Wednesday, August 12, 2009

Nik Aziz sifatkan PKR parti mencelarukan. Samakan PKR dengan S46


Dulu lain sekarang dah lain. Dahulu bujang sekarang dah kahwin. Tapi kahwin mutaah sahaja. Maaf Datuk SM Salim,tambah lirik sedikit.

Walaupun Nik Aziz seorang 'ulamak' tapi dia punya iman dan pendirian dia tidak pernah tetap. Dia boleh tukar cakap dan hukum suka-suka hati dia sahaja. Benarlah apa yang dikatakan oleh House PK di sini.

Dulu,Nik Aziz dan Husam Minyak memang anti sangat-sangat dengan PKR dan DAP. Malah Husam Minyak sendiri pernah meninggi suara terhadap Anwar dalam satu mesyuarat sebelum PRU 2008.Lihat sini. Husam Minyak juga pernah memberitahu Ezam Md.Nor bahawa mereka hanya ingin kudakan Anwar habis-habisan.Lihat sini pula. Anwar sendiri pun dalam mesyuarat PKR juga menghentam PAS . Lihat sini pula. Inilah buktinya mereka semua tidak pernah ikhlas satu sama lain.

Tetapi,PAS melihat setelah PKR dan DAP banyak memberi keuntungan kepada PAS dalam PRU 2008,maka kedua-dua beranak itu yang juga arkitek utama PAS (Nik Aziz dan Husam Minyak) telah berpusing 360 darjah menyokong Anwar dan DAP.

Mereka akan suka-suka hati tukar apa sahaja asalkan memenuhi kehendak mereka. Dulu mereka berkata, Islam membenarkan sumpah dengan syarat menyebut nama Allah. Tetapi,bila Saiful bersumpah dengan cara itu (sini) mereka kata,ikut cara kristian dan kerja bodoh. Nanti dikatakan saya tipu pula,kalau tak percaya lihat sini yang asal. Banyak lagi benda-benda lain yang mereka tukar atau tafsir ikut sedap kepala otak mereka, kalau saya nak tulis 13 keping kertas kajang pun tak cukup.,Inilah perangai orang yang kononnya memperjuangkan Islam.

Cakap tak serupa bikin
,
Bikin tak serupa cakap
,
Cakap,cakap,cakap,tak bikin-bikin.

Kalau saya yang cakap atau Utusan Malaysia cakap, juak-juak PAS kata pembohong pula. Sekarang ni rakan karib Amran Ahmad , iaitu Malaysiakini yang cakap. Berikut adalah petikannya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu "mencelarukan".

Malahan, beliau dipetik oleh Bernama sebagai berkata, PAS lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR. Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di pejabat PAS di Kota Bharu. Beliau diminta mengulas kenyataan PKR dalam sebuah akhbar baru-baru ini bahawa parti itu tidak mahu bertanding di Kelantan pada pilihanraya umum nanti. Beliau berkata kerjasama dengan PKR sama seperti pengalaman PAS menjalin kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (SM46) pada akhir 1980-an dan awal tahun 90-an. "Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan PAS dan dia masuk semula Umno," kata Nik Aziz.

Tolak kekerasan


Pada pilihanraya umum 2004, PKR bertanding tiga kerusi negeri dan satu kerusi parlimen di Kelantan tetapi tewas kesemuanya. Ketika ditemubual oleh media Indonesia, Nik Aziz berkata PAS akan menyertai pilihanraya selagi sistem itu membolehkannya untuk mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tidak mungkin PAS menolaknya dan menggunakan kekerasan dalam mendapat kuasa, katanya ketika ditanya oleh wakil Metro TV dari Indonesia mengenai kedudukan PAS dalam sistem pilihanraya di negara ini. "Setakat ini itulah sistem yang ada di Malaysia untuk memerintah dan PAS akan menggunakan sistem itu," katanya. Mengenai sumber ekonomi kerajaan negeri, Nik Aziz berkata, Kelantan mempunyai banyak sumber asli termasuk pembalakan, pertanian dan perlombongan yang memberi hasil yang lumayan. "Kita ada banyak hasil untuk membangunkan Kelantan," katanya.

Link asal klik sini.

Jangan terkejut semasa di Padang Masyar nanti,orang-orang seperti ini yang lebih awal ke neraka berbanding orang-orang lain. Saya tidak nafikan mereka bijak pandai dalam agama, tapi mereka tidak guna di jalan yang betul. Kerana mereka orang - orang yang sering menyalahguna agama untuk kepentingan politik dan keperluan mereka sahaja. Lidah mereka yang bercakap sepatutnya boleh membawa berkat kepada masyarakat, tetapi mereka jadikan lidah mereka sebagai lidah syaitan untuk menghasut dan memecah belah masyarakat. Astagfirullahalazim...Nauzubillah...

Bismilahirahmanirahim

Ya Allah ya tuhanku sesungguhnya tiada tuhan lain yang kami sembah melainkan engkaulah tuhan yang maha esa. Ya Allah ya tuhanku,tuhan yang maha esa dan tuhan yang maha agung di muka bumi ini. Kau kembalikanlah umatmu ini dan orang-orang yang bijak pandai dalam agama Islam di Malaysia ini dan diseluruh dunia ke jalan yang benar dan yang kau redhai. Bukakan pintu hati mereka semua ini agar tidak terus menyeleweng dan terus menyesatkan umat mu mengikut kehendak politik mereka. Ya Allah ya tuhanku ampunkanlah dosa-dosa mereka,dosa-dosa seluruh umat Islam di muka bumi ini termasuk dosa saya. Ya Allah ya tuhanku,hanya pada mu tempat kami insan mu yang hina ini untuk memohon. Ya Allah ya tuhanku perkenankan lah permintaan kami.Amin...amin..ya rabal alamin.

1 comment:

House PK said...

SESUNGGUHNYA TUAN LEBIH MENGENALI MEREKA, SAYA PERCAYA APA YANG SAUDARA TULISKAN ITU KERANA SAYA SENDIRI PUN MENGIKUTI PERKEMBANGAN PAS DAN PKR DARI DULU LAGI TUAN! AYUH TUAN BONGKARKAN LAGI KEMUNGKARAN MANUSIA DURJANA YANG BERTOPENGKAN ISLAM!

RBF THE BEST!