Friday, June 4, 2010

Satu Lagi Projek Membaham Harta Selangor Oleh PKR

Petikan keratan akhbar di atas ialah jawapan yang diberikan oleh Ir.Ramli Abd.Majed iaitu Pengarah Eksekutif KSSB semasa disoal oleh Selcat semalam.

Sewaktu Khalid Ibrahim dan konco-konconya mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, mereka berjanji akan meningkatkan kutipan hasil pasir dari RM 22 juta di zaman BN kepada RM 150 juta ++ di zaman mereka.

Katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah syarikat untuk menguruskan hasil pasir negeri dan keuntungan besar yang dinikmati akan dipulangkan kembali kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Katanya lagi, Kerajaan BN sebelum itu banyak menyeleweng dan bergelumang dengan rasuah dalam menguruskan hasil pasir. Mereka akan membuktikan bahawa mereka lebih cekap,jujur dan telus dalam menguruskan hasil negeri.

Maka rakyat pun bergembiralah dengan pengumuman tersebut. Cerita tersebut dijaja segenap desa, kampung dan kota. Kononnya kerajaan pimpinan Khalid lebih baik dari pimpinan Khir Toyo.

Selesai sudah bab janji berjanji. Masuk bab kerja pula, kerajaan negeri menubuhkan KSSB untuk menguruskan pasir negeri.Maka berjalanlah operasi syarikat tersebut. Daripada kerja melombong hinggalah ke kerja menjual pasir semuanya dimonopoli oleh mereka.

Moto KSSB. Klik sini
TIPU : MENDOKONG AGENDA MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR.
BETUL : MENDOKONG AGENDA MENGKRONIKAN EKONOMI SELANGOR

Hasilnya pada tahun 2009 mereka mendapat keuntungan sebanyak RM 10 juta. Setelah ditolak cukai, untung bersih mereka RM 8 juta. Beratus juta yang dijanjikan oleh Khalid sebelum itu entah hilang kemana. Mungkin di sapu oleh jin afarid.

Daripada keuntungan RM 8 juta tersebut, RM 1.3 juta telah diberikan kepada kerajaan negeri untuk projek MES seperti yang dijanjikan oleh Khalid.

Tinggal lagi RM 6.7 juta untuk KSSB. Daripada baki yang tinggal tersebut RM82'000.00 telah digunakan untuk membayar bonus pengarah eksekutifnya.
Berita asal klik sini

Manakala RM503'613.59 lagi digunakan untuk membayar bonus kepada 45 kakitangan , ahli lembaga pengarah dan tiga pengurus kanan KSSB.

Mari kita kira dan lihat berapa purata untuk setiap orang daripada mereka dapat pada tahun 2009.

Pengarah Eksekutif 1 orang + kakitangan 45 orang + ahli lembaga pengarah 5 orang (anggaran) + pengurus kanan 3 orang = 54 orang.

Jumlah bonus yang dikeluarkan, RM 82'000.00 + RM 503'169.59 = RM 585'169.59

RM 585'169.59 dibahagikan dengan 54 orang = RM 10'836.47.

Maknanya secara purata setiap seorang daripada mereka ini yang berjumlah 54 orang telah menerima bonus sebanyak RM 10'836.47 untuk tahun 2009. Itu bonus sahaja, belum termasuk gaji dan elaun-elaun lain.

Mari kita kira pula berapa purata setiap orang rakyat Selangor dapat pada tahun 2009 hasil daripada projek Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilaung-alungkan oleh Khalid dan pendekar-pendekar tempangnya.

Jumlah rakyat Selangor pada tahun 2009 adalah seramai 5'055'400 orang. Statistik ini saya ambil dari laman wikepedia.org
Jumlah wang yang diberikan oleh KSSB kepada Kerajaan Selangor untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor ialah RM 1'300'000.00.

RM 1'300'000.00 dibahagikan dengan 5'055'400 orang = RM 0.25

Maknanya setiap rakyat Selangor hanya menerima 25 sen seorang sepanjang tahun 2009 hasil dari projek Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilaung-laungkan oleh Khalid Ibrahim dan cicak-cicak mengkarungnya.

Sebab itu saya ini bukan projek Merakyatkan Ekonomi Selangor tetapi projek Mengkronikan Ekonomi Selangor.

Kroni di KSSB mendapat perpuluh ribu seorang. Rakyat dibawah dapat 25 sen

Berapa? 25 sen

Berapa ? 25 sen

Berapa ? 25 sen

Berapa ? 25 sen

Klik sini

11 comments:

Anonymous said...

Hahaha bro RBF,

Maaf nak tergelak kenyataan akhir bro berapa??? 25sen? berapa 25 sen?? Hahahahah..

Bernas, tepat dan padat ulasan bro, memang sah kerajaan di bawah pimpinan Khalid ni hanyalah pandai bersandiwara.

Yang dapat hasil adalah kalangan kroni mereka juga. Kepada pendokong PR kalau tak sedar lg taktahu la.

Terima kasih RBF di atas artikel yang mantap ini.

MR.PUAKA

My Longest Yard said...

alahai rakyat selangor, 25 sen sahaja???

boleh guna untuk bayar masuk toilet.

Sports said...

Salam bro RBF,
setahu saya kerjaan Selangor dalam setiap pemberian doket utk pasir kerajaan negeri akan ambil RM6/ metric tan. Kalau seperti keratan akhbar tersebut menyatakan untung RM10M, maksudnya

RM10,000,000/RM6 = 1,666,666.67 tan metric pasir dikeluarkan seluruh negeri Selangor.

Saya agak musyhkil ngan figure tu sbb LCCT dan Pulau Carrey pakai byk pasir. Ada berani ka mereka keluarkan figure tan metric pasir seluruh Selangor dari setiap site SEMESTA?... saya berpendapatan lagi byk tan keluar yg sebenarnya tak termasuk yg 'haram'...

wallahualam...

Anonymous said...

Sekarang MB gagap kena jawab dengan rakyat selangor apa sudah jadi dengan hasil pasir mana pergi wang rakyat yg dijanjikan tu tu lah lain kali kalau tak tahu mentabir jangan tunjuk kata kita hebat sekarang terima lah PRU 13 by by ya.

Hj. Bostanudin Borham said...

RBF, kalau ada lagi, hebahkan aje.

Anonymous said...

hehehe....
punahsihat ekonomi selangor pon elaun singgit je....kira ok la sorang rakyat selangor dapat 25 sen....
muahahahahaha

jiwakita said...

salam....

jom kita buat banner spt ungkapan2 menarik dari RBF nie..pastu kita gi
gempak setiap tempat kehadiran MB nie..ala-ala demo atau tunjuk perasaan gitu....huhuhu

pasti kita rakyat marhaen kena halau spt haiwan!!!

Anonymous said...

Salam rbf,

wow.... satu fakta yang WOW!!!! saya rasa anda sudah boleh mengambil alih jawatan penasihat ekonomi selangor dgn gaji RM1 + 25sen. Amacam? hehehehe...

anuar tgh tak sihat ekonominya, abg2 israel dah start nak cut dier punyer budget..hehehe...

Seperti biasa, kalid al gagapi kata dia baru tahu kat selangor ada isu tentang pasir nih... hamlau punya MB...

-Melayu Bangkit!!!-

Anonymous said...

SORI LAH PR.....2013 NANTI BYE BYE SELURUH KAUM KELUARGA KAMI KETURUNAN KAMI BERJUMLAH 30,OOO ORANG AKAN PANGKAH BN..PUKUL GENDANG PAKU SERPEH....MENGATA ORANG HANGPA YANG LEBIH.

Semut Hitam said...

Keh...keh...keh...
Awal - awal lagi sebenarnya, Kerajaan PKR Selangor dah mengaku diorang tak mampu takbir Selangor.
Sebab tu lantik Penasihat Ekonomi yang asyik dengan cogankata:
"SAYA DAH 8TAHUN JADI MENTERI KEWANGA..." (Baca dengan bongkaknya...)
Last-last, rakyat dapat RM0.25 sen je? Kesian betul.

Nak bagi air free? Bayar la dulu defisit air kat Negeri yang bagi sedekah dulu MB gagap weeeiiihhh...

Erk, pinjam posting untuk Tatapan di FB...ok bro?

Anyway, Good job.

melayurayadaily said...

RBF,

25 sen saja habuan rakyat selangor? patutlah penasihat ekonomi selangor minta elaun seringgit.

Satu pendekatan analisis yang sangat pintar. teruskan.