Pengumuman anggota Jawatankuasa Pemandu oleh Pas Pusat yang diketuai
oleh bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Halim Abdul Rahman
bukan sahaja mengejutkan malah seolah-olah mahu meranapkan negeri Kedah.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussein melihat tindakan tersebut
pada dasarnya seolah-olah sepertimana ketam mengajar anaknya berjalan
lurus.
Menurut beliau apa yang menghairankannya, sepanjang Datuk Abdul Halim
berada di dalam pentadbiran negeri Kelantan, segala masalah bukan
sahaja masalah air tetapi masalah lain tidak berjaya diselesaikan.
“Macam mana Pas Pusat boleh pilih Abdul Halim mengetuai jawatankuasa
berkenaan sedangkan Kelantan bukannya maju malah segala masalah tidak
berjaya diselesaikan sebaliknya bertindan-tindan.
“Apakah beliau orang yang layak untuk memantau pelaksanaan
pentadbiran di Kedah termasuk dalam soal manifesto. Di Kelantan sendiri
pun tidak mampu selesaikan segala apa yang dijanjikan kepada rakyat.
“Bagi saya amat malang rakyat Kedah mendapat orang yang tidak
selayaknya untuk menduduki kerusi berkenaan. Bagilah orang lain yang
selayaknya jika Azizan tidak mampu…..Apa pun seperti yang saya katakan
tadi tindakan Pas pusat itu umpama ketam mengajar anaknya berjalan,”
katanya.
Beliau mengulas pengumuman Pas semalam tentang penubuhan jawatankuasa
pemandu yang dianggotai lima pemimpin Pas diketuai bekas Timbalan
Menteri Besar Kelantan, Datuk Halim Abdul Rahman.
Antara peranan jawatankuasa berkenaan memberi nasihat kepada kerajaan Pas Kedah tentang pelaksanaan manifesto Pas.
Dali seterusnya menambah bukan hasrat beliau untuk memburukkan
mana-mana pihak atau mengeksploitasi perlantikan berkenaan tetapi sedih
melihatkan perkembangan berkenaan yang memmbuktikan Pas pusat tidak
serius untuk membantu rakyat Kedah.
“Sama ada Datuk Halim mempunyai ‘track record’ yang baik tidak
tahulah saya….tetapi kalau tanya saya seperti yang saya katakan tadi dan
ianya memang benar-benar mengejutkan kerana memilih mereka yang bukan
selayaknya untuk duduk di kerusi berkenaan,” katanya.
Sumber: Umno Online

1 comment:
Pas terlalu banyak masaalah lebih2 lagi selepas bersekongkol dengan DAP dan PKR. Pemimpin2 Pas rata2nya lemah dari segi pemikiran dan kepimpinan. Itulah sebabnya mereka mudah diperbodohkan oleh DAP dan PKR sehingga terpaksa menggugurkan perinsip perjuangan. Pemilihan Datok Halim adalah menefistasi dan terjemahan dari kelemahan kepimpinan Pas itu sendiri. Orang yang gagal dilantik umtuk 'memulihkan' kegagalan orang lain. Akhirnya Pas akan terus gagal sampai bila2.
Post a Comment