Saturday, August 15, 2009

KETUA POLIS SELANGOR PULA JADI MANGSA PERMAINAN POLITIK


Sepertimana yang diketahui umum hari ini. Ketua Polis Selangor disaman oleh sebuah syarikat agensi pelancongan berhubung kegagalan beliau membayar kos tiket penerbangan untuk beliau dan isterinya ke London pada tahun 2007.

Seperti biasa,bila berita ini mula dilaporkan oleh media yang berkiblatkan PKR dan DAP iaitu Malaysiakini (rujukan,klik disini) dan ianya mula disambut pula oleh pencacai-pencacai PKR,PAS dan DAP yang lain yang sememangnya anti polis. Perbicaraan belum bermula,tetapi mereka sudah mula membuat pelbagai tuduhan buruk terhadap KP Selangor.(rujukan,klik disini) dan (rujukan,klik disini)

Ini tidak lain tidak bukan adalah kerana dendam mereka terhadap polis yang tidak pernah habis. Lalu KP Selangor ini dijadikan mangsa mainan politik mereka dan dituduh pelbagai tuduhan.

Cerita sebenar yang saya dapat daripada satu sumber seperti berikut.

Datuk Khalid mengakui ada membeli tiket tersebut dengan seorang ejen( individu) daripada agensi pelancongan terbabit. Datuk Khalid tidak pernah berurusan secara terus dengan agensi terbabit,hanya melalui wakil beliau sahaja. Pada mulanya beliau hanya membeli tiket kelas ekonomi yang harganya kurang daripada RM 2000.00 seorang.

Kemudian ejen terbabit,menawarkan tiket kelas bisnes dengan harga yang murah. Jika tidak silap saya hanya sekitar RM 15000.00 untuk dua orang. Setelah dipromote habis-habisan oleh ejen yang berkenaan dan harga yang ditawarkan juga murah maka Datuk Khalid setuju membelinya,kerana beliau juga ingin merasa menaiki penerbangan kelas bisnes untuk penerbangan yang memakan masa 12 jam.

Lagi pun bukannya beliau membawa seluruh ahli keluarga beliau bersama. Hanya beliau dan isterinya sahaja. Diri kita sendiri pun jika mampu ingin juga merasa naik penerbangan kelas bisnes dan melancong ke luar negara.

RM 15000.00 sudah tentu mampu dibayar oleh Datuk Khalid,kerana beliau sudah berpuluh tahun bekerja dalam kerajaan dan sudah tentu angka tersebut mampu dibayar oleh beliau. Tak mungkin seorang Ketua Polis yang telah berpuluh tahun berkhidmat tidak mempunyai wang simpanan kurang-kurang pun RM 30-40 ribu.

Itu belum lagi dikira pendapatan isterinya,sekiranya isteri beliau bekerja. Pekerja kilang pun boleh ada puluhan ribu simpanan,mustahil Datuk Khalid sebagai Ketua Polis tiada simpanan. Jangan hanya kerana beliau polis maka kita terus membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap beliau. Kenapa kita tidak kata, cikgu atau jururawat,doktor atau lain-lain orang yang ada duit banyak juga mengamalkan rasuah.

Berbalik kepada cerita asal,setelah membayar RM 15000.00 maka Datuk Khalid dan isteri beliau mendapat tiket kelas bisnes yang dijanjikan. Maka beliau meneruskan rancangan percutian beliau ke London bersama isteri tercinta.

Setelah kembali daripada London Datuk Khalid menerima tuntutan harga tiket yang kononnya belum dibayar sebanyak RM 41,868.00 daripada agensi pelancongan terbabit. Maka terkejutlah Datuk Khalid kerana beliau telah membayarnya kepada wakil ejen berkenaan. Ejen berkenaan pula telah hilang entah ke mana. Maka satu laporan polis telah dibuat. Setelah penyiasatan dilakukan di dapati wakil ejen berkenaan telah melarikan wang tersebut.

Patutlah tiket yang ditawarkan murah,rupa-rupanya dia yang sebat duit tersebut. Harga sebenar tiket berkenaan adalah RM 41,868.00 untuk dua orang. Jika Datuk Khalid tahu harga tiket semahal itu sudah tentu beliau tidak akan membelinya.

Apabila agensi terbabit menuntut juga bayaran berkenaan,Datuk Khalid tidak boleh berkata apa-apa. Nak tak nak beliau kena bayar. Tetapi dalam masa yang sama juga tidak adil kepada beliau. Kerana beliau telah dijanjikan dengan harga RM 15000.00 dan beliau telah membayarnya.

Akhirnya beliau berkata kepada syarikat berkenaan yang beliau tidak mampu untuk membayar Rm 41,868.00 sekali gus. Maka beliau membuat keputusan untuk membayar secara ansuran. Samada syarikat berkenaan setuju atau tidak saya tidak pasti.

Secara logik akal,kita sendiri pun boleh berfikir, jika Datuk Khalid seorang yang mengamalkan rasuah,sudah tentu beliau boleh mencari 'wang-wang rasuah' untuk membayarnya. Tak mungkin dalam masa dua tahun tidak boleh kutip 'rasuah' RM 41 ribu untuk bayar hutang. Saya berharap pembuat-pembuat tuduhan dapat memikirkan perkara ini secara rasional. Jangan kerana dendam ,kita main hentam kromo saja dan politikan kes ini.

Pada pendapat saya pula, kes ini mulai timbul kerana kejayaan dan ketegasan Datuk Khalid menghadapi kes-kes yang melibatkan politik yang melanda Selangor sekarang dan sebelum ini . Terutamanya dalam kes Teoh Beng Hock dan gengstar Ronnie Liu. Ianya hanya bertujuan semata-mata untuk mencemar dan mencalarkan imej KP Selangor.

Jika tidak kerana ini ,mengapa syarikat tersebut tidak menyaman beliau sebelum ini dan juga ramai lagi mangsa lain yang ditipu oleh wakil ejen berkenaan. Saya yakin 100 % ada tangan-tangan ghaib yang sengaja campur tangan dalam syarikat berkenaan untuk mencemarkan reputasi Datuk Khalid.

Jangan kerana dendam politik kita,maka semua orang walaupun mereka yang tidak terlibat politik kita jadikan mangsa dan buat pelbagai tuduhan. Tolong hargai sedikit jasa polis. Jangan kerana seorang dua yang buat silap maka kita samakan mereka semua. Sama-sama kita tunggu perbicaraan ini di Mahkamah.

Ada satu perkara yang saya ingin beritahu di sini. Mungkin ramai yang tidak tahu. Pada musim cuti sekolah bulan Mac yang lepas, Azmin Ali telah membawa seluruh ahli keluarga beliau termasuk pembantu rumahnya ke Los Angeles. (6 anak,suami isteri dan pembantu rumah-9 orang). Beliau menaiki penerbangan kelas pertama.

Saya ulangi balik kelas pertama, bukannya kelas bisnes. Harga tiketnya mencecah ratusan ribu ringgit. Dari mana Azmin Ali dapat wang sebanyak itu ? Sebelum ini beliau hanya berkerja sebagai setiausaha sulit TPM. Sudah sepuluh tahun berhenti jawatan berkenaan. Kemudian jadi Adun (1999-2004) dan sekarang sebagai Ahli Parlimen dan Adun. Berapa gaji dan elaun beliau sebulan. Mampukah untuk beliau beli tiket penerbangan ratusan ribu ringgit ? Anda juga harus pertikaikan perkara ini. Minta SPRM siasat.

Jangan kerana dia orang 'kita' maka kita halalkan.

2 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..APE LA SGT NK DI BANDINGKAN BLANJE HOLIDAY AZMIN DGN DATOK KHALID TU. MANA BOLEH CELEN BEB!. DATUK KHALID CUMA MAKAN GAJI DGN KERAJAAN. AZMIN PLAK KEJE DGN "KERAJAAN ANUWAR BERAHI"..'ANUWAR BERAHI PLAK KEJE JUAL MARUAH BANGSA KAT LUAR NEGARA'. TENTU LA GAJI MKN X ABIS!

anakbukitgantang said...

lEWAT INI TERLALU BANYAK GERAKAN UNTUK MENUMBANGKAN KREDIBILITY KERAJAAN MELAYU ISLAM , PROFESSIONAL ISLAN, SAKSI ISLAM DSBNYA

CUBA KITA LIHAT, USAHA AMENGOYAH KERAJAAN DISINI:- BN DAH DIGOYAHKAN DLM PRU12 DGN ISU LINGGAM,(EAKTU TU SIASATAN BELUM TAMAT) DAN ISU PEMBUNUHAN ALTANTUYA (JUGA BELUM TAMAT) SERTA HINDRAF (WALAUPUN TERBUKTI ORG MELAYU ISLAM/BUMIPUTERA SABAH SARAWAK YG PALING BANYAK MISKIN!)

USAHA MENGGOYAHKAN AGENSI EKRJAAN DIBUAT MELALUI MENCEMARKAN KREDIBILITY SPRM (ISU TTBH), PDRM (KES KETUK KETAMPI PEREMPUAN MELAYU YG DISANGKA WARGA CINA), DAN KES MEMPERSOLAKAN AKTA DNA!

USAHA MENGGOYAHKAN SAKSI MELAYU DGN MENYOAL SOALAN TAK RELEVANT DGN KES (SOALAN BUKAN BUKAN) KPD PROFESIONAL MELAYU SEMASA INQUEST TBH YG MANA DITENTANG OLEH PENOLONG PENDAKWARAYA.

SAYA MENYERU UMAT ISLAM UTK MENYELAMATKAN ISLAM MELAUI

1- BANYAKKAN TAUBAH DAN ISTIGFAR-BILA HATI DAH LEMBUT INSYAALLAH ALLAH BERI PETUNJUK PD KITA

2-BACA DAN HAYATI TERJEMAHAN SURAH AT TAUBAH DAN AL ANFAL BAGI TANGANI DAKYAH YAHUDI NAK JAHANAMKAN KERJAAN ISLAM DISELURUH DUNIA

INGATLAH BANGSAKU, UMAT SEUGAMAKU, DAKYAH YAHUDI DAH MULA SEMANJAK KEJATUHAN KERAJAAN ANDALUSIA, OTTOMAN DAN SEKARANG DI MALAYSIA

HATI HATILAH-JANGAN ASYIK BERDEMO, DAN TERPENGARUH DAKYAH PARTAI PAKATAN RAKYAT TANPA MENGETAHUI USAHA NAK JATUHKAN KERAJAAN ISLAM TERBAIK DIDUNIA IAITU MALAYSIA.

BACA ULASAN LANJUT SAYA DALAM ARTIKEL TERBAHARU

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/08/tanda-orang-munafik-bila-berjanji-tidak.html