Wednesday, August 5, 2009

INFO TERKINI !!! BN SELANGOR HARUS BERSIAP SEDIA. SEMBOYAN HAMPIR DIBUNYIKAN


PANAS !!! PANAS !!! PANAS !!!

Sukar untuk diselamatkan, nasi dah hampir menjadi bubur,telur dah dihujung tanduk...

Berita yang baru diterima oleh RBF,Mesyuarat Mingguan Exco Selangor hari ini jadi medan pertikaman lidah. Kata-mengata,perli-memperli hingga satu tahap menghentak meja di kalangan exco-exco Selangor. Hingga Khalid Ibrahim jadi bingung seketika.

Hassan Ali bersama Iskandar bertikam lidah dengan Ronnie Liu,manakala Dr.Halimah dengan Teresa Kok.

Ugut mengugut juga berlaku. Ada yang mengancam untuk menarik diri keluar dari Pakatan. Hassan Ali mencadangkan agar DUN Selangor dibubarkan.,jika tidak PAS akan menarik diri keluar daripada Pakatan. Teresa Kok, Elizabeth Wong dan Xavier Jayakumar menjerit sebagai tanda bantahan. Manakala semua exco PAS menyokong Hassan Ali.

Khalid gagal mengawal keadaan. Lalu beliau mengeluarkan arahan supaya semua exco menutup mulut berhubung dengan kes Ronnie Liu sehingga jumaat ini. Tujuannya agar beliau dapat berjumpa dengan 'orang-orang' diatas beliau dulu,sebelum sebarang arahan dikeluarkan.

Majlis Pimpinan Pakatan peringkat pusat juga akan bermesyuarat secepat mungkin bagi membincangkan hal Selangor. PAS Selangor juga akan bermesyuarat dengan segera bagi membincangkan hal ini. Sekiranya DUN tidak dibubarkan,PAS akan menarik diri keluar dari Pakatan. Sekiranya PAS menarik diri,kerajaan Selangor yang ada sekarang tidak boleh memerintah lagi. Ini kerana kedudukan kerusi akan jadi sama banyak. Iaitu 28-28. Keseluruhan kerusi DUN di Selangor adalah 56. BN-20 , PKR-15 , DAP-13 dan PAS-8.

Kepada BN Selangor,anda harus bersiap sedia sekarang. Gerakan jentera p/raya secepat mungkin. Jangan tangguh-tangguh lagi. Datuk Noh Omar juga boleh mula menyenarai nama-nama calon sekarang. Pastikan jangan terlepas lagi sekali ini.

Harap BN ambil serius perkara ini. Jangan pandang enteng lagi. Kerajaan Selangor sekarang sukar untuk diselamatkan lagi.

Ayuh BN,siap sedia,semboyan hampir dibunyikan.

Bangkit,bangkit,bangkittttttttttt....


Jangan sampai semboyan sudah berbunyi baru hendak bangkit. Kalau amalkan begitu pasti akan kalah perang lagi.

9 comments:

eXception said...

Ya bersedia UMNO Selangor, bangkit dari mimpi-2...


eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Belacak said...

Sdr Faisal

Sebentar lagi Mursyidul Pakatsn Riot iaitu LIM KIT SIANg akan membuat lawatan ke Selangor dan suasana akan reda kembali seperti isu babi yang melanda Kedah!

Anonymous said...

Macam tak caya aje pas selangor ada telur.Jangan lepas ni pas pusat masuk campur dan macam biasa pas-dap cemolot balik.

Ini semua semata2 untuk menunjukkan pas jaguh dan pejuang isle,dap pula jaguh kafir harbi cina yang sanggup berjuang untuk ketuanan babi dan arak.Ingat lagi kes roboh tempat melapah babi di Kedah?Dulu dap ugut nak keluar pakatan,kali ni pas pulak ugut nak keluar pakatan.Ini kan skrip biasa diorang menjelang PRK.

Tak caya kita tunggu dan lihat lakonan cinetron indon diorang.

-pemastautin Selangor

Maya Khairy said...

Saudara RBF,

Kalau ada PR di Selangor, Maya pun nak kempen sama, tapi setakat dalam blog je lah, ha ha ha!!!

MoneyMatters@Nizam said...

Memang terbukti DAP sgt berkuasa di Selangor.

kokawi said...

PAS nak keluar dari PR?mmm...macam ulang tayang filem tamil kat Kedah jer....ader tiket free ker...ini wayang bila nak show...phuuitt.

jamil said...

Kokawi, Tiket free boleh minta dgn Hj Ronnie Liu.

PPUBJ said...

salam, minta izin untuk copy entry ini..terima kasih..

pemudasp said...

Pemudasp sudah sinsingkan lengan....