Thursday, August 27, 2009

PKR TAMBAH SATU KERUSI PARLIMEN ???

Adakah ini wajah Ahli Parlimen PKR yang baru ?

Selamat tinggal BN !

Akhirnya perang dingin Chua Soi Lek dan Ong Tee Keat, telah pun meletuskan bom malam ini. Chua Soi Lek dipecat jua daripada MCA. Tahniah Mr.Ong Tee Keat ! Sudah kurang satu beban yang digalas oleh BN. Tinggal lagi beban dalam MIC yang masih digalas oleh BN.

Selepas Chua Jui Meng,nampaknya PKR boleh mengucapkan selamat datang pula kepada Chua Soi Lek. Kemungkinan besar juga saya meramalkan anak Chua Soi Lek iaitu Chua Tee Yong,Ahli Parlimen Labis, juga akan menyertai PKR. Jika ramalan saya ini benar maknanya PKR akan menambah satu lagi kerusi di Parlimen. Jika semua ini benar,maknanya sudah ada tiga orang Chua dalam PKR. Chua Jui Meng, Chua Soi Lek dan Chua Tee Yong.

Sudah tentu Ong Tee Keat mempunyai alasan yang kukuh untuk memecat Chua Soi Lek. Beliau juga sudah memikirkan apa risiko yang bakal dihadapi. Pemberontakan daripada ahli juga pasti akan berlaku. Tetapi, kita terpaksa hadapi semua itu,jika kita mahukan satu imej yang bersih. Sekali lagi tahniah kepada Ong Tee Keat.

Hubungan Chua Soi Lek dan Anwar Ibrahim juga tidak dapat disembunyikan lagi. Mereka sering berhubung. Mereka pernah bertemu di Mont Kiara tahun lepas(Rujukan,klik disini)

Akhir kalam, kepada penyokong BN,harap bersabar. Keributan pasti berlaku,kita harus tenang,jangan hentam parti. Biarkan pucuk pimpinan selesai kemelut ini dan kita ikut sahaja apa arahan yang pemimpin kita arahkan. Jangan pula kita ikut sama memberontak.

Pssttt...lebih elok Chua Soi Lek sertai PAS dan kemungkinan beliau akan dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS. Jika beliau sertai PAS sudah tentu video seks beliau akan dikatakan "itu semua fitnah BN".

No comments: