Monday, June 7, 2010

Dari Istana Ke Dun Hingga Ke Gelanggang Ceramah, Semuanya Kena Tipu

Saya pernah kata sebelum ini, sebaik sahaja PKR dapat perintah Selangor, mereka ibarat seekor beruk mendapat bunga.

Setelah mengetahui secara tidak rasmi sekitar jam 10 malam pada 8 mac 2008 yang mereka dapat menawan Selangor, Bangunan Darul Ehsan di Shah Alam ibarat gula dihurungi semut.

Saya juga menerima berita itu, lalu saya serta beberapa rakan ke Shah Alam untuk membuat 'lintas hormat' bagi mengetahui sejauh mana kebenarannya.

Sebaik sampai saya terkejut melihatnya, mereka nampaknya terlalu jakun. Itu yang saya kata bagai beruk mendapat bunga.

Penuh dengan pendekar-pendekar tempang dan cicak-cicak mengkarung PKR dan PAS di sana. Ada yang datang dari Hulu Langat, Ampang, Kuala Selangor dan merata tempat lagi.

Yang seronoknya bila saya singgah dan bertegur sapa dengan mereka, ada yang dah mula tunjuk eksyen. Bermacam cerita boleh didengari, ada yang kata 'aku orang kuat calon itu' 'aku kempen manager calon itu' aku kawan lama dia ' dan pelbagai versi lagi. Seronok betul melihat telatah beruk dapat bunga.

Tidak cukup dengan Bangunan Darul Ehsan, saya difahamkan kediaman rasmi MB juga menjadi sasaran di tengah malam. Pada masa itu Datuk Seri Khir Toyo masih lagi tinggal disana. Saya difahamkan DSKT dihalau keluar di tengah-tengah malam. Dasyat... mungkin DSKT boleh menulis perkara ini di blognya untuk dikongsi dengan orang ramai.

Itu cerita bab penyokong dan pengikut-pengikut. Kini cerita bab pemimpin mereka pula. Pelbagai angan-angan mat jenin yang dipasang oleh mereka.

Salah satunya ialah, kononnya mereka akan dapat mengutip hasil pasir sebanyak RM 150 juta setahun dan ini lebih baik dari apa yang dikutip oleh Kerajaan BN. Pelbagai tohmahan jahat yang dilemparkan terhadap kerajaan terdahulu.

Tidak cukup dengan melaungkan kepada rakyat yang mereka akan dapat kutip angka sebanyak itu , dilaungkan pula di depan Tuanku Al-Sultan Selangor di dalam Istana.Sini

Tidak cukup lagi dengan melaungkan di depan Tuanku, dilaungkan lagi pula dalam DUN Selangor. Tetapi kali ini angkanya turun sedikit. Daripada RM 150 juta kepada RM 120 juta. Tak mengapalah, kurang pun kurang lah, bezanya tidaklah jauh sangat. Hanya 20 % sahaja dan ianya masih dikira logik.

Tetapiiiiii..... rupa-ruuupanya itu hanya omongan kosong.Bunyi tin bukan main kuat lagi ,apabila dibuka hanya ada habuk biskut sahaja.

RM 150 juta tidak nampak bayang, RM 120 juta tidak muncul-muncul. Yang menjelma hanya RM 31 juta. Tuanku kena tipu , DUN Selangor kena temberang.

Dalam PKR penipuan sudah menjadi perkara biasa, ianya sudah menjadi darah daging mereka. Bukan lagi bagai aur dan tebing dan bukan juga bagai irama dan lagu tetapi sudah menjadi bagai Anwar dan bontot. Dari pemimpin atasan sampai bawahan, dari ayah ke emak dan hingga ke anak. Semuanya kaki temberang.

Dulu si burung kakak tua temberang 1Malaysia kononnya si suami sudah terkena racun arsenik. Rambut gugur, kuku biru. Tetapi sampai sekarang belum mampus lagi , sihat walafiat dan masih boleh sondol belakang lagi.

Temberang pula pasal 16 september, 1 Malaysia kena tipu. Selepas itu dia temberang pasal hasil pasir pula , 1 Selangor kena tipu. Dari Sultan yang di dalam Istana ke yb-yb di dalam DUN, hinggalah kepada rakyat di gelanggang ceramah, semuanya kena tipu. Akhirnya kroni dapat berpuluh ribu, rakyat dapat 25 sen.

Penipuan yang dilakukan oleh kerajaan 25 sen ini sangat serius. Ini kerana yang ditipu oleh mereka ialah Istana dan DUN, iaitu dua intitusi yang paling tinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negeri.

Jadi mulai sekarang rakyat Selangor boleh menilailah sikap pemimpin 25 sen mereka. Bercakap besar tapi habuk sahaja yang ada. Mereka sanggup berbohong untuk menghalalkan matlamat mereka.









9 comments:

jiwakita said...

salam.....

lihat juga prasarana dan jalan-jalannya berlobang dan bertampal
umpama bekas kurap dan kudis kelihatan...itu belum sampah..bertaburan dan bau hanyir...

dan jangan dilupa darul funfair yer...bersepah!!

Anonymous said...

say no to anwar ibrahim, wan azizah, dan nurul izzah, satu keluarga pembohong dan penipu....dan juga kuat fitnah orang...semoga Allah memberikan petunjuk kepada mereka, Amin!!!!

Anonymous said...

Faisal
Itulah resmi ayam bertelor sebiji, riuh sekampung. Baru 2 tahun dah berdegar2 boleh buat macam2 dan serba serbi. Kerajaan yang dah mentadbir lebih 50 tahun ni semuanya salah dan menipu pada mereka. Haaa sekarang jawablah...jangan asyik cakap fitnah dan kospirasi je...alasan lapok!

Anonymous said...

Salam bro,

Jangan kita lupa, Selangor adalah satu-satunya negeri dalam Malaysia yang ada PENASIHAT EKONOMI. Bagus juga ada penasihat ni merasa jugalah rakyat SELANGOR dengan 25 SEN hasil pasiaQ.

Cepat-cepatlah sedar RAKYAT SELANGOR, PAKATAN x sebenaqnya x gheti memerintah, apatah lagi menjaga kebajikan rakyat. Bab ekonomi pon fail. X pa kita pakat berdoa2 sajalah di masjid, mana tau Allah turun kan hujan emas kat SELANGOR. Padahal kita digesa berusaha dan berikhtiar, bukan temberang, mencaci dan mengeji sahaja!

Naz said...

Pembangkang kat Selangor x pandai nk menghendam kerajaan.. DSKT lak kena gangtung DUN, harap yg lain macam xder telor....

Anonymous said...

From Spore,Minta maaf bro Ada Article Dari Lim Kit Siang Utk Pro UMNO BLH GASAK.LIM sial ni blh di cabar pasal sekolah cina.Gentleman dia kalau nak hapuskan scola cina.Tks

layar said...

Salam,
1.Ana tunggu juga Wan Azizah saman Ezam kerana Ezam kata dia yang bagitahu yang ANWAR MELIWAT..

2.Namun hingga ari ni tarak...jadi betulkan ANWAR MELIWAT....

adibeta,
kubang kerian, kelantan

Anonymous said...

Tahniah RBF,

Tulisan anda sudah diiktiraf oleh pemimpin UMNO yang sebelum ni memandang sepi kepentingan para blogger.

Sumber tulisan anda di jadikan kenyataan untuk menjawab kepada media oleh ketua peneragan UMNO Selangor.

Hehehe. Teruskan usaha RBF! Kami berada di samping anda.

-MR.PUAKA-

Sports said...

Salam Bro RBF;

Saya sangat suka dengan pendedahan saudara, dari hari ke hari... semua mantap.

Dari kenyataan Ir. Ramli yg kata perlukan 66juta tan pasir utk RM127juta, saya rasa itu keterlaluan. Saya harap saudara boleh dapat salinan doket dari pejabat tanah daerah di selangor utk pengesahan royalti (kalau DO nak bagi la sbb dalam surat tu ada state royalti @RMX.XX x XXXX tan metrik!). Baru semua terangkat!

Byk percanggahan dr Semesta, dalam surat kelulusan dari mana2 pejabat daerah kepada individu atau konsortium, faktor kelulusan utk mengambil/memindah bahan batuan(stockpile)/pasir memerlukan permit dibawah Seksyen 70 Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965).

Ikut kata Ir. Ramli dari keratan Utusan;

Royalti/tan ::
RM127 000 000/66 000 000 tan = RM1.92/tan.

Figure RM/tan ini adalah gila!!! Selangor ditarah dirosakkan alam tapi kerajaan hanya ambik RM1.92 se-tan? Lori yg masuk pun 10.5 kali ganda harga per tan dari yg Selangor dapat.

Rasanya mmg rakyat Selangor suka dikencing, negeri dirosakkan...