangnya dah boleh menyamai B.harian paling kurang..malu je kalau tengok perbandingan gaji antara dua syarikat ni..ini aku bagi contoh gaji permulaan antara wartawan Utusan dan Berita Harian

Utusan- RM1860
BH-RM2900

lu pikirlah sendiri!!!!

Anonymous said...

Saudara Faisal,

Kalau Menteri Pertahanan pergi ke Israel jumpa Menteri Israel di sana tu macam mana nak kata?

Saya cadangkan saudara Faisal lah yg jadi Pengerusi NUJ tu..

Mungkin isu yg telah lama pending tu selesai dan pasal kes tiang gol yg mahal tu harap-harap tak ada yg terjun bangunan selepas disiasat..

-hang cakap macam hang tera.. piirahh!!