Saturday, June 5, 2010

Hanya 200 Orang Yang Mampu Dikumpulkan. Apa Sudah Jadi Wahai KJ ?

Dalam tulisan saya semalam saya menyatakan yang Pemuda Umno Selangor hanya dapat mengumpul lapan orang sahaja orang mereka dalam demo di Masjid Shah Alam beberapa minggu lepas. Sini

Itu yang beberapa minggu lepas. Tetapi semalam berlaku lagi peristiwa yang memalukan Pemuda Umno (PU) , hampir serupa dengan apa yang terjadi di Shah Alam.

Hanya 200 orang sahaja yang mampu dikumpulkan oleh PU dalam perhimpunan anti-Israel anjuran mereka di Masjid Negara selepas solat Jumaat semalam.
Malu...malu...sungguh memalukan. Hanya 200 orang sahaja yang mampu dikumpulkan atas nama Pemuda BN Malaysia. Perhimpunan tersebut bukannya dianjurkan oleh PU bahagian atau cawangan. Sebaliknya dianjurkan oleh Pemuda Pusat.

Apabila ianya dianjurkan oleh Pemuda Pusat, maka sudah tentulah kehadiran mestilah besar. Sekurang-kurangnya 2-3 ribu orang.

Ok, mungkin mereka memberi alasan yang jauh-jauh tak dapat datang. Jadi kita lupakan angka 2-3 ribu tersebut. Yang dekat-dekat apa cerita ? Masjid negara terletak di Lembah Klang. Berapa banyak bahagian Umno yang ada di lembah Kelang ?

Kira-kiranya mudah sahaja, mari kita kira...

Dalam Wilayah Persekutuan KL ada 11 bahagian Umno. Bermula dengan Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak dan Putrajaya.

Manakala di Selangor pula kita ambil kira bahagian-bahagian yang dekat dengan KL sahaja.Yang hanya memakan masa 1 jam atau kurang untuk ke KL. Yang jauh-jauh tak perlu. Kesemuanya ada 17 bahagian.

Bermula dengan Selayang, Gombak, Ampang, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Kelana Jaya, PJS, PJU , Subang, Shah Alam, Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sepang.

Tambah lagi dua, iaitu Seremban dan Rembau. Walaupun Rembau mungkin jauh sedikit , sebagai menghormati ahli parlimen mereka yang mengetuai demo tersebut, maka sudah tentu Pemuda Rembau kena turunkan orang mereka.

Wilayah Persekutuan ada 11 + Selangor ada 17 + N.Sembilan 2 = 30 bahagian PU yang ada dan boleh sampai ke Masjid Negara dalam masa 1 jam atau kurang.

Sebagai seorang KPUM yang powerfull, KJ boleh hubungi dan arahkan setiap ketua pemuda bahagian yang dalam senarai 30 diatas turunkan 50 orang pemuda dari setiap bahagian mereka ke Masjid Negara. 50 orang x 30 bahagian = 1500 orang.

Bendanya senang sahaja, bukan sukar sangat pun. Orang di Palestin lagi teruk.

Saya sendiri pun tak faham, di mana silapnya dan di mana puncanya sehingga KPUM gagal mengumpul minima 1000 orang ahlinya untuk demo semalam. Adakah UMNO sudah tidak ada pemuda seramai itu lagi sekarang di Lembah Klang ? Jika itu lah jawapannya, maka kita boleh ucap bye-bye kepada UMNO dalam PRU akan datang.

Terus teranglah saya katakan, KJ sekarang bukan lagi KJ yang kita kenali dulu. Dulu dia hanya Naib KPUM Malaysia tetapi dia kelihatan gah dan hebat pada masa itu. Sekarang dia sudah menjadi KPUM dan juga ahli parlimen tetapi dia kelihatan layu. Kenapa ?

Saya masih ingat lagi pada tahun 2006 betapa hebatnya KJ apabila hendak menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice. Pada masa itu Rice berada di KL kerana menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar Asean di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur .
Hebatnya KJ pada masa itu yang hanya Naib KPUM walaupun dalam keadaan tangan patah yang masih bersangkut merempuh sekatan polis yang enggan membenarkan KJ dan Pemuda Barisan Nasional menyerahkan memorandum bantahannya terhadap Rice. Memorandum yang ingin diserahkan ialah untuk membantah serangan Israel terhadap Palestin dan Lebanon dengan sokongan Amerika Syarikat.

Cuba anda bayangkan hebat tak hebatnya KJ pada itu sehingga Rice yang enggan bertemu dengannya pada peringkat awal terpaksa mengalah , hinggakan dia terpaksa berjumpa juga dengan KJ untuk menerima memorandum tersebut. Fuhh....hebat, jarang anak melayu dapat buat begitu.

Itu KJ dulu. KJ sekarang apa dah jadi ? Kenapa dulu KJ hebat dan kenapa sekarang KJ layu ? Itulah yang membuatkan saya tertanya-tanya sehingga kini.



7 comments:

Anonymous said...

Pencen la KJ

sedo la orang tak suka

liabiliti UMNO

MyIdea said...

Salam

Nak ajak orang boikot/kutuk/keji israel atau nk tunjuk sapa boleh kumpul ramai orang?

Yg ramai belum tentu berhasil/berjaya.. yg sikit belum tentu gagal..

Apa nawaitu/niat KJ ajak orang berkumpul?

Hayya... benda camni pun nk gadoh2.

Pelik la orang kita ni..

Anonymous said...

Salam bro RBF,

Nyatalah kepimpinan KJ sekarang ni gagal untuk menarik sokongan golongan muda untuk menyokong BN/UMNO.

Atas nama Pemuda BN, tapi tiada pun kelihatan wakil Pemuda dari parti kompenen BN, iaitu MCA,MIC,GERAKAN,PPP dan banyak lagilah parti kompenen BN ni.

Dari sini kita dapat lihat KJ tidak mampu menyatukan kesemua Pemuda dari parti-parti kompenen.


Cuba bayangkan kalau KJ dapat menyatukan kesemua Pemuda BN ni, saya rasa tak perlu melobi jawatan menteri pun KJ akan dapat jadi menteri.

Banyak-banyak parti kompenen dalam BN, Pemuda UMNO hanya dapat mengumpulkan 200 orang sahaja. Itu pun saya tengok muka-muka dari kalangan peminat fanatik KJ.

Saya rasa atas nama perjuangan, Pemuda BN dari pelusuk negara sanggup turun demi agama Islam, kalau benar kepimpinan KJ ini dapat sokongan pelbagai pihak di dalam Barisan Pemuda UMNO sendiri.

Tapi Pemuda UMNO sendiri pun sedang berpecah, seolah-olah berbeza mazhab, jelas kepimpinan KJ tidak direstui oleh golongan muda sekarang ni.

Jadi buat KJ, kalau nak jadi menteri, dan perdana menteri sebelum umur 40, satukan dahulu barisan Pemuda UMNO, tunjukkan kemampuan anda. Jangan jawatan dulu yang di kejar, kemampuan ntah ke mana.

-MR.PUAKA-

Anonymous said...

pemuda umno memang tak de telok...

Anonymous said...

ape sudah jadi ngn PU UMNO..cube tgk PR beribu2 turun

mavi marmara said...

1.saudara rbf, jgn susah2 nak fikir, dulu kj hebat sebab pak lah jadi pm.
2.ramai pemuda pemuda bn (umno) x semayang jumaat kot
3.dulu aku benci gila kat kj. tp bila org makin x peduli dia, aku lak yang boleh tersuka dgn dia.tp bukan dari semua segilah.
3.by da way datuk muhriz yg lawan kj dulupun x lah jebat gila pun. elitisme will kill ur future datuk mukhriz.tgk kj, dia pandai salin kulit.haha.

REMBAT REMBAU said...

SEMOGA KJ SENTIASA MENDAPAT SOKONGAN PADU RAKYAT JELATA. BUKAN SENANG DAPAT PEMIMPIM GRADUAN OXFORD DI MALAYSIA.

SILA BERI SOKONGAN ANDA DENGAN SEPENUHNYA KEPADA KJ, TANAPA KJ SIAPALAH UMNO.

BESABAR KJ, INI CUMA SATU CABARAN SAHAJA, SEMOGA KJ KUAT MENHARUNGI SEGALA CABARAN.

HIDUP KJ, HIDUP KJ, HIDUP KJ